21 NOVEMBER 2019
Debaran kian terasa . Hari ini , keputusan SPM akan dikeluarkan . Qaisara dan Aayan amat takut dengan keputusan yang akan mereka terima kelak .
"Qaisara , kau okay? " Tanya Aayan .
"Ouh , aku nervous la Aayan , macam mana kalau aku tak dapat banggakan ayah dan ibu aku ? Aku takut" Rasa mahu menangis Qaisara . Dia cukup takut jika dia akan kecewakan kedua ibu bapanya.
"Kau jangan la risau , aku yakin kau akan dapat keputusan yang cemerlang , aku tahu kau boleh dapat keputusan yang bagus , aku tahu kau dah buat yang terbaik " Ujar Aayan untuk menenangkan hati kawan baiknya itu walaupun dia juga risau dengan keputusannya.
Akhirnya , dengan bismillah mereka berdua mula masuk ke dalam dewan sekolah itu untuk mengambil slip keputusan mereka .
Setelah masuk , mereka pun berpecah . Mereka pergi ke tempat masing - masing untuk mengambil keputusan mereka mengikut kelas .
QAISARA POV
Sedang aku beratur untuk mengambil keputusan SPM nya itu , tidak henti- henti mulutku berselawat . Hingga tiba giliranku ..."Qaisara Amani Binti Rahim" Tanya Guru kelasku , Cikgu Suria .
Aku hanya mengangguk tanda mengiyakan.
Cikgu pun mencari slip keputusan ku dan memberinya kepadaku .
Dengan bacaan Bismillah, aku pun melihat slip keputusanku itu , 8A+ .
Alhamdulillah ,ujarku .Aku menangis terharu . Aku terus berlari keluar dari dewan dan menunggu tibanya Aayan . Aku tidak sabar untuk berkongsi keputusan ini padanya.QAISARA POV END
AAYAN POV
Setelah aku mendapat keputusan SPM itu , aku terus membukanya . 8A+ . Aku tak henti - henti mengucapkan Alhamdulillah. Setelah mengucapkan terima kasih kepada guru kelasnya itu , aku pun keluar ke dewan untuk bertemu dengan sahabatnya , Qaisara.AAYAN POV END
Mereka pun berjumpa di luar dewan. Aayan mencari Qaisara . Qaisara melambaikan tangannya menandakan dia ada di sana . Setelah itu , Aayan terus pergi ke arah sahabatnya itu.
"Macam mana dengan keputusan kau? Tanya Aayan pada Qaisara .
Dengan perasaan yang gembira , Qaisara berkata " aku dapat 8A Aayan " katanya dengan gembira dan terharu.
"Tahniah Qaisara !!!! Aku bahagia untuk kau " ujar Aayan dengan gembiranya.
"Ouhh , aku pun dapat 8A Qaisara " kata Aayan lagi .
Qaisara sangat gembira mendengar apa yang dikatakan oleh Aayan .
Dia berkata "Yeay, boleh lah kita masuk universiti yang sama nanti !!!"
"Aamiin " kata mereka serentak.
YOU ARE READING
Luka Yang Kurindu
RomanceAAYAN FARHAN X QAISARA AMANI Mereka merupakan sahabat dari bangku sekolah lagi . AAYAN FARHAN - Aku suka akan Ariana. Aku betul-betul nak jadikan dia satu-satunya buat aku . Kau tolong aku pikat Ariana ye? QAISARA AMANI - Dia terluka . Lelaki yang...