Bab 44

1.2K 50 2
                                    

Hari ini merupakan hari Sabtu. Qaisara kini berada di rumah mereka .

Aayan? Katanya dia ada hal penting yang perlu dia lakukan .

Aayan tak ingat ke tentang hari ini? Tak apalah mungkin dia lupa . Kata Qaisara sendiri.

Qaisara kini sendirian di rumah .

"Tengok tv lah " kata Qaisara lalu duduk di sofa .

Hari ini genap  sudah dua bulan  perkahwinan Aayan dan Qaisara. Mereka hidup sebagai suami isteri . Mereka kelihatan sungguh bahagia . Hubungan mereka makin bertambah baik dari hari ke hari.

Sungguh Qaisara tidak pernah berfikir dek akal akan menikahi lelaki yang selama ini menjadi pujaan hatinya. Sepanjang dua bulan perkahwinan mereka ini , Qaisara sungguh bahagia apabila Aayan melayaninya seperti seorang puteri .

Qaisara sering berfikir adakah Aayan sudah melupakan Ariana sepenuhnya? Kerana Aayan melayaninya seperti Aayan sudah mula mencintainya . Jika benar , sungguh Qaisara akan menjadi seorang wanita yang paling bahagia di dunia ini.

Kring~
Bunyi telefon berbunyi. Qaisara mengangkat panggilan itu.

"Hello , wife " kata Aayan

"Ye , husband?"

"Malam nanti bersiap tau . Husband nak bawak wife pergi satu tempat ini . Pakai baju yang husband letak atas katil itu" kata Aayan di sana .

"Okay , husband "

"Lagi satu , nanti Fahim yang akan ambil wife tau . "

"Okay husband. "

"I love you , husband " kata Qaisara

"Thank you wife " balas Aayan

Aayan mematikan panggilan. Qaisara memandang sepi telefonnya itu. Dia  tahu Aayan tak akan pernah membalas perkataan itu . Tapi , dia ingin Aayan tahu bahawa dia sangat mencintai lelaki yang telah sah digelar suaminya itu.

Qaisara sudah tidak sabar menanti untuk malam ini . Apalah kejutan yang akan diberikan oleh Aayan . Senyum Qaisara sendiri apabila memikirkan hal itu.

Sedang dia senyum sendiri , ada panggilan lagi . Nama "Adeena " . Dia mengangkat panggilan itu.

"Hello , Sara " katanya tercungap-cungap

"Ye kenapa Deena? Kau okay ke ni" risau Qaisara.

"A-aku nampak"

"Nampak siapa"

"Aku nampak Ariana"

Deg.

"Dia dengan siapa?" Tanya Qaisara

"Dia dengan seorang lelaki . Nampak mesra je . Siap berpegangan tangan lagi "

Qaisara mengerutkan dahinya .

"Ouh, aku ingatkan siapa lah lelaki itu . Kau ini terkejut aku . Mana tahu itu suami dia ke " kata Qaisara cuba berfikiran positif.

"Aku tak rasa macam tu Sara. Aku takut kalau dia terserempak dengan Aayan nanti . Aku tak mahu kau makan hati nanti . Lagipun tadi kau ada chat dalam group kita kan yang kau bosan sebab Aayan keluar hari ini "

"So , apa masalahnya kalau Aayan keluar Deena?"

"Masalahnya macam mana kalau diorang terserempak? "

"Tak . Aku yakin mereka takkan terserempak pun . Kalau terserempak pun mesti diorang tegur sebagai kawan je . Kau sendiri kata dia ada dengan seorang lelaki kan "

"Penat lah aku dengan kau ini . Positif sangat berfikirnya . Ikut lah kau mana-mana . Aku letak dulu ye . Aku ada hal . Assalamualaikum "

Adeena meletakkan panggilan .

Luka Yang KurinduWhere stories live. Discover now