34

491 25 39
                                    

"Um, saya ada buat nasi lemak. Kalau nak, makanlah. Kalau tak nak, biarkan je dekat situ. Nanti saya kemas," tuturnya kepada Nazmi sebelum beredar ke bilik. Panggilan Nisa, Nazmi tidak lagi digunakan. Bila perlu, Khairunnisa akan hanya menggunakan panggilan Nazmi dan saya sahaja sebagai tanda hormat. Tiada lagi Nisa, Nazmi. Karang kalau aku guna Nisa Nazmi, meluat lagi dia dekat aku. Dah macam apa tu orang cakap, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Tudung sarung labuh yang melepasi separuh badannya dilucutkan dan disangkut kemas di belakang pintu. "Biarkan rambut ni bernafas kejap. Lepas ni kita makan. Harap menjadilah nasi lemak tu." Sanggul longgar dilepaskan ikatannya dan dibiarkan mengurai melepasi bahu. Tubuhnya dibaringkan terlentang menghadap siling. Telefon pintarnya dilihat.

"Anime apa yang best?" Permukaan skrin telefon itu dioles-oles. Tajuk-tajuk anime yang tertera dibaca satu persatu. "Nak tengok cerita lawak. Tak nak sedih. Romance pun tak nak. Nanti buat aku sendu je." Tajuk Danshi Koukousei no Nichijou ditekan. Sepanjang anime itu bermain di skrin yang sudah suku hitam itu, Khairunnisa tidak berhenti ketawa sehingga meleleh air matanya. Geli hati dengan ceritanya yang spontan dan rawak. Tawanya mati apabila pintu biliknya diketuk lembut.

"Kejap!" Tudung yang tersangkut tadi dicapai dan disarungkan ke kepala dengan cepat. Pintu dikuak sedikit. "Ye?"

"Kau dah masak tak reti nak kemas ke?" Keningnya bersatu. "Perangai tu semenggah sikit boleh tak? Kau jangan sampai aku panggil kau pengotor." Nadanya curam, cuba menahan geram terhadap gadis di hadapannya.

"S-sorry. Saya lupa. Saya kemaskan sekarang."

"Lepas ni, kalau kau tak ada rasa nak mengemas lepas masak, jangan masak. Jangan sampai aku ban kau dari dapur aku." Amaran sempat diberikan sebelum dia kembali beredar ke ruang tamu. Sempat dia menghadiahkan Khairunnisa jelingan maut. "Aku nak dia bersih macam sebelum kau gunakan dapur tu."

"Okey. Sorry." Dapur dituju dengan laju dan membersihkan dapur itu seperti sebelum dia mula masak tadi.

"Lagi satu."

"Ye?" Khairunnisa sempat berhenti sebelum memasuki pintu dapur.

"Jangan masak lagi. Kau masak tak sedap."

"Oh..." Itu sahaja yang terpacul dari bibirnya. Walaupun begitu, hatinya terasa sangat pedih bila Nazmi mengutuk masakannya. Dia dah rasa ke? Takkan lah tak sedap sampai tak boleh makan? Usai mengemas dapur, nasi lemak yang terhidang di atas dapur pulau bersebelahan dengan ruang tamu dirasa sedikit.

Sebaik sahaja sambal dan nasi itu masuk ke mulut, dia menelan laju makanan yang dimasaknya. Tak sedap! Nasi mentah! Sambal rasa entahapahapa. Pedas je lebih. Bibir dikemam kuat. Perasaan kecewa terhadap diri sendiri muncul. Apa ni Nisa? Masak macam ni pun kau boleh gagal. Ada hati nak jadi ibu yang baik untuk Haziq? Memang patutlah Nazmi cari ibu baru untuk Haziq. Nasi lemak dan sambal tadi dibawa ke dapur.

"Kau nak buat apa dengan makanan tu?" Mukanya membengis. "Jangan kata kau nak buang?"

"Erm, makanan ni tak jadi. S-saya ingat nak buang je."

"Buang?" Kening kanan Nazmi terangkat tinggi. "Kalau kau rasa nak buang, ganti balik makanan yang kau dah bazirkan. Duit yang aku beli untuk barang makanan tu bukan untuk dibuang."

"Tapi saya...saya..."

"Apa? Kaya betul kau sampai nak buang-buang makanan?" Sinis Nazmi memerlinya. "Sama ada kau habiskan atau kau bayar ganti rugi."

"Saya simpan. Saya tak buang," tuturnya sambil berlalu semula ke dapur. Kecil hati dengan apa yang baru dikatakan Nazmi. Esok, aku mintak kak Zu tolong macam mana repair balik makanan ni. Harap dia tak kisah. Dapur pulau dibersihkan dan Khairunnisa kembali semula ke biliknya.

