65

1.1K 30 34
                                    

"Abang," lengan atas abangnya dicuit ganas. "Keluar jap. Ada benda orang nak cakap dengan abang."

Lengan yang dicuit digosok ganas. Sakit! Dia ni tak potong kuku ke? "Nak cakap apa?" soal Nazmi sebaik sahaja dia berdua dengan Naina di laman rumah. Haziq dan Rayyan yang sedang bermain buih belon di laman diperhati.

"Erm, pasal mama."

Kepala pusing lipat menghadap Naina. Keningnya bersatu. "Kenapa dengan mama? Lama tak dengar pasal dia, tiba-tiba pula ada cerita."

"Mama call orang hari tu. Nai jumpa mama dekat Facebook. Lepas tu kita orang tukar nombor. Sejak dari tu orang dengan mama selalu borak. But put that aside, apa yang orang nak cakap ni, abang jangan terkejut tau." Nafas dalam ditarik. Gementar untuk memberitahu khabar berita ini kepada abangnya.

Nazmi tidak memberi respons. Malahan, tatapannya pada Naina semakin tajam dan dingin. Apa-apa yang keluar dari mulut dia pasal mama, aku tak nak ambil peduli. Senyuman sinis mula terukir apabila satu perkara terlintas dalam fikirannya. "Mama nak kahwin?"

"Betul."

Senyuman sinis terus lesap. "Abang teka je tadi Nai. Betul ke?" Ceh, tak nak ambil peduli konon...

"Ha'ah. Itu belum mengejutkan lagi. Abang mesti tak percaya apa yang keluar dari mulut orang lepas ni."

"Apa dia?" Debaran semakin terasa. Jantungnya berdegup laju. Dia langsung tidak dapat mengagak apakah jawapan yang akan keluar dari mulut Naina. Sama ada ia berita baik, berita kurang baik atau kedua-duanya sekali.

"Mama nak get back together dengan papa."

Rahang Nazmi terjatuh. Jawapan itu langsung tidak terlintas dalam fikirannya.

Naina tersengih. Riak abangnya sudah dapat dijangka sejak pelan untuk memberitahu abang tentang berita ini terpasang.

"B-bila mama dengan papa jumpa? Aduh..." kepala digaru kasar. Kaki terus bertinggung ke tanah dengan ganas. "Family ni peliklah! Serabut!"

Tawa Naina terburai. Geli hati dengan kenyataan spontan abangnya. Namun begitu, kenyataan abangnya langsung tidak dinafikan memandangkan dia turut mempunyai komen yang sama terhadap keluarga mereka.

"Mama terserempak dengan papa dekat hospital. Masa tu papa baru lepas cerai. Papa cerai beberapa bulan lepas Nisa beranakkan Haziq. Dorang contact balik, lepas tu, kesudahan dia macam yang Nai cakap tadilah."

Nazmi mendengus. Sukar untuk menyerap masuk berita yang dikhabarkan adiknya. Dia kembali berdiri. "Nai ada jumpa mama ke?"

"Ada. Selalu."

"Kenapa tak pernah cakap dekat abang?"

"Sebab mama tak bagi. Dia takut abang mengamuk, tak bagi Nai jumpa dia." Naina mengambil tempat di bangku batu di laman rumahnya.

"Kenapa pula abang nak mengamuk? Abang tak ada hak nak halang Nai jumpa mama." Nazmi biul. Tak ada sebab aku nak buat macam tu.

"Mama kata, mama nak jumpa abang. Tapi dia takut sebab mama tahu yang abang tak suka dekat mama... sama macam abang tak suka papa." Bahu abangnya yang baru mengambil tempat di sebelahnya diurut perlahan.

Nazmi mendengus. Apa yang dikatakan Naina ada betulnya. Tapi mamalah yang sepatutnya mulakan dahulu. Bukannya biarkan semua masalah ni tak selesai. Tapi kau dengan mama pun lebih kurang je. Dua-dua keras kepala.

"Abang... jom kita berkumpul balik nak?"

Bahu dijungkit berkali-kali. "Ikut suka Nai. Abang tak ada bantahan. Abang dah tua nak fikir masalah ibu bapa. Abang ada masalah lain lagi nak fikir."

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now