Sejak peristiwa Qaisara berjumpa dengan Ariana , Qaisara melihat Ariana sudah tidak lagi menghubungi Aayan .
Mungkin Ariana takut jika Qaisara membongkarkan rahsianya .
Qaisara merasa dia jahat kini kerana memisahkan dua hati yang saling mencintai. Tapi , Qaisara hanya ingin mempertahankan rumah tangga yang mereka bina ini.
"Apa yang kau buat sekarang ini betul Qaisara. Jangan pernah rasa bersalah" kata Qaisara sendiri.
Kring~
Telefon Qaisara berbunyi. Qaisara mengangkat panggilan itu."Hello , Haydar. Ada apa awak telefon saya? Tanya Qaisara.
"Awak sibuk ke Sara? "
"Tak adalah . Ada lagi sedikit je lagi kerja ini "
"Awak di mana sekarang?"
"Di pejabat lah , Haydar? Kenapa?"
"Boleh waktu lunch nanti kita jumpa? Kawan saya dah dapat semua hal yang awak inginkan . Dan saya nak memperkenalkan awak juga dengan seseorang " kata Haydar.
"Okay . Nanti awak share location ye."
"Baik , saya ada hal sekejap . Saya letak dulu ye Qaisara. Hati-hati. Assalamualaikum "
"Waalaikumussalam Haydar" kata Qaisara.
Lalu , dia meletakkan telefonnya di sisinya.
Dia memandang ke arah bilik Aayan. Aayan sering membuka "blind curtain window" nya . Kerana itu Qaisara dapat melihat Aayan sedang membuat kerjanya dengan tekun sekali . Qaisara tersenyum melihat Aayan .
Lalu , dia menyambung kerjanya yang ada di meja itu. Masih berbaki 2 jam lagi sebelum dia pergi bertemu dengan Haydar. Jadi , Qaisara membuat keputusan untuk menyiapkan kerjanya.
Selesai menyiapkan separuh daripada kerjanya , dia membuka telefonnya untuk melihat waktu kini .
Jam menunjukkan pukul 12.30 . Qaisara terus memasukkan telefonnya dan kunci kereta ke dalam beg tangannya . Lalu , Qaisara bangun dari duduknya dan keluar dari pejabat itu.
Qaisara terus masuk ke dalam keretanya . Dia memanaskan enjinnya dan memulakan perjalanan menuju ke lokasi yang diberikan oleh Haydar.
Sampai di destinasi tersebut , Qaisara turun dari keretanya dan memasuki kedai itu.
Dia mencari keberadaan Haydar di dalam kedai itu. Sedang dia mencari , dia melihat Haydar sedang melambaikan tangan ke arah nya . Setelah itu , Qaisara menghampiri Haydar.
"Lama ke awak tunggu Haydar?" Tanya Qaisara lalu duduk di hadapan Haydar.
"Tak lama sangat pun. Baru juga saya sampai ini "
Qaisara mengangguk.
"Awak dah order makanan?" Tanya Qaisara
Haydar menggeleng
"Saya tunggu awak"Qaisara memanggil pelayan di sana.
"Saya nak pesan bihun sup dengan air suam" pesan Qaisara
"Encik?" Tanya pelayan itu kepada Haydar
"Sama dengan dia" kata Haydar
Pelayan itu mengangguk dan pergi dari situ.
" So , apa yang awak dan kawan awak dapat?" Tanya Qaisara
"Kawan saya dah siasat latar belakang Ariana dan Iskandar"
"Jadi?"
"Ariana dan Iskandar pernah menjadi suami isteri yang sah"
YOU ARE READING
Luka Yang Kurindu
RomanceAAYAN FARHAN X QAISARA AMANI Mereka merupakan sahabat dari bangku sekolah lagi . AAYAN FARHAN - Aku suka akan Ariana. Aku betul-betul nak jadikan dia satu-satunya buat aku . Kau tolong aku pikat Ariana ye? QAISARA AMANI - Dia terluka . Lelaki yang...