Bab 30

1.6K 55 1
                                    

Sebulan berlalu setelah peristiwa yang terjadi di camping itu . Qaisara sudah lama memaafkan Aayan . Kerana apa? Kerana sejak dia membentak Qaisara itu, tak henti-henti bibirnya mengucapkan kata maaf kepada Qaisara. Hubungan mereka bertambah baik . Cumanya , Aayan kini kurang memberikan perhatiannya kepada Qaisara.

Qaisara sekarang  makin hari makin rapat dengan Haydar.

Minggu lepas , dia kembali ke universiti .
Hari ini dia diminta untuk berjumpa dengan canselor. Qaisara mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam bilik dekan itu.

"Masuk" kata suara yang ada di dalam bilik itu .

Qaisara memasuki bilik itu .

"Sila duduk Qaisara"

Qaisara patuh.

"Ada apa canselor nak jumpa saya ye" tanyanya dengan sopan.

Canselor itu tersenyum.

"Saya dapat tahu bahawa  awak mendapat pointer  yang cukup tinggi. "

Ye . Qaisara mendapat pointer yang cukup tinggi untuk peperiksaan yang lepas. Tidak sia-sia dia tidur lewat selama ini .

"Jadi , pihak universiti bersetuju  memberi awak biasiswa untuk sambung belajar di UK" kata dekan itu lagi.

Qaisara terdiam. Dia tidak tahu untuk membalas apa . Dia gembira kerana diizinkan untuk sambung belajar di UK. Negara itu merupakan negara yang dia ingin kunjungi jika diberikan kesempatan.

"Boleh beri saya masa untuk berfikir?"

"Boleh . Saya izinkan . Saya berharap sangat awak tak menolak peluang keemasan ini " kata canselor itu

Qaisara mengangguk tanda dia berterima kasih.

Petang itu di taman

Dia kini keseorangan di taman yang kerap dia kunjungi sejak dia berada di universiti ini .

Dia ada menelefon Aayan pagi tadi untuk  memberitahu berita ini kepada dia .Aayan berjanji untuk bertemu di taman pada petang ini.

Kini , Qaisara sedang menunggu kedatangan Aayan.

Sedang dia menunggu , Kata-kata canselor itu bermain di fikirannya.Dia tidak tahu tindakan apa yang harus dia lakukan .

Dia ada bercerita hal ini kepada Adeena dan Husna. Mereka menyuruh Qaisara untuk menerima tawaran itu .

Tapi , Qaisara tidak sanggup untuk berpisah dengan Aayan . Ya , itu yang dia fikirkan . Awalnya , dia ingin bersetuju untuk dihantar ke sana , tapi dia tidak sanggup berjauhan dengan Aayan .

Telefonnya berbunyi. "Abang" terpapar.  Dia mengangkat.

"Sara , ada apa kau telefon aku ini?" Tanya abangnya.

"Telefon pun tak boleh ke? "

"Bukan tak boleh Sara oi , masalah nya kau kan jarang nak telefon aku , itu yang aku pelik"

"Sara nak bagitahu sesuatu ni"

"Cakap lah "

"Sara dapat tawaran untuk sambung belajar di UK" Katanya .

"Betul ke Sara? Ya Allah , alhamdulillah. Kau dah bagitahu ibu dan ayah?"

"Belum , Sara tak bagitahu lagi. Lagi pun, Sara rasa macam nak tolak tawaran itu"

"Kau kenapa ini tiba-tiba? Bukankah UK adalah negara yang nak sangat kau pergi?"

Qaisara diam .

"Kau takut nak berpisah dengan Aayan ye?

Abang nya tahu apa yang sedang bermain di fikiran Qaisara.

"M-mana ada" nafi Qaisara.

"Sara, ini masa depan kau . Bukan senang untuk dapat tawaran ini . Kalau ibu dan ayah tahu ini , mesti dia gembira anak dia dapat belajar di luar negara. "

Qaisara diam mendengar apa yang dikatakan abangnya itu.

"Aku tahu kau ada perasaan pada Aayan . Sebab itu , kau takut untuk berjauhan dengan dia kan? Sara , let me tell you something. Kalau betul kau dengan Aayan ada jodoh , kau pergilah satu dunia sekalipun , suatu hari kau akan jumpa dia juga. Sebab apa? Sebab dia adalah jodoh kau. If dia bukan jodoh kau , kau dekat lah sekalipun dengan dia , if dia bukan jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah , means dia bukan untuk kau Sara"

Qaisara meneteskan air matanya .

"Aku tahu adik aku kuat"

"Tapi , aku sayangkan dia sangat "

"But , dia sayangkan kau ke macam mana kau sayangkan dia?

Soalan abangnya itu membuatkan dia terdiam.

"Kau sendiri nampak dia dah bahagia dengan pilihan hati dia . Kau patut terima dengan hati yang terbuka Sara. Dia sayangkan kau sebab kau sahabat dia . Itu sahaja , tak lebih daripada itu "

Qaisara menangis lagi. Ya , dia mengaku dia tidak boleh menerima kenyataan bahawa Aayan sudah bahagia bersama yang lain, bukannya dengan dirinya.

"Apa yang patut Sara buat sekarang ini bang?"

"Move on.  Terima tawaran belajar di sana. Mulakan hidup baru kau tanpa dia "

Mungkin benar kata abangnya .

"Sara letak dulu ye . Sara ada hal "

"Sara , aku sayangkan kau . Aku nak yang terbaik untuk kau . "

"Ye , Sara pun sayangkan abang. Assalamualaikum abang"

Qaisara mematikan telefonnya. Dia kembali menangis.

"Kau lemah Qaisara. Kau tak kuat. Kau tak mampu untuk terima kenyataan yang dia dah bahagia dengan yang lain" kata Qaisara sendiri.

Sedang dia menangis, seseorang datang menghulurkan tisu kepadanya .

Qaisara memandang ke arah sang pemberi tisu itu.

Dia ........ Haydar. Kenapa lelaki itu sentiasa ada di waktu dia berasa dalam keadaan yang cukup lemah seperti sekarang.

Luka Yang KurinduWhere stories live. Discover now