Keesokan harinya , Qaisara bersiap untuk pergi berjumpa dengan Aayan.
"Sara, kau nak pergi mana?" Tanya Adeena .
" Ouhh , aku nak pergi jumpa Aayan " balas Qaisara .
Ye , Qaisara sudah memberitahu mereka berdua apa hubungan antara Aayan dan dirinya .
Tetapi Qaisara tak beritahu bahawa dia ada menyimpan perasaan terhadap sahabatnya ituKring~
" Hello "
"Ha kejap aku turun sekarang , bye""Okay lah korang, aku turun dulu tau jumpa dekat kelas nanti , bye "
Ouhh , okay hati - hati " kata Husna.
" Jumpa dekat kelas nanti " kata Adeena"Aayan !!!!" Panggil Qaisara dari jauh.Qaisara menghampirinya.
"Lama ke tunggu , sorry aku lambat"rasa bersalah pula dengan Aayan.
" Tak ada masalah lah , kau nak aku tunggu 1 jam pun aku sanggup tau "
"Kau perli aku ke Aayan? "
"Kau rasa?" Lalu dia meninggalkan Qaisara .
Qaisara rasa nak lempang je si Aayan ni. Nasib baik sayang .
SAMPAI DI CAFE
"Kau nak order air apa?" Tanya Aayan padanya.
"Nak latte satu " balas Qaisara.
Sambil menunggu Aayan pergi ke counter untuk memesan minuman , Qaisara mencari tempat untuk mereka duduk.
" Pesanan sampai , nah air kau" kata Aayan sambil memberikan air pada Qaisara .
"Thanks , Farhan " kata Qaisara.
"Ha? Apa kau panggil aku?"
"Farhan , kenapa tak boleh ke"
"Bukan tak boleh , cuma dah lama kau tak panggil aku macamtu"
" Jadi biarlah aku panggil kau Farhan mulai sekarang , boleh?"
"Untuk kau semua boleh"
"Tapi , Farhan itu hanya aku je yang boleh panggil kau macamtu tau " kata Qaisara.
" Ye , kau seorang je boleh "
Mereka mula menikmati minuman mereka.
"Ada apa kau nak jumpa aku ni Farhan? Soal Qaisara .
" Takkan aku nak jumpa sahabat aku pun tak boleh sekarang?"
" Bukan kau ke yang tak nak jumpa aku , yela kau kan sibuk sekarang" kata Qaisara seperti berjauh hati.
" Sorry, aku lately ni busy sangat "
" Ada apa kau nak jumpa aku " desak Qaisara. Dia sudah tidak sabar hendak mendengar cerita dari lelaki yang dia sukai ini.
Aayan mengelamun sambil tersenyum. Qaisara tidak pasti sama ada dia mendengar atau pun tidak apa yang dia katakan .
"Aayan Farhan" panggil Qaisara .
Panggilan itu mengejutkan Aayan dari lamunannya ."Apa yang kau fikirkan ni? Kau okay ke tak ?? Apa yang menganggu fikiran kau ni?"
" Qai, aku rasa aku dah mula jatuh cinta " kata Aayan .
Dug ... Kata itu..... Mampu menghancurkan sekeping hati seorang Qaisara Amani.
YOU ARE READING
Luka Yang Kurindu
RomanceAAYAN FARHAN X QAISARA AMANI Mereka merupakan sahabat dari bangku sekolah lagi . AAYAN FARHAN - Aku suka akan Ariana. Aku betul-betul nak jadikan dia satu-satunya buat aku . Kau tolong aku pikat Ariana ye? QAISARA AMANI - Dia terluka . Lelaki yang...