Bab 73

1.8K 51 4
                                    

2 bulan kemudian

Sesudah Qaisara habis berpantang , kini Qaisara dan Aayan sedang sibuk dengan kes mereka di mahkhamah.

Hari ini , mereka akan pergi ke mahkhamah dan hari ini juga merupakan Qaisara dan Aayan akan berpisah buat selamanya.

Mereka berdua kelihatan tidak rela , namun mungkin ini takdir mereka berdua .

Qaisara pergi ke mahkhamah bersama kedua sahabatnya.

Dalam perjalanan menuju ke sana , dia hanya banyak termenung sahaja . Husna dan Adeena pula hanya membiarkan Qaisara begitu , mereka faham apa yang sedang sahabat mereka rasai kini .

Beberapa jam kemudian

"Sara , jom turun kita dah sampai " kata Adeena .

Qaisara keluar dari kereta itu sambil membawa fail-fail di tangannya itu . Dia memandang ke arah mahkhamah itu.

"Jom Sara " ajak mereka

Qaisara mengangguk. Mereka berjalan memasuki kawasan mahkhamah itu.

Sampai di depan pintu , sahabatnya berkata

" Peguam kau dah sampai?" Tanya Adeena

"Dia kata lagi beberapa minit dia sampai" kata Qaisara

Adeena dan Husna mengangguk. Mereka bertiga berpelukan .

"Aku tahu sahabat aku ini kuat . Aku doakan semuanya berjalan lancar ye " kata Husna

Qaisara mengangguk dan mengusap belakang mereka .

"Puan Qaisara" panggil peguamnya .

Qaisara menoleh.

"Maaf saya lambat . Mari kita masuk , mahkhamah dah nak mula " ajak peguamnya.

Qaisara mengangguk. Dia memandang ke arah kedua sahabatnya.

Husna dan Adeena mengangguk.

Qaisara dan peguamnya mula masuk ke dalam bilik itu .

Sesi dimulakan ~

25 minit kemudian

Setelah semua selesai dibicarakan , kini Aayan dan Qaisara menunggu keputusan muktamad yang akan dibuat oleh hakim itu.

Aayan memandang ke arah Qaisara . Begitu juga dengan Qaisara. Mereka saling bertatapan .

Tok tok

Palu diketuk tanda keputusan sudah diambil dan dibuat oleh hakim .  Bersaksikan semua yang ada di dalam dewan mahkhamah itu , hubungan Aayan dan Qaisara yang selama ini mereka bina akan terlerai buat selamanya hari ini , saat ini .

"Dengan ini , pihak mahkhamah bersetuju  bahawa pihak defendan dan planiatif untuk berpisah dan bercerai . Namun , hanya talak satu sahaja dibenarkan  " ujar hakim itu dan mengetuk palu itu lagi.

Suasana menjadi sepi . Qaisara ingin menangis namun dia cuba untuk menahan perasaanya kini. Dia harus kuat demi anaknya .

"Sebelum talak dilafazkan , pihak defendan dan planiatif diberikan peluang untuk bersalaman buat kali terakhir" kata hakim itu lagi.

Qaisara dan Aayan bangkit dari duduknya . Mereka berjalan dan berdiri di hadapan masing-masing.

Qaisara mengetap bibirnya . Mata Aayan pula sudah mula berkaca.

Qaisara menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan suaminya , Aayan Farhan .

Aayan menyambut huluran tangan itu . Qaisara menyalam tangan Aayan dengan cukup lama .

Lalu , Qaisara memandang semula ke arah Aayan yang sudah meneteskan air matanya .

"Maafkan sayang selama ini kerana banyak melukakan hati husband" kata Qaisara

"Husband maafkan segala salah silap sayang " kata Aayan cuba mengawal suaranya .

Mereka berpelukan buat kali terakhir.

"Terima kasih , bidadari Aayan Farhan " kata Aayan .

Lalu , mereka meleraikan pelukan itu dan kembali ke tempat masing-masing.

Aayan menghapuskan air matanya dan menarik nafas panjang .

Qaisara memejamkan matanya . Dia redha. Selama ini , ini yang dia mahu . Dan dia perlu terima hakikatnya.

" Qaisara Amani Binti Rahim , aku ceraikan engkau dengan talak satu " kata Aayan lalu menunduk ke bawah.

Qaisara sudah tidak mampu untuk menampung air matanya lagi. Akhirnya, gugur juga air matanya

Usai Aayan melafazkan talak itu , maka terlerailah ikatan mereka.

Tamatlah kisah cinta mereka berdua selama ini.

Sudah tidak ada lagi kata "kita" bagi mereka kini .

Semuanya hanya tinggal kenangan .

Kini , mereka berjalan dengan cara hidup
mereka sendiri .

Dan semua kenangan mereka bersama akan sentiasa terpahat dalam fikiran dan hati mereka

Pada akhirnya, mereka tidak lagi ditakdirkan untuk bersama buat selamanya .

1 chapter left ~

Luka Yang KurinduWhere stories live. Discover now