Bab 35

1.5K 57 1
                                    

2 TAHUN KEMUDIAN

Kini , Qaisara kembali ke tanah airnya . Dia menarik begnya menuju ke tempat menunggu. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi yang berdekatan di sana . Dia menghela nafasnya lega . Akhirnya, setelah beberapa jam  dia sampai juga di sini.

Dia memandang sekelilingnya . Sahabatnya mengatakan akan menjemputnya di KLIA hari ini .

"QAISARA" Jerit Adeena dan Husna .
Mereka kini sudah bekerja . Mereka sudah setahun lebih menamatkan pelajaran mereka di universiti mereka .

Qaisara menoleh ke arah mereka . Dia berdiri dan menunggu mereka berdua yang sedang berlari kearahnya.

Mereka bertiga berpelukan .

"RINDUNYA AKU DEKAT KAU SARA !!!!! " Jerit Husna .

"HUSNA JANGAN JERIT DEKAT TELINGA AKU . KALAU AKU PEKAK MACAM MANA?" gurau Qaisara .

"Hehe ,sorry "

Beberapa minit kemudian , mereka meleraikan pelukan . Adeena dan Husna sudah banjir dengan air mata mereka .

"Jangan lah menangis , aku kan dah balik " pujuk Qaisara .

Mereka mengelap air mata mereka .

"Jom balik" kata Adeena lalu dia menarik beg Qaisara .

"Jom"

Mereka keluar dari KLIA itu . Mereka menuju pada suatu kereta . Kereta itu cukup mewah dan semestinya mahal .

"Kereta siapa ini?" Tanya Qaisara

"Kereta si Husna la" kata Adeena .

Husna tersenyum bangga .

"Uyooo , power lah kereta mahal oooooo " kata Qaisara .

"Dah , tak yah over sangat . Masuk kereta . Kita pergi lunch sama-sama eh "

Mereka bersetuju.

Dalam perjalanan menuju ke tempat makan

Qaisara memandang tingkap . Dia menikmati pemandangan yang ada di depan matanya itu . Pokok yang hijau . Sungguh dia rindukan negara ini . Sedang dia mengelamun , Adeena memanggilnya

"Sara"
Qaisara memandang ke arah Adeena .

"Kenapa"

"Sabtu ini kau tahu kan ada apa?"

Qaisara berkerut dahi .

"Tak . Ada acara yang penting ke "

Adeena dan Husna terdiam . Takkanlah dia tak tahu lagi?

"Korang? Aku tanya ini"

"Eh , aku lupa pula nak cakap apa . Nanti kau tanya lah mak ayah kau " kata Adeena dengan senyuman kekok.

Qaisara mengangguk. Di dalam hati dan otak nya ligat berfikir apa yang akan terjadi pada sabtu ini? Pentingkah baginya?

"Okay jom turun makan . Lepas itu kami hantar kau balik rumah parents kau eh" kata Husna .

Mereka turun dari kereta dan menuju ke kedai makan.

SETIBANYA DI RUMAH QAISARA

Jam menunjukkan pukul 3 petang . Kini dia sudah berada di depan rumahnya . Adeena dan Husna sudah pulang . Katanya , ada hal . Dengan langkah yang berhati-hati dia mengetuk rumah itu . Dia ingin membuat kejutan kepada  keluarganya.

Knock~
"Assalamualaikum" Qaisara memberi salam.

"Waalaikumussalam, sekejap ye " kata ibunya lalu membuka pintu rumah itu .

"Surprise" jerit Qaisara lantas memeluk ibunya .

Ibunya terkejut .

"Ya Allah , anak ibu dah balik . Rindunya dengan anak ibu ini " ibunya membalas pelukannya itu .

"I miss you more"

"Mari masuk , ayah mesti happy tengok Sara dah balik ini "

Qaisara memasuki rumah itu . Dia lantas mencari sosok ayah dan abangnya yang sedang menonton televisyen itu .

"Assalamualaikum abang , ayah "

Mereka menoleh . Lalu memeluk Qaisara .