"Cuba rasa. Akak dah betulkan sambal Nisa ni." Mangkuk yang berisi sambal ditolak ke arah Khairunnisa. Ruangan pantri itu semerbak dengan haruman sambal nasi lemak. Zuhaira menyeringai.

Sambal itu dicolek sedikit dengan hujung sudu dan disuap ke mulut. Matanya membulat. Khairunnisa memandang Zuhaira sambil mengangguk laju. "Sedap kak!"

"Hehe. Ini Zuhairalah! Pakar membetulkan kesalahan orang."

Ayat spontan Zuhaira berjaya membuatkan Khairunnisa ketawa kuat. "Akak! Kelakarlah akak ni!"

"Anyway, jangan putus asa. Kalau tak sedap, masak je lagi sampai sedap. Kalau tak tahu resepi, boleh telefon akak. Akak tolong ajarkan. Nisa jangan risau." Bahu Khairunnisa ditepuk-tepuk. Cuba untuk menaikkan semangat adik sepejabatnya. Kerusi di sebelah Khairunnisa diduduk. "Any progress?"

Khairunnisa geleng sambil menjuihkan bibirnya. "Macam tu jelah kak. Tak ada yang interesting pun. Saya dengar dia pun dah mula jumpa dengan bakal ibu baru Haziq."

"Haa?! Biar betul kamu ni, Nisa?!"

"Betullah." Dia terkekek. Geli hati dengan reaksi Zuhaira. "Kenapa saya nak tipu?"

"Kamu tak jealous ke? Bukan kamu kata kamu sayang dekat dia ke?"

"Jealous tu sudah semestinya. Tapi sayang tu takkan ke mana kalau saya je yag ada hati dekat dia." Senyuman perlahan menghilang. "Nak kata saya redha, saya masih lagi cuba untuk terima apa yang jadi. Tapi saya cuba letak dalam otak yang saya buat ni semua untuk kebaikan Haziq. Untuk dia jugak. Kalau itu yang dia rasa terbaik untuk Haziq, saya redha. Saya percayakan dia untuk bagi yang terbaik untuk anak saya."

"Tapi kamu tak sedih ke? Nanti Haziq dah tak pandang kamu sebagai ibu."

"Mestilah sedih. Tapi saya rasa Haziq tak terkesan sangat pun memandangkan dia dah dilatih supaya tak terlalu rapat dengan saya. Mungkin apa yang suami saya buat tu memang menjadi." Bibirnya ditarik semula. Tangan Zuhaira digenggam lembut. "Akak jangan risaulah. Benda ni kecik je. Kalau dulu Nisa boleh hidup susah tanpa ibu, dengan jaga abah yang sakit lagi, Insya-Allah, tak mustahil Nisa boleh hidup sendiri."

"Nisa, hilang anak dengan hilang ibu bapa lain tau. Memanglah Nisa boleh cakap sekarang macam benda tu senang untuk Nisa lalui. Tapi benda sebenar, sebaliknya. Why don't you fight for own sake first? Asyik fikirkan orang lain tak bagus jugak Nisa. Lebih-lebih lagi dalam hal-hal macam ni. Nisa kena ingatkan suami Nisa yang Nisa ni masih isteri dia. Kata dekat dia yang Nisa perlukan kasih sayang dia. Jangan biarkan je macam tu. Memang lagi seronokah dia tak layan Nisa." Nafasnya ditarik dalam. Kali ini, tangan Khairunnisa pula yang digenggamnya.

"Tapi kak-"

"Tak ada tapi-tapi. Cuba lagi. Jangan mengalah. Tunjukkan dekat dia yang Nisa layak jadi ibu Haziq. Layak jadi isteri dia."

"Tapi saya dah penat cuba kak."

"Cuba lagi. For one last time. Kali ni untuk akak. Please." Khairunnisa dipandang dengan penuh sayu. "Kesiankan dekat Haziq. Nisa yang mengandungkan dia sembilan bulan. Takkan Nisa senang nak bagi dia dekat orang lain? Nisa yang akak kenal selalunya kuat semangat. Pantang mengalah. Cubalah lagi, Nisa..."

Keadaan sepi antara mereka. Keluhan yang penuh dengan keberatan dihela. "Insya-Allah, kak. Saya cuba."

_____________________________________


sebenarnyakan, cerita and karakter original Nisa dgn nazmi bukan macam ni. Berbeza sangat. Kalau nak baca cerita dorang yang ori, bagi tahu eh. Tak panjang. Pendek je. Just a snippet. hahaha

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now