Hari ini Aayan akan pulang ke rumah mereka . Qaisara menunggu kehadiran lelaki itu di ruang tamu . Perutnya yang mulai membesar sedikit itu diusap lembut.
"Tak lama lagi . Sekejap je lagi baby . Nanti kita buat kejutan untuk papa ye sayang" katanya sambil mengusap perutnya itu.
Jam menunjukkan pukul 10 malam . Tapi tidak ada tanda -tanda Aayan sudah tiba di rumah mereka itu.
Qaisara khawatir dengan keadaan Aayan. Dia menelefon Aayan . Tapi seperti biasa , dia tidak menjawab.
"Mana awak ini Aayan ?"
Qaisara masih menunggu dengan sabar sehingga dia terlelap .
Keesokan harinya
Qaisara tersedar dari tidurnya. Dia melihat keadaan sekitarnya . Dia tidur di ruang tamu semalam?
Aayan? Aayan dah balik ke? Dia melihat melalui tingkap, kereta Aayan ada di luar. Qaisara menaiki tangga dan menuju ke bilik mereka. Dia melihat Aayan sedang tidur dengan nyenyak di atas katil. Dia menghampiri Aayan dan mengusap rambutnya.
"I miss you husband" kata Qaisara tersenyum manis.
Qaisara bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.
10 minit kemudian
Qaisara keluar dari bilik air itu . Dia melihat Aayan tidak ada di atas katil . Bingung Qaisara. Dia dah turun ke?
Qaisara dengan pantas menuruni tangga itu dengan berhati-hati. Dia lihat Aayan sedang duduk di meja makan . Dia melihat Aayan minum segelas air kosong . Qaisara menghampiri Aayan.
"Husband" panggil Qaisara lembut lalu memeluk suaminya itu dari belakang
Aayan tidak membalas pelukannya itu.
Qaisara melepaskan pelukan itu . Dia menghadap Aayan .
"Kenapa husband tak angkat call ? Kenapa husband tak balas mesej saya?" Tanya Qaisara
"Sibuk" ringkas Aayan dan mahu menaiki tangga
"Saya ada buat salah ke husband?" Tanya Qaisara sambil memegang lengan Aayan
"Tanya diri kau sendiri" kata Aayan lalu menaiki tangga itu .
Kau? Mana pergi panggilan wife yang selalu dia sebut ?
"Fikir Sara . Apa yang kau buat?" Katanya sendiri
"Masak dulu lah , nanti baru fikir " bangun Qaisara dan mula masuk ke dapur.
Selesai masak
Aayan menuruni tangga . Dia memakai t-shirt dan seluar biasa sahaja . Dia menuju ke arah pintu .
Qaisara yang baru sahaja selesai memasak , menghampiri Aayan.
"Husband, jom makan sama-sama . Saya ada masak banyak tau untuk husband " kata Qaisara sambil mencedukkan makanan itu ke dalam pinggan.
Setelah menceduk makanan itu , dia menghulurkan kepada Aayan.
"Aku tak lapar . Kalau kau nak makan , makan je sendiri. Aku nak makan di luar" kata Aayan dingin.
"Tapi Aayan saya dah masak untuk awak tau. Penat saya masak . Kalau ye pun , rasa lah sikit " kata Qaisara sambil memegang pinggan itu
"AKU CAKAP TAK NAK , TAK NAK LAH . TAK FAHAM KE " Tengking Aayan dan mencampakkan pinggan itu . Lalu, dia keluar begitu sahaja.
Qaisara yang masih terkejut itu terduduk sambil memegang perutnya itu.
"Sorry anak mama . Anak mama mesti terkejut kan " Qaisara mengusap perutnya.
YOU ARE READING
Luka Yang Kurindu
RomanceAAYAN FARHAN X QAISARA AMANI Mereka merupakan sahabat dari bangku sekolah lagi . AAYAN FARHAN - Aku suka akan Ariana. Aku betul-betul nak jadikan dia satu-satunya buat aku . Kau tolong aku pikat Ariana ye? QAISARA AMANI - Dia terluka . Lelaki yang...