Keesokan harinya
Selesai Qaisara dan Aayan menunaikan solat subuh berjemaah, mereka berdua mengambil keputusan untuk terlelap seketika.
Beberapa jam kemudian
Qaisara terjaga dari tidurnya. Dia menggosok matanya . Dia melihat ke sebelahnya. Didapati , Aayan sudah tidak ada di sisinya.
Qaisara pun bangun dengan perlahan-lahan. Dia menggeliatkan badannya.
Dia mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya.
Beberapa minit kemudian
Selesai bersiap , dia turun ke bawah .
Sampai di bawah , dia melihat Hanif sahaja di dapur. Dia sedang menikmati nasi goreng yang dibuat oleh ibu mereka. Qaisara menghampiri Hanif
"Abang" panggil Qaisara
Hanif menoleh.
"Mana yang lain? Sunyi je rumah ini?" Tanya Qaisara sambil melihat sekelilingnya.
"Aayan teman ibu dan ayah pergi pasar "
Qaisara mengangguk faham . Dia duduk di meja makan itu. Dia mula menceduk makanan ke dalam pinggan .
Dengan bacaan bismillah , dia mula menyantap makanan itu .
"Sara" panggil Hanif
Qaisara hanya memandang abangnya.
"Semalam Aayan tak masuk pun dalam bilik aku . Dia tidur dengan kau ye?"
Qaisara mengangguk.
"Kau orang dah okay?" Tanya Hanif
Terhenti perbuatan Qaisara.
"Okay apa nya? Biasa je" kata Qaisara
"Sara , kau tak mahu bagi dia peluang kedua?" Tanya Hanif lagi
"I don't think so" kata Qaisara
Qaisara sendiri buntu kini.
"Aku tahu kau cinta akan dia lagi . Apa salahnya kalau kau orang mulakan semua ini semula. Bina hidup kau orang dan anak kau . Hidup bahagia macam keluarga yang lain " tegur Hanif
"Kau tak faham apa yang aku rasa , Hanif. Memang sekarang aku layan dia baik , tapi itu tak bermakna aku mampu untuk terima dia balik dalam hidup aku . Aku layan dia sebab dia masih lagi suami aku . Aku perlu hormat dia. "
"Lagi pun , anak aku masih lagi perlukan kasih sayang seorang ayah" kata Qaisara
"Jadi , kenapa kau tak mahu mulakan semula bersama Aayan" kata Hanif
"Sebab aku dah tak sanggup Hanif. Aku percaya walaupun nanti kami dah berpisah , anak aku akan dapat kasih sayang yang cukup dari kami berdua. Kau jangan risau. Aku tak tergamak untuk halang dia untuk jumpa anak aku " kata Qaisara.
Hanif terdiam dengan kata-kata Qaisara itu.
"Assalamualaikum" suara ibunya dari luar.
Hanif segera bangun dari duduknya dan menuju ke arah pintu . Dia membuka pintu itu
Hanif membantu ibunya mengangkat barang-barang yang dibeli itu.
Ibunya pula pergi ke dapur . Apabila dia ke dapur , dia melihat Qaisara yang sedang menikmati makanan itu
"Baru bangun ke Sara?" Tanya Ibunya
"Haah ibu" balas Qaisara
"Ni pinggang kamu dah okay ke?"
YOU ARE READING
Luka Yang Kurindu
RomanceAAYAN FARHAN X QAISARA AMANI Mereka merupakan sahabat dari bangku sekolah lagi . AAYAN FARHAN - Aku suka akan Ariana. Aku betul-betul nak jadikan dia satu-satunya buat aku . Kau tolong aku pikat Ariana ye? QAISARA AMANI - Dia terluka . Lelaki yang...