47

598 25 8
                                    

Dua bulan semakin hampir. Seperti yang pernah dijanjikan Nazmi, setiap hujung minggu dia akan membawa Haziq bersama dan melawat isterinya di Johor Bahru. Datin Maznah dan Datuk Shah kerap juga mempelawa Nazmi untuk bermalam sekali di rumah mereka, namun pelawaan itu ditolak secara lembut memandangkan Nazmi lebih selesa bermalam di hotel daripada menyusahkan tuan rumah.

"Oi, minggu depan kau dah boleh balikkan?" soal Nazmi, langsung tidak mengalihkan matanya daripada skrin Iphone.

"Oi, oi. Macamlah saya tak ada nama. Nama saya Khairunnisa," omel Khairunnisa sambil panjang muncung. Haziq dilambung-lambung.

"Aku tahu."

"Dah tahu tu, kenapa tak panggil guna nama? Sedap-sedap je panggil orang oi." Mata jeling ke belakang. Menyampah dengan perangai suaminya yang tidak pernah memanggilnya dengan panggilan yang elok. "Minggu depan dah boleh balik. Tapi saya balik naik bas nanti."

"Tak payah naik bas. Aku ambil nanti."

"Betul ni?"

"Betul. Lepas tu kau ambil cuti seminggu terus."

"Untuk apa?" Khairunnisa kerut dahi. Mimpi apa dia sampai nak aku ambik cuti seminggu terus?

"Adalah."

"Kena ada reason. Kalau tak, saya nak tulis apa dalam borang cuti?" Haziq dibiarkan bermain di atas katil. Botol susu bersih dibawa ke meja dan susu dibancuh.

"Kata hal family."

"Maksud? Nazmi nak bawa saya jumpa family bakal madu ke?" Soalnya tanpa sedikit pun perasaan bersalah dalam nadanya. Namun begitu, dia sedikit terkilan dengan soalannya sendiri. Apalah Nisa. Nanti dia jawab ye, kau jugak yang sedih.

"Tak sabar betul kau nak bercerai, ye?" Suaranya sinis, memerli isterinya yang sibuk membancuh susu Haziq.

"Taklah. Saya tak sabar jumpa bakal madu. Tak sabar nak ada keluarga besar."

"Kalau kau nak madu, means kau memang tak nak cerailah? Macam tu? Bukan kau ke yang cakap kalau aku kahwin, aku kena lepaskan kau?" Wajahnya sedikit tegang kita menuturkan ayat itu. Khairunnisa direnung tajam.

"Memang betul pun. Nasib baik Nazmi ingatkan." Wajahnya dibuat selamba, seperti dia langsung tidak terkesan dengan apa yang baru dikatakan suaminya. Walaupun begitu, jauh di satu sudut hatinya, dia berdoa agar kenyataan tentang madu tadi adalah tidak benar.

Nazmi mendengus. Telefon pintarnya diletakkan ke meja sisi katil. Matanya merenung tajam sesuatu yang dia sendiri tak tahu. Bibirnya digigit lembut. Dari gayanya, ia seperti dia sedang memikirkan sesuatu yang rumit.

Dah kenapa muka macam tu, tu? Mesti tengah fikir benda yang nak menyakitkan hati aku. Botol susu diberikan kepada Haziq. Tudungnya dibetulkan. Rimaslah pakai tudung. Nak buka boleh tak? Tapi nanti dia nampak la pula.

"Buka jelah tudung tu. Bukannya orang lain yang tengok." Tangannya spontan cuba menarik tudung Khairunnisa namun gagal apabila tangannya ditepis kuat oleh gadis itu.

"Janganlah!" Muka Khairunnisa membengis. Benci dengan cubaan suaminya yang mahu membuka tudungnya. "Suka hati sayalah nak buka atau nak pakai. Sibuk je!" Kepalanya dipegang kuat untuk mengelakkan tudungnya dari dicabut semula oleh Nazmi.

"Eleh, tak nak bukak konon. Padahal hari tu elok je telanjang depan aku. Aku dah nampak semualah. Tak payah nak bertutup bagai." Perli Nazmi sinis.

Wajah Khairunnisa meradang. Berani betul dia cakap macam tu ye? Memang menempah maut laki aku ni. "Awak ingat saya sengaja ke buat macam tu? Badan saya ni orang yang betul-betul layak je boleh tengok. Anggap jelah awak tu bernasib baik sebab dapat tengok. Kalau tak, memang kempunanlah awak sampai mati."

Nazmi tersenyum geram. Apa kau cakap? Giginya diketap kuat. Memang sengaja cari pasal minah ni. "Kau ingat aku nak sangat tengok? Bersyukur jelah yang tengok tu aku. Kalau orang lain nampak, muntah darah dorang agaknya. Kau ingat kau cantik sangat? I bet if I'm not the one that marry you, sampai ke tua kau tak ada suami."

Dada Khairunnisa berombak ganas. Hatinya semakin sakit mendengarkan makian suaminya yang betul-betul menusuk jantung. Matanya kepanasan. Dia tahu, bila-bila je air matanya akan mengalir keluar. Nazmi direnung tajam. Rahangnya mengeras. Laju dia beristighfar panjang apabila bayangan dirinya mencekik Nazmi mula kelihatan.

That was too much, Nazmi. You've ruined it. Nafas ditarik dalam. Pelipisnya diurut-urut. "I-I'm sorry. That was too much. Aku tak patut cakap macam tu."

"Damage has been done," gumam Khairunnisa rendah. Terus tubuhnya dibaringkan di sebelah Haziq dan membelakangi Nazmi. Dadanya diurut kuat. Sakit sangat hatinya bila dikutuk sebegitu rupa. Mulut dia memang menyakitkan.

Belakang Khairunnisa ditenung dengan rasa bersalah yang membuak-buak. Tangannya yang mahu menggoncang tubuh Khairunnisa ditarik balik. You've ruined it! Tengok apa dah jadi?! Kata pandai tapi bodoh! Perlahan dia baring ke katil. Lampu sisi katil ditutup. "Goodnight."

___________________________

sabar tauu.

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now