Selepas sarapan pagi bersama keluarganya , Qaisara duduk di balkoni biliknya . Dia hanya duduk sambil termenung . Sambil itu , dia mengusap perutnya yang besar itu.
Sungguh , dia rindukan Aayan . Sangat rindukan suaminya itu. Namun , apakan daya , hatinya sudah cukup terluka. Dia sudah tak mampu untuk menghadap sakit yang sama lagi. Sungguh , dia hanya membayangkan sahaja cukup membuat hatinya sesak.
Tiba-tiba Adeena menelefonnya
Qaisara mengambil telefonnya yang ada di atas meja itu lalu mengangkat panggilan itu"Sara" panggil Adeena
"Ye , Deena . Ada apa telefon aku ini?"
"Tadi suami kau ada datang rumah kami"
"Dia datang seorang je ke?" Tanya Qaisara
"Tak . Dia datang dengan Fahim dan Haydar"
"Aku nak minta maaf" kata Adeena
"Kenapa kau minta maaf pula?"
"Aku bagitahu Aayan di mana kau berada sekarang"
Qaisara diam.
"Aku tahu aku dah janji pada kau Sara untuk tak bagitahu sesiapa pun. Tapi maafkan aku kerana tak tepati janji aku pada kau. Dia suami kau Sara. Seburuk mana pun dia perlakukan kau , dia berhak tahu kan kau di mana?"
"Lagipun , aku nampak tadi dia datang dengan muka dia yang pucat , lepastu mata dia sembap sangat-sangat"
Mereka berdua terdiam
"Kau marahkan aku ke?" Tanya Adeena
"Tak . Aku tak marahkan kau . Mungkin betul apa yang kau cakap" kata Qaisara
"Aku minta maaf , Sara"
"Lepas itu , dia nak datang sini?"
"Ye lah rasanya , tapi tak tahu lah bila " kata Adeena
"Hm , okay lah kalau macam itu " kata Qaisara
"Aku minta maaf sekali lagi . Aku letak dulu. Assalamualaikum"
Qaisara meletakkan telefonnya semula ke tempat yang asal.
Dia tidak marahkan Adeena . Adeena betul. Aayan berhak untuk tahu di mana dia berada . Kerana sehingga kini dia masih lagi merupakan isterinya yang sah.
"Tak apa lah Qaisara. Kalau dia nak datang sini pun " kata Qaisara pada dirinya sendiri.
Lalu , Qaisara bangun dari duduknya lalu dia keluar dari biliknya itu untuk turun ke bawah . Dia hendak menolong ibunya di dapur.
"Ibu " panggil Qaisara. Dia berjalan sambil memegang perutnya .
"Ye , Sara buat apa ni? Pergi duduk dalam bilik . Sara ni mengandung tau " bebel ibunya
"Tak apa lah ibu. Qaisara nak tolong ibu. Bosan lah asyik duduk terperap dalam bilik . Lagipun , bukannya Qaisara tengah sarat pun" kata Qaisara
"Tak sarat apa nya? Perut awak tu dah nampak tau. Dah besar pula tu" kata ibunya lagi
"Biar Qaisara tolong . Full stop" kata Qaisara tegas.
"Degil kan? Haraplah nanti cucu ibu ni tak ikut perangai mama dia" kata ibunya
Qaisara tersengih. Dia menolong ibunya di dapur.
.
Qaisara baru selesai menunaikan solat maghrib di dalam biliknya . Dia menyangkut telekungnya.
Lalu , dia duduk di pinggir katilnya sebentar. Dia memegang pinggangnya .
"Tulah kau degil kan nak tolong ibu . Kan dah sakit" kata Qaisara sendiri.
YOU ARE READING
Luka Yang Kurindu
RomanceAAYAN FARHAN X QAISARA AMANI Mereka merupakan sahabat dari bangku sekolah lagi . AAYAN FARHAN - Aku suka akan Ariana. Aku betul-betul nak jadikan dia satu-satunya buat aku . Kau tolong aku pikat Ariana ye? QAISARA AMANI - Dia terluka . Lelaki yang...