"Ibu , ayah Sara pergi dulu ye " Qaisara menyalam kedua orang tuanya .
"Ye lah , hati-hati tau . Dekat dalam hutan tu . Ibu risau . Dah sampai bagitahu ibu ye" pesan ibunya .
"Ye ibu ayah . Ini nanti tolong kirim salam dekat abang ye. Tadi Sara masuk bilik dia tengah tidur lagi. "Katanya lagi.
Pon pon ~
"Kawan Sara dah sampai . Sara pergi dulu . Assalamualaikum ibu ayah " lambainya kepada mereka.
Qaisara menghampiri kereta kawan nya , Husna .
"Uyoo , ada kereta sendiri do. Kaya nya kawan aku ini " usik Qaisara.
"Mengada. Kau lagi kaya tengok rumah kau ini. Besar " kagum Husna.
"Biasa je aku tengok " kata Qaisara.
Husna memandang nya .
"Apa pandang-pandang" kata Qaisara lalu memasuki kereta Husna itu.
Di dalam kereta
"Adeena dah sampai ke kat universiti?" Tanya Husna .
"Belum , dia kata dia pun dalam perjalanan lagi " balas Qaisara.
Masing-masing hanya membuat hal sendiri. Husna sedang fokus memandu kereta . Qaisara pula hanya termenung . Kata-kata Aayan semalam itu bermain di fikirannya .
Tak ingin ambil pusing , dia terlelap sewaktu di dalam perjalanan.
Beberapa jam kemudian, mereka pun sampai di universiti mereka . Husna keluar dari kereta lalu meregangkan badannya. Mungkin dia penat memandu dalam masa yang berjam-jam.Qaisara terjaga dari tidurnya . Dia juga turut keluar . Lalu , dia membuka pintu belakang kereta itu untuk mengambil beg mereka .
"Nah , beg kau Husna" hulur Qaisara.
"Thank you Sara" ambil Husna.
"By the way , thank you sebab sudi tumpangkan aku ,nah mini love"
"Tak nak aku mini love bukan boleh buat kenyang pun"
Qaisara tergelak.
"Ye lah , nanti aku belanja kau makan . Dah jom gerak pergi dewan "
Mereka berdua berjalan menuju ke dewan. Sesampai di sana , mereka melihat Adeena .
"Adeena" panggil Qaisara.
Adeena menoleh dan berjalan ke arah mereka.
"Baru sampai ke?" Tanya Adeena.
"Haah" balasnya.
"Kau orang pergi lah daftar dulu" kata Adeena.
Mereka berdua pergi mendaftar.Ketika dia sedang mencari nama nya di dalam list nama , dia melihat nama Aayan Farhan? Dia pergi ke? Tanya Qaisara sendiri.
Beberapa minit kemudian
"Sesiapa yang dah selesai mendaftar , masuk dalam bas sekarang " arah seorang pensyarah di sana.
"Jom pergi " kata Husna.
Mereka pun mengikuti Husna .Mereka pun memasuki ke dalam bas .
"Dua tempat duduk je ini , macam mana ini?" Tanya Adeena.
"Tak mengapa lah , kau dengan Husna duduk la sekali , aku boleh duduk seorang diri" kata Qaisara .
"Tak apa ke? " Tanya Husna pula.
"Ye tak apa bukan nya kita tak jumpa lagi pun. Dah pergi duduk "
Qaisara duduk sendiri di belakang tempat duduk Husna dan Adeena .
Dia memakai earphone di telinganya . Suasana sangat bising membuatkan Qaisara rimas.Satu demi satu pelajar masuk ke dalam bas dan duduk di kerusi yang disediakan . Mereka semua mempunyai pasangan . Qaisara keseorangan. Akan tetapi , dia tidak ambil peduli. Siapa yang nak duduk , duduklah .
Qaisara mendengar lagu sambil memandang pemandangan di luar bas. Tiba-tiba dia berasa ada seseorang sedang duduk di sebelahnya. Dia menoleh . Lelaki ini ........
Hai , tolong vote and follow saya . Thank you <3
YOU ARE READING
Luka Yang Kurindu
RomanceAAYAN FARHAN X QAISARA AMANI Mereka merupakan sahabat dari bangku sekolah lagi . AAYAN FARHAN - Aku suka akan Ariana. Aku betul-betul nak jadikan dia satu-satunya buat aku . Kau tolong aku pikat Ariana ye? QAISARA AMANI - Dia terluka . Lelaki yang...