50

750 26 10
                                    

Pipi Haziq dicium dengan kuat dan berulang kali sebelum menyerahkan anak lelakinya kepada Hurra. "Bye anak ayah. Jangan degil. Dengar cakap Aunty Hurra. Kalau ayah tahu Haziq nakal-nakal, siap dia." Kepala Haziq digosok ganas.

Hurra tersenyum lebar. Haziq yang dihulurkan Nazmi didukung. "Saya tak nakallah ayah. Saya budak baik," suaranya dikecilkan cuba meniru gaya budak-budak kecil bercakap. "Min, kau tak gerak ke? Lambat karang." Pipi Haziq dicium.

"Banyak masa lagi." Nazmi tersengih. "Kau betul ke tak kisah jagakan Haziq?"

"Taklah. Aku okey je." Senyuman tadi masih kekal di wajahnya. Tubuhnya digerak-gerakkan, cuba mendodoi Haziq yang berada di tangannya. "Ni kali pertama kau bulan madu dengan Nisa kan? Pergi jelah. Aku suka je dapat jaga budak. Dapatlah jugak merasa macam mana jadi ibu."

Senyuman Nazmi sedikit surut. Dia turut terkena tempias nasib sahabatnya. "Sorry..."

"Hah? Apasal kau minta maaf? Bukan salah sesiapa." Hurra menyeringai. Haziq kemudian diberikan kepada Arid disebelah. "Nah, untuk empat hari ni, dapatlah kita merasa jadi parent."

Arid ketawa kecil. Haziq bertukar tangan. "He is so small."

"Untuk baya dia, dia kira besar," tutur Nazmi sambil mengelus pipi anak lelakinya. "Thanks again."

"No problemo. By the way, Min..."

"Hm?" Wajah Hurra yang sedikit sugul dipandang. "Apa?"

"Dia panggil aku mama....boleh?" soal Hurra dengan teragak-agak. Takut soalannya akan mengundang kemarahan sahabat baiknya.

"Mama? Kenapa? Dia dah ada mama. Kenapa nak panggil kau mama?"

Khairunnisa yang sedari tadi berdiri di belakang suaminya hampir menepuk dahi dengan kuat. Penat dengan perangai suaminya yang kadang-kadang biul. Perubahan riak di wajah Hurra membuatkan dia cepat memangkas kata-kata suaminya tadi. "Maksud dia, Haziq panggil saya mama. Lagi pun saya rasa Kak hurra sesuai dengan panggilan ibu."

"Ibu? Ye ke?" Wajah sugul Hurra kembali bercahaya. "Boleh ke dia panggil aku ibu, Min?"

"Boleh!" Cubitan kecil dan halus oleh Khairunnisa dipinggangnya membuatkan jawapan tadi terpacul dengan spontan. Khairunnisa dijegil tajam. Aku cubit jugak dia ni.

"Yay! Thank you Min!" Arid dan Haziq dipandang dengan bahagia. "Haziq boleh panggil awak papa."

"Yes... Papa doesn't sound so bad." Haziq dilambung kecil sebelum digendong ke ruang tamu.

"Dahlah, Min. Pergilah. Lagi lama kau kat sini, lagi susah kau nak berenggang dengan dia."

"Yelah, yelah. Aku gerak dulu. Assalamualaikum."

Situasi menjadi hangat. Entah macam mereka berada dalam posisi ini, dia sendiri tidak sedar. Terasa seperti keseluruhan tubuhnya membahang dan kemerahan apabila jantung ligat mengepam darah keseluruh tubuh. Wajahnya yang kurang dari satu inci rapat dengan wajah suaminya membuatkan dia terkaku beku, Bibir terasa kering apabila desahan nafas hangat suaminya meluap ke muka. "Na-nazmi..."

"Nisa..," suara dalam dan serak basah Nazmi bergema. Tubuh Khairunnisa diatasnya membuatkan dia semakin tidak keruan. Haih, bahayanya! Kena buat sesuatu ni. "B-boleh bangun?"

"S-sorry! T-tadi saya tersadung dekat kaki kerusi tu. Itu yang saya terjatuh sampai tertolak awak dekat katil. Sorry Nazmi!" Suaranya nyaring. Mungkin kerana terlalu malu dengan apa yang dihadapinya tadi. Lantas tubuhnya ditolak jauh dari tubuh suaminya.

"It's... It's okay." Fuh, nasib baik! "Kaki kau okey?"

"O-okey je. Tak sakit pun. Saya berat ke? Saya minta maaf kalau hempap awak tadi." Wajahnya penuh dengan kekesalan. Kepala menunduk memandang kaki.

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now