"Assalamualaikum" Qaisara memberi salam lalu menutup pintu rumahnya itu.
"Waalaikumussalam" balas Aayan yang sedang duduk di ruang tamu itu . Dia hanya menjawab tanpa memandang sedikitpun wajah isterinya itu.
Qaisara duduk di sebelahnya . Qaisara melihat wajah Aayan yang bersih itu. Dia menanti Aayan untuk melihatnya . Tapi hampa , Aayan tidak mahu melihatnya .
"Husband" panggil Qaisara
Aayan tidak membalas panggilannya itu.
"Husband" panggil Qaisara lagi.
Sama juga . Aayan tak membalasnya.
"Aayan " panggilnya lagi
"Nak apa?"
"Boleh tak kalau awak tolong bancuhkan susu untuk saya . Saya tak minum lagi susu hari ini " pinta Qaisara
"Kau ada tangan kan? Buat lah sendiri" kata Aayan tanpa memikirkan perasaan Qaisara
"Tapi saya teringin nak minum susu yang husband bancuhkan . Please" merayu Qaisara
"Menyusahkan lah kau ini . Sabar aku pergi buat dulu " Aayan bangun dari duduknya dan menuju ke dapur.
Qaisara memandang Aayan pergi .
"Selagi saya mampu bertahan, selagi itu saya akan pertahankan rumah tangga kita Aayan . Because I want you to always be with me " kata Qaisara.
Ting~
Bunyi notification masuk melalui telefon Aayan .Qaisara melihat nama Ariana terpapar. Dia mengambil telefon Aayan dan cuba untuk membuka telefon suaminya itu.
Qaisara mencuba nasib untuk membuka telefon suaminya itu.
"Tarikh birthday dia kot?" Kata Qaisara dan dia mencuba .
Dan .. akhirnya terbuka . Dia melihat Aayan masih lagi sedang membancuhkan susu untuknya. Qaisara membuka kamera telefonnya dan menangkap gambar nombor telefon Ariana itu. Lalu , dia letakkan semula telefon Aayan di tempat yang asal.
Aayan menuju ke arahnya sambil membawa cawan yang berisi air itu .
"Nah untuk kau . Lain kali jangan nak suruh aku dah" kata Aayan .
Qaisara mengambil cawan itu lalu mengucapkan terima kasih kepada Aayan.
Aayan mengambil telefonnya.
"Sebelum itu , aku nak ingatkan kau . Don't you ever call me husband again. Aku tak suka kau panggil aku macam itu"
Setelah dia berkata begitu , Aayan naik ke atas .
Qaisara yang mendengar apa yang dikatakan oleh Aayan itu hanya tersenyum pedih.
Dia meletakkan cawan itu di atas meja . Dia mengambil telefon bimbitnya tadi dan mendail nombor Ariana .
Qaisara menekan butang "call" dan meletakkan telefonnya di telinganya.
"Hello ?" Sapa Ariana di sana .
Qaisara terdiam.
"Hello, siapa ini ?"
"Esok aku nak jumpa kau " kata Qaisara pendek.
"Who are you?" Sinis Ariana
"Qaisara. Aayan's wife" kata Qaisara
"Esok aku nak jumpa kau . Aku akan bagi location . Jumpa pukul 10 pagi"
Setelah berkata begitu , Qaisara terus mematikan panggilan itu.
"Kau kena kuat Qaisara. Semua ini demi kebahagiaan kau " Qaisara memberikan semangat pada dirinya.
Qaisara mengambil susu yang dibancuh oleh Aayan sebentar tadi dan meminum air itu.
YOU ARE READING
Luka Yang Kurindu
RomanceAAYAN FARHAN X QAISARA AMANI Mereka merupakan sahabat dari bangku sekolah lagi . AAYAN FARHAN - Aku suka akan Ariana. Aku betul-betul nak jadikan dia satu-satunya buat aku . Kau tolong aku pikat Ariana ye? QAISARA AMANI - Dia terluka . Lelaki yang...