Bab 14

995 41 0
                                    

QAISARA POV
Semalam merupakan hari di mana dia meluahkan segala yang dia rasai pada kedua sahabatnya itu. Dia berasa sangat lega.

Qaisara bangkit dari tidurnya dan masuk ke bilik air untuk mempersiapkan dirinya.

" Kau nak ke mana ni Qaisara?" Tanya Husna.

" Aku nak pergi cafe sekejap , nak beli makanan dan minuman , kau nak order apa apa ke?"

" Boleh juga, belikan aku americano satu dengan croissant, untuk Adeena pula belikan dia cappuccino dengan croissant"

"Okay , aku pergi dulu"

TIBANYA DI CAFE

Qaisara menolak pintu cafe itu lalu masuk ke dalam cafe . Dia menuju ke kaunter untuk memesan minuman.

" Bagi saya latte satu , cappuccino satu, americano satu , croissant tiga , take away ye"

" Tunggu sebentar ye "
Qaisara mengangguk.

Qaisara pun pergi duduk di hujung cafe itu. Dia dapat melihat pemandangan yang boleh dikatakan cantik. Sedang asyik memandang , ada satu suara menegurnya.

" Qai" suara itu, panggilan itu yang aku rindui.
Aku memandang ke arah suara itu . Dan benar dia orang yang aku rindui selama ini , Aayan Farhan.

Qaisara hanya tersenyum.

"kau datang dengan siapa?" Tanya Aayan dengan lembut.

" Aku datang sorang je "

" Kenapa kau macam menghindar dari aku sejak kes di cafe tu?"

" Eh , mana ada lah ... Aku cuma sibuk dengan kerja aku"

" Baguslah , aku ingatkan kau benci aku"

I wish i can hate you , Aayan .

" Ouh , macam mana kau dengan Ariana? Tanya Qaisara seolah dia tak terkesan dengan apa yang terjadi .

"Macam biasa kawan sahaja tapi rapat"

" Kau tak mahu luahkan perasaan kau ?"

" Aku nak kau tolong aku pikat dia. Aku tak tahu nak pikat perempuan macam mana . Aku kan tak pernah bercinta"

Qaisara menghembuskan nafasnya.
"Aku akan tolong kau "

Kata yang keluar dari mulut Qaisara membuatkan Aayan sangat gembira.

" Betulkah !!!!"

Qaisara mengiyakan.

"Lagipun kau dengan dia dah rapat kan , lagi senang kerja aku "

"aku nak ambil makanan aku kat kaunter
sekejap , aku balik dulu tau "

" Thank you my best friend" kata Aayan

Qaisara tersenyum pedih . Sampai bila-bila pun aku hanya akan jadi kawan baik kau je ke Aayan?

Luka Yang KurinduWhere stories live. Discover now