"Dah balik dah . Kenapa tak bagitahu . Boleh kami ambil " kata ayahnya .

"Tak perlu lah ayah . Sara nak buat kejutan tau " sengih Qaisara.

"Dah besar adik aku ni" abangnya mengusap kepala Qaisara .

Sungguh dia rindukan keluarga ini. Berpisah selama 2 tahun cukup menyesakkan dadanya untuk hidup di sana tanpa ada kedua orang tuanya disisi.

"Sara pergi rehat . Mesti Sara penat kan . Malam nanti ada hal nak dibincangkan " kata ibunya.

Qaisara mengangguk dan meminta izin untuk masuk ke dalam biliknya.

Sampai di biliknya , dia merebahkan badannya ke atas katil yang empuk itu . Dia rindukan biliknya. Akibat terlalu penat , dia memutuskan untuk berehat sebentar.

Dan .... Qaisara dibuai mimpi.

Pada waktu  malam

Usai menunaikan solat maghrib , Qaisara turun ke meja makan untuk makan malam bersama keluarganya.
Sampai di meja makan , semua sudah siap dihidang . Abang , ayah dan ibunya sedang menunggu Qaisara. Qaisara melabuhkan punggung di sebelah abangnya.

"Hanif , baca doa " arah ayahnya.

Hanif membaca doa makan . Mereka mula menjamah makanan. Sambil mereka menjamah , mereka pun berbual tentang berbagai hal.

"Ibu  nak bincang apa tadi ? Tadi ibu cakap nak bagitahu sesuatu kan?" Tanya Qaisara.

"Ouh haah lupa pula ibu . Nak cakap sabtu ini kita bersiap ye "

Qaisara berkerut dahi.

"Bersiap? Nak pergi mana? "

"Pergi majlis kahwin lah "

Makin berkerut dahi Qaisara.

"Kahwin? Siapa yang kahwin?"
Qaisara berasa sudah tidak sedap hati.

"Aayan lah . Aayan sahabat kamu itu . Dia dah nak kahwin dengan siapa itu ha Ariana "

Qaisara tergamam. Benarkah apa yang baru saja dia dengarkan ini? Atau ini hanya halusinasi.

"Kamu tak tahu ke?"

Qaisara menggeleng. Qaisara bangkit dari tempat duduknya dan pergi ke dapur untuk membasuh tangan .

"Eh , nak pergi ke mana itu?"

"Sara naik dulu . Sara lupa ada hal yang Sara belum buat" air matanya yang bergenang itu dia endahkan . Dia menaiki tangga dan menuju ke biliknya .

"Jangan lupa sabtu ini tau Sara " jerit ibunya.

Ayah dan Abangnya seolah tahu apa yang Sara sedang rasai sekarang ini.Mereka hanya memandang sosok Qaisara yang semakin jauh .

Qaisara berlari memasuki biliknya dan mengunci pintu itu. Dia terduduk. Lalu , dia membuka telefonnya dan menelefon sahabatnya itu .

"Hello , Qaisara " kata Adeena .

"K-kenapa kau tak bagitahu aku yang Aayan dah nak kahwin?" Sesak dadanya .

Adeena terdiam.

"Kenapa Adeena , Husna . Kenapa kau tak bagitahu aku" makin lebat air matanya .

"Aku tak sanggup nak bagitahu kau . Kami takut kau jadi macam ini . Menangis , meraung semua lah . Sebab itu aku suruh kau tanya ibu kau je . Aku dan Husna  minta maaf Sara "

Qaisara meletakkan panggilan itu . Dia meringkuk dan menangis semahunya .
Selama 2 tahun dia di UK , masih tidak mampu untuk dia hapuskan perasaan ini daripada terus mencintai Aayan .

Qaisara memukul dadanya yang terasa cukup sesak saat ini . Ya Allah , kuatkan aku Ya Allah . Itu dia katakan di dalam hati nya kini.

Sungguh hatinya bagai disiat-siat. Kenangan mereka berdua dari zaman persekolahan itu berputar di fikirannya bagai kaset yang rosak .

Luka Yang KurinduWhere stories live. Discover now