Pagi itu , selepas menunaikan solat subuh , Aayan terus menghidupkan enjinnya untuk bergerak ke rumah Qaisara.
Perjalanan mengambil masa yang cukup lama . Namun , demi untuk berjumpa dengan isterinya dia sanggup.
Beberapa jam kemudian
Aayan akhirnya tiba di rumah mamanya. Dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan mamanya terlebih dahulu.
Dia memasukkan keretanya ke dalam perkarangan rumah itu . Lalu , dia keluar dari kereta itu.
Dia jalan menghampiri pintu rumah mama nya itu. Dia mengetuk pintu dan memberi salam
Beberapa minit kemudian, mamanya membuka pintu itu.
Aayan tersenyum manis dan dia bersalam dengan mamanya .
"Aayan baru je sampai ma . Mama sihat?" Tanya Aayan
"Mari masuk dulu . Kita borak di dalam ye " mamanya menarik lembut tangan Aayan .
"Ni kamu dah sarapan ke?"
"Belum ma . Lepas je solat subuh , Aayan terus gerak balik sini " kata Aayan . Dia membuka peti sejuk dan mengambil air.
Lalu, dia meneguk air itu.
"Papa mana ma?" Tanya Aayan
"Papa kamu itu baru sampai semalam. Dia kan ada projek yang kena siapkan . "
Aayan mengangguk. Dia duduk di sebelah mamanya
"Mama ada perkara nak bincang dengan kamu" kata mamanya
"Apa dia ma?" Aayan memandang wajah mamanya .
Puan Melisa menarik nafas panjang . Dia memandang ke arah Aayan.
"Mama izinkan kamu kahwin dengan Ariana "
Aayan keliru . Dia bingung .
"Tak perlu la ma . Aayan dan Ariana dah tak ada apa-apa dah pun" katanya selamba.
Mamanya hairan.
"Kenapa pula?"
Aayan mula menceritakan satu per satu hal yang terjadi kepada Puan Melisa
"Jadi , macam itu lah ceritanya " kata Aayan .
" Qaisara tahu?"
Aayan mengangguk.
"Qaisara dan Haydar yang cari semua bukti ini " kata Aayan.
"Tentang kamu tak jadi kahwin ni , dia tahu?"
Aayan menggelengkan kepalanya
"Aayan balik sini pun sebab nak jumpa dengan Qaisara. Aayan betul - betul nak minta maaf pada dia mama . Aayan betul -betul menyesal." Dia menundukkan kepalanya
"Mama yakin Aayan mampu pujuk Qaisara" senyum Puan Melisa .
"Terima kasih mama . Aayan pergi dulu ye " kata Aayan
Puan Melisa mengangguk. Dia menghantar anaknya hingga ke luar rumah.
Setelah kereta Aayan pergi dari rumah itu , Puan Melisa termenung
"Mama harap Aayan dapat kembalikan kepercayaan Qaisara nak " kata Puan Melisa.
Beberapa minit kemudian
Aayan akhirnya sampai di rumah mertuanya.
Dia turun dari kereta itu. Dia menekan loceng .
Setelah itu , Aayan melihat ayah mertuanya keluar dari rumah itu dan membuka pagar rumah . Aayan memasukkan keretanya di dalam perkarangan rumah mertuanya itu
YOU ARE READING
Luka Yang Kurindu
RomanceAAYAN FARHAN X QAISARA AMANI Mereka merupakan sahabat dari bangku sekolah lagi . AAYAN FARHAN - Aku suka akan Ariana. Aku betul-betul nak jadikan dia satu-satunya buat aku . Kau tolong aku pikat Ariana ye? QAISARA AMANI - Dia terluka . Lelaki yang...