45

702 30 14
                                    

Wajah gebu Haziq ditatap dengan penuh kasih sayang. Mahu sahaja dia mencium pipi Haziq namun ditahan apabila melihatkan anaknya terlena di katil. Lamunannya terhenti apabila terdengar bunyi kuak pintu bilik air. Laju kepalanya menoleh ke arah dari mana bunyi itu datang. Hik! Badan Khairunnisa terloncat apabila melihatkan suaminya keluar dari bilik air tanpa berbaju dan hanya bertuala separas pinggang.

Bibir Nazmi meleret ke atas apabila terlihat reaksi isterinya yang terdiam kaku dengan seluruh badannya mula kemerahan. Aku tak adalah rajin sangat nak bersenam tapi aku yakin dengan badan aku. Sengaja dia berjalan dengan perlahan menuju ke seberang bilik yang perlu melintasi katil di mana Khairunnisa sedang duduk untuk mengambil bajunya yang tersidai dia penyandar kerusi.

Serta-merta wajahnya dipalingkan ke arah lain. Dia tidak sanggup diseksa sebegini rupa! Dia tahu ke kelemahan aku dekat laki badan sasa? Tapi badan dia tak sasa sangat atau sado. Tapi just nice! Tegap! Ergh! Nazmi kurang ajar. Satu tubuhnya terasa kepanasan. Tangan meramas hujung baju kemeja T labuhnya dengan ketat.

"Kau tak nak mandi ke?"

"T-tak nak." Apasal pulak aku gagap ni?!

"Eii, masam." Spontan jari menutup lubang hidung sambil papar riak jelik dibuat-buat. "Tak lena nanti aku nak tidur sebab ada orang masam." Tuala tadi dicampak ke arah Khairunnisa sehingga jatuh menutupi kepala gadis itu.

"Nazmi!" Suaranya yang hampir naik sempat ditahan. Tuala yang jatuh di atas kepalanya ditolak ke tepi. "Memang sengaja nak cari gaduh ke?" Mata tajam merenung Nazmi dengan nada membunuh.

"Tak. Aku suruh kau mandi je. Mana ada aku nak cari gaduh." Haziq diangkat dengan perlahan dan lembut dan mengalihkannya ke posisi yang lebih selesa. "Pergi mandi cepat. Aku nak tidur."

"Tidur jelah. Apa masalahnya dengan saya tak mandi?" Khairunnisa mendengus.

"Busuk. Nanti aku tidur tak lena."

Khairunnisa ketap gigi dengan kuat. Semakin lama dia berada dalam satu bilik dengan Nazmi, semakin naik darahnya dibuat. Nazmi yang sedang baring di sebelah Haziq ditatap dengan geram.

"Kalau tak ada baju nak pakai, tak ada masalah. Bogel je. Aku suka je tengok." Nazmi terkekek kecil.

Memang taklah aku nak mandi. Sepatutnya aku balik terus je tadi. Gumam hatinya dengan geram yang teramat. Dia masih tidak berganjak dari tempat tadi. Kalau boleh, dia mahu terus dengan posisi itu sampai ke esok hari.

"Oi, pergilah mandi. Kau bau masam."

"Diamlah." Tuala tadi dirampas kasar dan dibawa ke bilik air. Mahu sahaja dia menghempas pintu bilik air dengan kuat. Tapi bila teringatkan Haziq yang sedang tidur, dibatalkan sahaja niatnya tadi.

Nazmi mengekek. Tubuhnya dibiarkan baring mengiring menghadap tingkap kaca bilik air yang hanya ditutup dengan tirai automatik. Senyuman berubah seringai. Dia mahu lihat, kalau Khairunnisa sedar atau tidak dengan fungsi bidai automatik itu. Kalau salah tekan suis, memang bidai itu akan terbuka sendiri. Dia sendiri terkena ketika mahu mandi ketika dia mula-mula sampai di hotel tengah hari tadi. Itu pun dia bernasib baik tiada siapa di bilik itu kecuali Haziq yang sedang tidur di katil.

Minit berganti minit. Bidai yang masih menutupi tingkap kaca bilik air itu ditunggu untuk terbuka. Haih... bila nak bukak ni? Tangan menongkat kepala. Sebelah lagi tangan menepuk-nepuk belakang Haziq yang sedang nyenyak dengan lembut. Sau perkara yang sering dilakukannya untuk menidurkan Haziq.

Sehinggalah, perlahan-lahan bidai itu bergulung dan menunjukkan adegan di sebalik tingkap kaca itu. Kepalanya terasa sangat ringan, rahangnya pula terasa seperti mahu tertanggal dan matanya terasa seperti mahu tertanggal dari soket apabila melihatkan apa yang terpapar di tingkap kaca itu. Spontan kepala Haziq yang sedang lena ditarik rapat ke dadanya. Seksinya mama kau, Haziq.

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now