Seminggu kemudian
Kring~
Qaisara mengambil telefonnya dan mengangkat panggilan itu ."Hello Sara" Jerit Husna.
"Hello , Husna aku tak pekak lagi la , kau jangan jerit eh , bingit tau telinga aku ni"
"Hehehe, sorry Sara ku "
"Hai , Sara" kata Adeena pula
"Hai, Adeena" balasnya.
Ya , mereka video call bersama-sama.
"Ada apa kau orang telefon ini ? " Rindu aku eh " usik Qaisara.
"Jangan nak perasan lah Qaisara , tak ada masa aku " kata Husna.
Qaisara mencebik .
Adeena mampu tertawa sahaja . Husna dan Qaisara selalu begitu. Adeena hanya mampu melihat sahaja .
"Kita orang video call ini sebab nak ajak kau pergi camping " teruja Husna
"Ha? Camping? Bila ? Dekat mana?"
"Ye lah camping . Universiti anjurkan . Jom lah " pujuk Husna dan Adeena.
"Malas lah aku " kata Qaisara.
"Tak apa kalau kau malas , aku dah tulis dah nama kau . Nak ke tak nak kau kena pergi juga" bersahaja Husna.
"Ha bagus lah bagus . Lepas itu , untuk apa kau tanya aku lagi?" Geram nya . Baik tak payah tanya.
"Saja, aku rindu nak gaduh dengan kau "
Qaisara menjeling .
"Bila pergi nya? Naik apa?" Tanya Qaisara.
"Minggu depan . Kita kan cuti sebulan . So boleh la kita jumpa waktu di camping itu " kata Adeena pula.
"Kita naik bas" kata Husna lagi.
"Okay , aku pergi "
"Jumpa dekat sana girls , bye " Husna mengakhiri panggilan itu.
Qaisara turun ke bawah . Dia ingin pergi ke pantai yang berdekatan di rumah nya.
"Ibu, Sara nak pergi pantai tau " izin Qaisara.
"Jauh tu , nak pergi naik apa?"
"Naik motor lah . Ayah kan ada motor "
" Pergi minta izin ayah dulu"
Qaisara pergi meminta izin ayah nya .
"Ayah , Sara nak pergi pantai boleh" pinta Qaisara.
"Nak apa?"
"Motor ayah"
"Ye lah , hati-hati tau"
Qaisara mengangguk.
"Sara pergi dulu , Assalamualaikum ibu ayah"
"Waalaikumussalam "
Qaisara menghidupkan enjin motor itu . Dengan Bismillah, dia mula membawa motor itu menuju tempat yang dia tuju itu.
Sampai di sana , dia meletakkan motor nya di tempat yang disediakan. Qaisara berjalan menuju ke arah pantai itu.
Dia duduk di atas pasir . Dia berasa tenang . Dia pergi ke sini hanya untuk menenangkan perasaannya.Dia memakai earphone di telinganya dan memasang lagu untuk dia dengari sambil menikmati pemandangan yang ada di pantai itu. Dia berasa bahagia ada di situ.
Sedang dia melayan perasaannya, seseorang datang menepuk bahunya dari belakang . Qaisara terkejut lalu dia memusingkan kepalanya .
Orang itu adalah Aayan . Aayan duduk di sebelah nya .Qaisara membuka earphone yang dia pakai tadi . Dia hairan . Macam mana lelaki itu boleh tahu dia ada disini?
"Kau buat apa dekat sini?" Tanya Aayan dulu.
"Kau yang buat apa dekat sini?" Tanya Qaisara pula.
"Aku tanya kau dulu kan . Kenapa kau dekat sini? Kau broken ke?" Tanya Aayan.
"Saja. Aku bosan duduk rumah . Aku datang la sini. " Balas Qaisara tanpa memandang wajah Aayan.
"Mana kau tahu aku ada dekat sini?" Tanya Qaisara lagi.
"Aku pergi rumah kau tadi . Ibu kau cakap kau pergi pantai . So , aku datang la sini"
Qaisara hanya meng"oh"kan sahaja.
"Kau okay, kenapa aku tengok kau macam menghindar dari aku Qai? Aku ada buat salah ke pada kau?"
"Aku okay je lah , kau je yang lebih , over"
"Tak , kau okay ke? Kenapa mata kau bengkak? " Risau Aayan .
"Mata aku bengkak sebab aku tak cukup tidur je . Kan kita baru habis exam minggu lepas, so aku penat . Tak cukup rehat. Itu sahaja"
Qaisara tidak ingin memberitahu punca matanya bengkak.
"Aku nak cerita sesuatu dekat kau ni , Qai"
"Cerita lah. Aku dengar je"
"Aku ingatkan, lepas aku habis belajar . Aku kerja dekat company papa aku . Lepas itu, aku tunang dengan Ariana . Lepas bertunang , aku nak halalkan Ariana." Dia bercerita kepada Qaisara dengan penuh semangat.
Qaisara tergamam. Dia tidak tahu dia mahu gembira atau sedih.
YOU ARE READING
Luka Yang Kurindu
RomanceAAYAN FARHAN X QAISARA AMANI Mereka merupakan sahabat dari bangku sekolah lagi . AAYAN FARHAN - Aku suka akan Ariana. Aku betul-betul nak jadikan dia satu-satunya buat aku . Kau tolong aku pikat Ariana ye? QAISARA AMANI - Dia terluka . Lelaki yang...