32

460 28 15
                                    

"Oit, murung je tu kenapa?" Zuhaira mengusik. Pelik juga dengan perangai Khairunnisa yang memuncung panjang dari dia masuk ke pejabat pagi tadi. Sampai ke sudah muncung tu panjang.

"Tak ada apalah kak." Khairunnisa cuba mengukir senyum. "Saya penat je."

"Penat? Buat apa semalam?"

"Tengok anime."

"Sampai bengkak mata?"

Tawa Khairunnisa terburai. Dia mengangguk perlahan. "Tengok anime sedih. Itu yang menangis tak berhenti tu."

"Cerita apa? Ni kalau cakap dengan Encik Megat ni, mesti dia tahu." Zuhaira menguntum senyum, cuba untuk membuatkan Khairunnisa tersenyum. Dia yakin, mesti ada sesuatu yang berlaku dalam rumahtangganya. Bukan mahu menyibuk, tapi dia cuma tidak mahu Khairunnisa bersedih.

"Grave of the Fireflies. Sedih gila cerita tu kak. Akak kena tengok. Dia pasal abang dengan adik masa World War Two. Adik dia dah mati. Lepas tu abang dia letak abu adik dia dalam tin gula-gula." Cerita Khairunnisa dengan sengihan terukir.

Cerita ringkas Khairunnisa tadi berjaya membuatkan Zuhaira ketawa besar. "Apalah Nisa ni. Dari cerita sedih, terus jadi cerita lawak." Kertas-kertas yang keluar dari mesin fotokopi disusun rapi. "Lunch, ni jom. Kita makan sekali. Lama tak makan dengan Nisa. Bos tak ada hari ni." Zuhaira tersenyum sumbing.

"Saya okey je. Encik Megat bukan ada ke tadi?"

"Maksud akak, dia memang ada. Cuma dia lunch dengan kawan dia hari ni."

Khairunnisa melopong sambil mengangguk sedikit. "Makan mana kak? Harap tak adalah tempat mahal-mahal sangat." Dia tersengih. "Dompet tengah nazak."

"Kita makan dekat kafe bawah je. Akak pun malas nak pergi tempat lain."

Khairunnisa tersengih janggal. Kelakar juga rasanya apabila melihat gelagat pasangan suami isteri di hadapannya bergaduh. Lebih kepada gaduh-gaduh manjalah tapi.

"Ingatkan Encik makan tempat lain." Zuhaira mencebik.

Megat tersengih. "Abang nak makan sini. Abang tak tahu pulak Juju pun nak makan sini."

"Mana kawan abang?"

"Tu," Muncungnya dipanjangkan ke satu arah. "Baru sampai tu ha. Jom, kita duduk semeja."

"Tak mau. Saya duduk dengan Nisa je." Tangan Khairunnisa ditarik ke arah meja kosong. Beg tangannya diletakkan ke atas meja dengan kasar. Dia mendengus kecil. "Apalah bos Nisa tu. Elok kita nak makan sini, dia pun sibuk nak makan sini."

"Tak apalah kak. Makanan sini pun boleh tahan sedap dia. Mungkin itu yang Encik Megat nak makan dekat sini sekali," pujuk Khairunnisa lembut.

"Yelah, yelah." Zuhaira menjeling mata ke belakang. "By the way Nisa, anything to spill? Akak tahu something happen dekat Nisa sampai Nisa monyok sampai macam ni Akak pun tahu yang anime tu alasan Nisa untuk cover apa yang jadi sebenarnya kan? Ceritalah... Kalau Nisa tak keberatan. Akak sudi mendengar. Akak tak suka bila tengok Nisa sedih macam ni."

Khairunnisa kemam bibir. Dia tahu niat Zuhaira baik. Tapi dia belum bersedia untuk menceritakan masalahnya kepada sesiapa. Buat masa ni, biarlah perasaan gusar hatinya surut dahulu. "Erm, kak, bukan Nisa tak nak bagitahu. Cuma... Nisa tak bersedia lagi."

Tangan Khairunnisa digenggam erat. Senyuman lembut diberikan. "Tak apa. Akak faham. Kalau rasa nak luahkan, call je akak. I'll try my best to lend you my ears. Jangan pendam tau."

"Okey, kak." Kepalanya mengangguk perlahan. "Tapi one thing yang saya boleh bagitahu akak ialah, saya dengan dia dah tak ada harapan. Itu je yang saya boleh bagitahu." Matanya leka merenung sesuatu yang dia sendiri tak tahu.

Riak kasihan bercorak di wajah. Zuhaira tak tahu bagaimana untuk membantu Khairunnisa. Tetapi apa yang mampu dilakukannya hanyalah dengan memberi semangat kepada Khairunnisa. "Do you... love him?"

"Yes I do... so much..," tuturnya perlahan.

"Nisa... Haziq..." Zuhaira kehilangan kata. Dia betul-betul mahu membantu gadis di hadapannya tapi dia sendiri yang mati akal. Kesian Nisa.

"Pasal Haziq... he's in a good hand. Saya percayakan Nazmi untuk jaga dia." Wajahnya sayu. "Saya sayang dekat Nazmi. Tapi saya dah penat. Cara saya sekarang Cuma dengan doa je." Kepalanya diangkat, memandang Zuhaira dengan senyuman kecil. "Akak doakan saya, ye."

"Akak akan sentiasa doakan." Tangan Khairunnisa digenggam dua kali. "Nisa sabarlah."

"Hadiah tu dia suka?" Soal Arid, sebaik sahaja Khairunnisa berada di hadapannya.

Khairunnisa tersengih. Kepala tak gatal digaru. "Dia suka. Tapi..."

"Tapi?" Kening Arid terangkat tinggi.

"Tak ada apa. Dia suka hadiah tu. Thanks, bang. Sebab tolong belikan hadiah tu." Sayup-sayup kedengaran Zuhaira memanggil namanya. "Er, saya kena pergi dulu bang. Kirim salam dekat Kak Hurra. Kirim salam rindu."

"Will do," balas Arid ringkas dengan senyuman kecil.

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now