Bab 28

1.2K 55 2
                                    

Jam menunjukkan pukul 2 petang. Mereka bertiga sedang bersiap. Mengikut jadual yang diberikan , pukul 2 semua pelajar wajib keluar dari khemah untuk melakukan aktiviti.

Selesai bersiap , mereka bertiga keluar bersama-sama . Dapat dilihat , sudah ramai pelajar berkumpul . Tempat yang mereka dirikan khemah ini terlalu luas . Sambil menunggu pelajar dan pensyarah yang lain , Qaisara berjalan -jalan di kawasan itu   .

Dia sangat gembira kerana dia berada di kawasan yang sejuk , redup. Pokok yang menghijau dan bunyi burung yang sedang berkicauan. Dia berasa tenang.

"Hoi " tegur Aayan .

"Ishh , terkejut lah Aayan . Kau ini" geram Qaisara dibuatnya . Kalau dia terjatuh ke apa ke macam mana?

"Rilek lah , aku gurau je "

Qaisara hanya diam sambil menjelingnya.

"Kau tak bagitahu aku pun kau ikut trip ini" tanya Aayan .

"Dah kau tak tanya " bersahaja Qaisara menjawabnya.

"Haah kan , aku lupa . Aku ingatkan kau tak pergi. Ye lah , kau kan suka duduk rumah je " usik Aayan.

"Baik sikit cakap itu eh . Aku suka duduk rumah itu bukannya aku tak buat apa-apa tau"

"Ada aku cakap ke kau tak buat apa-apa"

Qaisara geram . Ada sesiapa nak sponsor pisau ke ? Geram sangat dibuatnya.

"Daripada aku layan kau ini , baik aku layan orang lain" Qaisara menolak Aayan .

"Pelajar sila berkumpul saya nak buat pengumuman tentang aktiviti kita " jerit pensyarah itu.

Pelajar mula berkumpul untuk mendengar apa yang dikatakan oleh pensyarah itu.

"Baik, kita akan buat aktiviti hiking mengikut kumpulan . Jadi saya dah agihkan kamu semua mengikut kumpulan . Nama yang dipanggil sila ke hadapan "

"Aayan , Fahim, Haydar dan Iskandar"

"Ariana , Husna , Adeena , Qaisara "

"Kamu berlapan satu kumpulan " kata pensyarah itu lagi.

Mereka bersetuju. Tapi tidak dengan Adeena dan Husna.

"Eh , kenapa kena ada Ariana eh? Tak suka lah aku" bisik Husna kepada aku .

"Ye , macam tak ada kumpulan lain professor nak bagi" kata Adeena lagi.

"Eh , sudah lah tu . Yang patutnya sakit hati siapa sekarang ini . Kau orang ke aku? " Runsing Qaisara dibuatnya .

"Layan je lah Ariana baik-baik tau" kata Qaisara kepada mereka berdua.

Selesai pensyarah membagikan kumpulan , mereka dibenarkan untuk mula  berhiking.

"Hai , Qaisara " tegur Ariana .

"Hai "

"Lama tak jumpa kan . Last kita jumpa pun waktu awak tumpang kereta Aayan kan" Ariana cuba mencari topik untuk berbual dengannya .

"Haah " balas Qaisara sepatah lalu meneruskan perjalannya.

Kedudukan kini lelaki berada di depan , Adeena dan Husna di depan . Yang tinggal hanya Ariana dan Qaisara.

"Ha, penat nya " kata Ariana .

Qaisara menoleh ke arah Ariana lalu menghampirinya .

"Kau okay tak?" Tanya Qaisara.

"Okay , cuma saya penat sikit"

"Jom lah jalan , nanti kena tinggal susah "

"Slow -slow jalan " tegur Qaisara.

Sedang mereka berjalan, entah di mana silapnya , Ariana terjatuh terkena batu yang cukup besar. Hal ini menyebabkan kaki Ariana terseliuh dan berdarah.

Qaisara panik . Qaisara menjerit menyebabkan Adeena , Husna , Iskandar , Haydar , Fahim dan Aayan menoleh .

"Korang, tolong Ariana jatuh "

"Bangun , perlahan-lahan Ariana" Qaisara cuba untuk memapah Ariana untuk duduk di atas batu disebelahnya.

Aayan yang mendengar nama Ariana terus berlari ke arah mereka berdua .

Sesampainya dia disitu , dia menolak Qaisara ketepi . Qaisara terjatuh . Tangannya luka terkena serpihan kaca .Tapi Aayan tak mengendahkannya.

"KAU BUAT APA DEKAT DIA QAI?" Bentak   Aayan .

Qaisara terkejut. Aayan menengkingnya .

"M-mana ada aku buat apa-apa . Aku cuma nak nak bantu Ariana bangun "

Aayan menjeling Qaisara.

"Awak okay ke Ariana ? " Aayan khawatir.

"Sakit"nangis Ariana .

Adeena dan Husna pergi ke arah kawan baik mereka dan membantu Qaisara untuk bangkit. Qaisara menutup lukanya yang cukup teruk itu.

"Semua  balik  ke arah khemah kita " arah Aayan kepada semua ahlinya.

Aayan membantu Ariana bangun lalu dia menoleh ke arah Qaisara.

"Kalau apa-apa jadi pada dia , kau aku cari dulu " bengis Aayan .

Qaisara cuba untuk kuat. Mereka berjalan bersama hingga sampai ke khemah mereka.

Sampai ke khemah , Qaisara terus pamit untuk masuk ke dalam khemah. Sampai di khemah , dia menangis . Air mata yang sedaya upaya dia tahan tadi jatuh jua. .

Dia terkilan . Kenapa mesti dia yang dipersalahkan . Kenapa mesti Aayan membentaknya di hadapan orang ramai.

Adeena dan Husna memasuki khemah itu. Qaisara mengelap air matanya . Dia tidak ingin nampak lemah lagi dihadapan sahabatnya ini.

"Sara , Haydar panggil kau "

Tanpa banyak bicara Qaisara bangkit dan keluar dari khemahnya.

"Ada apa awak nak jumpa saya?" Tanya Qaisara.

"Duduk " arah Haydar. Qaisara menurut.

"Hulur tangan" . Qaisara menurut lagi.

Haydar memakai sarung tangan untuk merawat luka Qaisara. Haydar mula merawat luka itu.

Qaisara mengamati wajah Haydar . Jadi , lelaki itu lihat bahawa ada luka di tangannya?

"Nanti beberapa jam lagi , kena tukar tau "
Qaisara mengangguk tanda faham .

"Dah siap" kata Haydar.

"Terima kasih Haydar. Saya terhutang budi pada awak"

" Sama-sama ." kata Haydar lagi.

Terima kasih Haydar. Awak lelaki yang baik. Qaisara tersenyum.

Luka Yang KurinduWhere stories live. Discover now