59

608 17 16
                                    

Khairunnisa menyeringai. Tempat duduk kakak kesayangan dituju dengan terloncat-loncat. "Amacam kak?"

"Nisa..." zuhaira menderum. Mata mencerlung tajam gadis yang sedang jeringai penuh makna. "Akak rasa macam nak cekik je Nisa."

"Aik?" Seringai tadi lesap. "Tak menjadi ke?"

"Lebih dari menjadi." Nafas ditarik dalam. "Benda tu memalukan, tahu tak?!" Gigi diketap kuat, menahan diri dari menjerit. Mata dijegil geram. Nak gigit-gigit je budak ni!

"Ngehehehe... tapi menjadikan?" Khairunnisa mengundur setapak ke belakang. Takut Zuhaira akan menerkamnya tiba-tiba.

"Haaah...." keluhan berat terlepas. Zuhaira mengangguk kecil. "Encik Megat dah boleh bercakap dengan akak balik."

Khairunnisa angkat ibu jari. "Baguslah tu."

"Thanks, Nisa."

"No problemo kak." Senyuman besar kembali terukir. "Saya suka je tolong. By the way, Encik Megat faham ke reference tu?"

"Dia faham. Lepas tu dari pagi tadi berhenti sengih."

Megat muncul dari dalam pejabat. Wajahnya tertampal sengihan lebar, dari telinga ke telinga.

"Tu, tengok." Zuhaira jeling mata.

Khairunnisa ketawa kuat. "A'ah lah! Tersengih macam kerang busuk."

"Pagi, Nisa!" Seperti biasa, Megat tidak pernah gagal menyapa semua pekerja dengan ceria. Senyuman besar mesti berada di wajahnya.

"Pagi, bos! Nampak happy bos hari ni?" Khairunnisa semakin galak berbual dengan bos kecik. Fail yang dihulur Zuhaira diambil sebelum beredar ke mejanya.

"Ngehehehe..." Megat ketawa sengih. "Thanks, Nisa." Ibu jari diangkat tinggi.

"No problemo, bos!" Ibu jari turut diangkat tinggi. Jarinya digerakkan seperti sedang berlaga ibu jari dengan bosnya dari jauh.

Zuhaira geleng kepala. Satu kepala dua-dua ni.

~x~

Tangan Khairunnisa dipegang kuat. Tangan kanan mendukung Haziq. Leceh juga nak jaga dua orang budak ni. Oops, seorang lagi mak budak. Takut kalau leka, memang terpisah jadinya.

"Minji, Nisa nak pergi sana!" Telunjuk diarahkan ke satu tempat. "Ada Kageyama dengan Hinata! Bolehlah Minji! Nisa nak tangkap gambar dengan dorang."

"Mengada-ngada! Sabarlah sikit. Kejap lagi kita pergi sana. Ni orang tengah ramai. Dahlah dalam ni tak ada line." Nazmi merungut. Nampaknya memang salah langkahlah bawa isteri dan anaknya ke Comic Fiesta. Ingatkan nak pergi sendiri, berseronok dengan Datum. Lain pula jadinya bila Khairunnisa tahu rancangannya. Nak tak nak, terpaksa bawa sekali.

"Minji~!' Khairunnisa mula merengek.

"Sabarlah kejap."

"Tak mau! Setakat ni, dorang je cosplayer paling perf- Ah! Sukuna~!" Khairunnisa jerit nyaring.

Spontan Nazmi dan beberapa orang di sekeliling mereka memandang arah yang dituding Khairunnisa.

"Damn~ Perfect sia cosplay dia." Nazmi menggumam rendah sambil tangan menutup telinga Haziq dari mendengar dia mencarut. "Kita kejar dia Nisa."

"Jom." Khairunnisa dengan kamera sudah bersedia di tangan bergerak laju mendapatkan cosplayer Sukuna.

Nazmi mengekori dari belakang sambil tangan memeluk anaknya dengan kuat.

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now