Bab 59

2K 69 2
                                    

Aayan kini dalam perjalanan untuk bertemu dengan Haydar.

Tiba di sana

Dia turun dari keretanya , dan dia masuk ke dalam hospital itu untuk bertemu dengan Haydar.

Dia menelefon Haydar.

"Saya cari bilik doktor Adam Haydar" kata Aayan kepada jururawat di sana

Dia mengikuti langkah jururawat itu.

Aayan mengucapkan terima kasih kepada jururawat itu.

Belum sempat dia mengetuk pintu , Haydar sudah membuka pintu terlebih dahulu.

"Dah lama ke kau di sini?" Tanya Haydar

"Baru je"

"Jomlah ikut aku " kata Haydar lalu berjalan ke hadapan.

Aayan mengikut langkah Haydar.

BEBERAPA MINIT KEMUDIAN

Mereka tiba di sebuah taman di hospital itu.

Aayan melihat sekitarnya. Dia melihat ramai pesakit sedang duduk di sini. Mereka sedang menghirup udara yang segar.

"Jom , ada kerusi di sini. Duduklah " pelawa Haydar lalu melabuhkan punggungnya.

Aayan bingung . Namun, dia tetap melabuhkan punggungnya di sebelah Haydar

"Kenapa kau ajak jumpa di sini? " Tanya Aayan

Haydar hanya diam lalu dia menyerahkan satu file yang berisi bukti-bukti yang selama ini dia kumpul bersama dengan Qaisara.

Aayan menatap bingung.

"Ambillah . Lepas itu , kau buka" kata Haydar.

Aayan mula membuka file itu . Dia membaca satu per satu isi kertas itu.

"Apa semua ini Haydar? Kau jangan nak tabur fitnah pada Ariana. Aku kenal dia macam mana  "  berang Aayan

Dia terkejut apabila membaca kertas-kertas itu.

Kertas itu adalah segala bukti pernikahan Iskandar dan Ariana. Iskandar sendiri yang memberikan surat pernikahan mereka kepada Haydar.

Haydar hanya tergelak kecil

"Aku tahu kau tak akan percaya" kata Haydar .

Lalu , dia membuka telefonnya dan membuka rakaman suara sewaktu mereka bertiga di restoran beberapa bulan yang lepas.

Dia memberikan rakaman suara itu kepada Aayan .

"Kau dengar lah sendiri. Mungkin selepas kau dengar ini , hilanglah sedikit bodoh kau itu" kata Haydar selamba.

Telefon itu berpindah tangan . Aayan memasang airpod pada telinganya. Dia menekan butang rakaman suara itu.

"Ariana dan Iskandar pernah menjadi suami isteri yang sah"

"A-awak biar betul Haydar"

"Saya serius Sara"

"Saya ada upah seseorang untuk pantau apa yang Ariana lakukan setiap hari"

"Jadi , waktu pernikahan itu Aayan dan Qaisara itu , sebenarnya Ariana dah kahwin dengan Iskandar?"

"Mungkin"

"Tapi kalau betul mereka dah bernikah sebelum majlis perkahwinan itu , tak akan mak dan ayah Ariana tak tahu" suara Qaisara

"Sehari selepas awak minta tolong pada saya di hospital hari itu , kawan saya ada telefon saya untuk memberitahu tentang Iskandar dan Ariana bahawa mereka pernah menikah. "

Luka Yang KurinduWhere stories live. Discover now