Malam pun tiba
Pelajar -pelajar kini sedang beratur untuk mengambil makanan termasuklah Adeena dan Husna. Qaisara ingin mengambil makanan juga tapi mereka melarangnya. Mereka risau tangan Qaisara akan makin terluka.
Ada sesetengah pelajar lelaki sedang membantu pensyarah itu menghidupkan unggun api . Mungkin ada aktiviti yang akan dilakukan pada malam ini? Qaisara juga tidak pasti.
Qaisara mencari sosok seorang Haydar. Tetapi yang dia lihat hanyalah Aayan dan Fahim . Dia ingin bertanya kepada Fahim dimana Haydar berada tapi dia tidak ingin bertemu dengan Aayan. Dia masih terasa dengan apa yang Aayan lakukan kepadanya.
Qaisara berfikir sejenak.
"Pergi je lah " kata Qaisara kepada diri sendiri.Qaisara menghampiri mereka berdua.
"Fahim" panggil Qaisara.
Fahim menoleh.
"Ye , Qaisara? Ada apa-apa ke?""Awak ada nampak Haydar ke?" Tanya Qaisara. Dia lihat Aayan memandangnya dengan wajah yang sukar untuk difahami.
"Tak silap saya tadi dia dah keluar awal daripada kami . Dia siap membawa ukulele dia lagi" kata Fahim.
"Ouh , yeke kalau macamtu tak mengapa lah . Saya cari dia sendiri je lah ." Qaisara ingin pergi dari situ . Tetapi , Aayan memanggilnya.
"Qai" panggil Aayan
Qaisara hanya buat tidak tahu sahaja. Dia teruskan perjalannya untuk mencari Haydar.
"Qai , stop" jerit Aayan lalu menghampirinya.
"Kau nak apa? Nak marah aku lagi ke sebab "TOLAK" girlfriend kau" tekan Qaisara.
"Qai, aku nak minta maaf sebab bentak kau petang tadi" kata Aayan. Dia serba salah . Dia tahu dia tak patut membentak perempuan ini.
"Aku cuma risau dengan keadaan Ariana tadi" katanya lagi.
"Tapi perlu ke kau tolak aku Aayan? Kau ingat Ariana je sakit? Habis aku yang kau tolak ini tak sakit? Aku ini batu ke? " Qaisara bengang . Sesenang itu lelaki ini meminta maaf .
" Ye , aku tahu aku salah Qai. Aku minta maaf se " belum sempat Aayan menghabiskan ayatnya itu. Qaisara menyampuk .
"Eh , dah lah . Aku penat lah Aayan . Mana janji kau untuk sentiasa percaya akan aku? Kau tak tanya aku pun apa yang jadi sebenarnya petang itu? Bila kau nampak aku pegang Ariana je , kau fikir aku yang buat semua itu dekat Ariana? Kau ini tak ada akal ke nak fikir? "
Qaisara pergi meninggalkan Aayan yang sedang menelan apa dikatakan oleh Qaisara .Baik cari Haydar lagi bagus. Qaisara masih mencari sosok Haydar. Dia ingin berbual dengan lelaki itu.
Sedang dia mencari , telefonnya berbunyi. Nama Adeena terpapar di telefonnya.
"Kau dekat mana Sara. Kami ini risau tau cari kau tak jumpa-jumpa." Tanya Adeena.
"Aku ada je . Okay je . Aku tengah cari Haydar "
Sedang mereka berbual melalui telefon, dia melihat Haydar ada di depan unggun api itu. Dia sedang duduk sambil bermain dengan ukulele nya.
"Aku call kau balik nanti. Bye" kata Qaisara dan mematikan panggilan itu.
Qaisara menghampiri lelaki itu."Ehem" tegur Qaisara lalu duduk di sebelahnya.
Haydar menoleh. Dia tersenyum.
"Eh , awak ke Qaisara. Awak buat apa dekat sini?"
" Saya tanya Fahim tadi awak ada dekat mana? Kenapa awak tak pergi makan?"
"Saya tak lapar lagi lah Qaisara. Awak dah makan?"
Qaisara menggeleng. Dia juga tiada selera untuk makan .
"Tangan awak dah okay ke?"
"Dah sikit . Berkat awak yang rawatkan saya kot. Terima kasih Doktor Haydar"
Mereka berdua gelak bersama.
"Awak reti main ukulele juga" kagum Qaisara.
"Awak reti ke?" Tanya Haydar.
"Tak . Tapi saya tahu main gitar "
"Apa kata macam ini . Awak nyanyi saya main gitar" cadang Haydar
" Tak mahu lah . Suara saya tak sedap lah "
"Ala , jom lah " pinta Haydar .
Akhirnya , Qaisara bersetuju.
Gitar dipetik oleh Haydar~ Qaisara mula menyanyi
Aku ingat waktu kamu bilang
Ku harus jadi seperti diaAku hanya aku
Yang sederhana
Tapi cintaku
Boleh kau aduKumengerti tapi tak bisa
Kuingin cinta apa adanya
Jika harus menjadi dia
Lebih baik pergi walau aku yang terlukaSaat matahari terbenam
Cintaku takkan pernah tenggelam
Engkau masih menjajahku
Di setiap langkahku
Namun adakah
Kau benar untukkuKu mengerti tapi tak bisa
Ku ingin cinta apa adanya
Jika harus menjadi dia
Lebih baik pergi walau aku yang terluka
OhAdakah cara lain tuk bahagia
Selamanya denganmuKumengerti tapi tak bisa
Kuingin cinta apa adanyaJika harus menjadi dia
Lebih baik pergi walau aku yang terlukaTapi tak bisa
Kuingin cinta apa adanya
Jika harus menjadi diaLebih baik pergi walau aku yang terluka
Lebih baik pergi walau hatiku terlukaQaisara menyanyikan lagu "Menjadi dia ". Dia sungguh menghayati lagu yang dia nyanyikan itu. Haydar hanya memandang Qaisara . Dia yakin ada erti di sebalik lagu ini buat Qaisara .
"Apa pun yang sedang awak alami , saya harap awak kuat. I'm here always with you" kata Haydar dalam hati.
YOU ARE READING
Luka Yang Kurindu
RomanceAAYAN FARHAN X QAISARA AMANI Mereka merupakan sahabat dari bangku sekolah lagi . AAYAN FARHAN - Aku suka akan Ariana. Aku betul-betul nak jadikan dia satu-satunya buat aku . Kau tolong aku pikat Ariana ye? QAISARA AMANI - Dia terluka . Lelaki yang...