Mereka mengikut jejak pensyarah itu. Husna , Adeena dan Qaisara berjalan bersama-sama .
"Bila mahu sampai ini , kaki aku dah lenguh ini" rungut Husna .
"Sabar lah Husna , baru jalan sedikit dah merungut " kata Adeena .
"Sedikit? Kita ini dah jalan 30 minit tau"
"Over lah kau , baru 15 minit " kata Qaisara .
"Diam lah kau " kata Husna . Qaisara hanya gelak sahaja.
"Okay, kita camping di sini ye . Kita dah sampai" kata pensyarah itu.
"Akhirnya , sampai pun " kata Husna.
Qaisara dan Adeena hanya mampu memandang antara satu sama lain.
"Saya nak masing-masing pasang khemah untuk kamu semua . Satu khemah 3 hingga 4 orang ye " arah pensyarah itu.
"Baik , professor " kata pelajar - pelajar di sana .
"Jom, pasang khemah sama-sama" kata Qaisara.
"Jom" balas Adeena.
"Kejap lah , aku penat ini" Husna berkata.
"Kau rehat lah dulu , aku dan Adeena pasang khemah tau"
"Jom Adeena "
Mereka berdua mula membuka beg khemah itu
"Macam mana nak pasang ini , aku tak reti lah " kata Adeena .
Qaisara juga tidak tahu bagaimana untuk mendirikan khemah . Dia melihat orang yang disekitarnya . Mereka semua sedang sibuk mendirikan khemah untuk mereka berehat. Qaisara dan Adeena mengeluh.
"Mari kami tolong " kata Haydar dan Fahim.
Mereka menoleh.
"Korang punya khemah dah siap pasang ke? " Tanya Qaisara.
"Dah , baru je siap" balas Fahim.
Qaisara mengangguk.
"Bagi aku beg itu" minta Haydar. Qaisara memberikan beg itu kepadanya. Fahim dan Haydar pun mula memasang khemah itu .
Qaisara dan Adeena hanya melihat sahaja .
"Kau kenal ke dia orang itu? " Tanya Adeena pada Qaisara
Qaisara mengangguk. "Dia kawan Aayan lah"
"Yang tinggi putih itu Haydar . Yang gelap sikit itu Fahim" Qaisara memperkenalkan kawan-kawan Aayan itu kepada Adeena .
Adeena meng"oh"kan sahaja.
Beberapa minit kemudian
"Dah siap" Haydar berkata .
Qaisara mengucapkan terima kasih kasih kepada mereka berdua kerana telah menolong nya mendirikan khemah untuk mereka tidur.
Adeena hanya diam sambil tersenyum. Adeena seorang yang pemalu .
"Ini Adeena" kata Qaisara sambil menunjuk ke arah Adeena .
"Seorang lagi nama dia Husna tapi dia tengah rehat kat sana " tunjuk Qaisara ke arah Husna .
"Kawan aku " katanya lagi.
Fahim dan Haydar hanya senyum tanda mereka faham .
"Kita orang pergi dulu ye . Kami nak berehat " pamit Fahim.
Qaisara dan Adeena mengangguk .
"Bye Qaisara" lambai Haydar kepada nya .
"Bye Haydar" balas Qaisara.
"Ehem, macam ada bau-bau nasi minyak je " gurau Adeena .
"Jangan nak mengada eh . Lempang kang baru tahu" garang Qaisara.
Adeena berlari menuju ke arah Husna untuk menceritakan tentang Haydar dan Qaisara.
"What!! Betul ke? Hensem ke? " Tanya Husna .
"Adeena , kau cerita apa kat dia ini" runsing Qaisara dibuatnya .
Dia hanya mengendahkan soalan yang diaju oleh Husna .
"Tidur lagi bagus" Qaisara mengambil barangnya dan membawa masuk ke dalam khemah mereka .
YOU ARE READING
Luka Yang Kurindu
RomanceAAYAN FARHAN X QAISARA AMANI Mereka merupakan sahabat dari bangku sekolah lagi . AAYAN FARHAN - Aku suka akan Ariana. Aku betul-betul nak jadikan dia satu-satunya buat aku . Kau tolong aku pikat Ariana ye? QAISARA AMANI - Dia terluka . Lelaki yang...