38

528 28 1
                                    

Bulan yang ditunggu tiba. Persiapan semua sudah dilakukan. Tempat tinggal semua sudah ada. Yang tinggal cuma dirinya sahaja untuk dibawa ke tempat baru. Bagasi kecil yang dipenuhi dengan semua baju-bajunya dibawa keluar dari bilik. Memang kelakar sebab sejak dia pindah ke rumah Nazmi, memang banyak itu baju yang dibawa sekali. Dan bila keluar, banyak itu juga bajunya yang dibawa keluar.

Ruangan rumah dipandang dengan senyuman kecil. Banyak pengalaman manis dan pahitnya di rumah itu. Walaupun dia sudah tidak sebumbung dengan suami dan anaknya, dia yakin apa yang dilakukannya adalah perkara yang terbaik untuk hubungan mereka. Enam bulan je. Tapi tak tahulah lepas enam bulan ni, dia terima aku balik ke tak.

Bagasi ditarik ke pintu rumah. Memandangkan hari ini hari bekerja, tak dapatlah dia berjumpa dengan Haziq sebelum bergerak ke Johor. Tapi dia tak kisah sebab dia tahu, yang Haziq berada dalam tangan yang betul. Dia yakin Nazmi boleh menjaga Haziq lebih baik dari dia menjaga Haziq. Kalau rindu, aku curi-curi tengok Instagram Nazmi. Bukan aku tak tahu yang akaun dia cuma penuh dengan gambar Haziq. Bye rumah. Jumpa lagi enam bulan. Buat kali terakhir, pintu rumah ditutup dan dikunci. 

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now