Bab 64

2.1K 59 2
                                    

Qaisara hanya melihat wajah Aayan yang sama sekali seperti tidak rasa bersalah dengan apa yang dia lakukan.

"Saya tak suka awak buat macam itu " kata Qaisara

Aayan duduk di hadapan Qaisara. Dia memandang tepat ke wajah Qaisara.

"Husband tengok wife susah nak jalan tadi. Wife dah sarat sekarang ini. Jadi , apa salahnya husband angkat wife? Tak dosa kan" kata Aayan.

"Memang lah . Tapi saya tak suka awak faham tak? Saya malu bila awak buat macam itu depan mak dan ayah saya " kata Qaisara dengan nada yang tidak suka.

"Okay . Husband minta maaf . Husband tahu husband salah " tunduk Aayan.

Qaisara hanya memandang Aayan yang menunduk itu.

"Awak buat apa di sini? " Tanya Qaisara

"Husband datang sini sebab nak jumpa wife lah "

"Untuk apa awak nak jumpa saya lagi Aayan? Saya dah tak mahu ada kena mengena dengan awak lagi "

"Wife , husband tahu husband ada banyak buat salah pada wife , I'm truly sorry . Husband menyesal . Sangat-sangat menyesal. Maafkan husband"

"Kalau saya maafkan awak , awak akan lepaskan saya ke?"

Aayan mengangkat kepalanya. Lalu dia menggelengkan kepalanya laju.

"No. Husband takkan lepaskan wife . You're mine forever. No one can separate us " kata Aayan muktamad.

"Husband datang sini sebab nak pujuk wife untuk balik pada husband. Husband nak kita mulakan hidup baru kita dengan anak kita yang akan lahir tak lama lagi " kata Aayan dan cuba untuk menyentuh perut Qaisara namun pantas Qaisara menepis tangan Aayan.

Aayan tersentak.

"Saya tak mahu balik pada awak lagi Aayan." balas Qaisara

"Awak dah ada Ariana , Aayan . Jangan jadi tamak " kata Qaisara lagi.

"Tak . Husband dah putuskan hubungan kami berdua . Husband dah tak ada kena mengena dengan dia lagi. "

"Kenapa wife tak ceritakan semua ini dahulu? Kenapa wife rahsiakan hal ini pada husband? Kenapa wife mesti sorokkan hal ni?"

Qaisara terkejut. Dia tidak menyangka Aayan sudah mengetahui hal yang sebenar.

"Kalau saya bagitahu awak dulu , awak rasa awak akan percayakan saya ke? Awak rasa awak akan putuskan terus hubungan awak dan Ariana? " Tanya Qaisara

Aayan terdiam.

"Tak Aayan . Awak akan lebih bencikan saya . Awak akan makin sakitkan saya . Saya tak mahu semua itu dulu Aayan "

"Dan bila awak dan Ariana dah tak ada apa-apa hubungan , awak datang sini kembali untuk pujuk saya buat kembali pada awak?"

"Kalau awak di tempat saya , awak rasa awak akan buat apa?" Tanya Qaisara

Aayan tak mampu untuk menjawab pertanyaan Qaisara itu.

"Awak mesti akan minta untuk dilepaskan . Betul tak? Sebab awak dah tak mampu untuk tanggung keperitan ini lagi " kata Qaisara lagi

"Wife . Tolong lah beri husband satu peluang lagi untuk betulkan semua ini" Aayan merayu sambil mengenggam tangan Qaisara

Qaisara menggeleng.

"Maafkan saya Aayan . Saya tak mampu untuk beri awak peluang itu lagi. Saya dah penat sangat-sangat Aayan . Selama ini , saya telan apa sahaja yang awak buat . Saya sentiasa bersabar dengan awak selama ini. "

"Tapi dulu wife pernah kata pada husband untuk sentiasa tunggu husband kan?"

"Memang betul . Saya ada cakap pada awak yang saya akan sentiasa tunggu awak. Waktu itu , saya berfikir mungkin ada peluang untuk kita berdua untuk gapai kebahagiaan bersama . Namun , saya salah Aayan . Mungkin kata bahagia itu hanya sebentar untuk kita Aayan . Maafkan saya kerana mungkir janji saya pada awak" kata Qaisara sambil meneteskan air matanya.

Air mata Aayan juga sudah jatuh membasahi bumi apabila mendengar apa yang Qaisara katakan itu.

"Beritahu husband apa lagi yang perlu husband buat untuk kembalikan kepercayaan wife? Bagitahu husband macam mana nak kembalikan rasa sayang wife pada husband " merayu Aayan

"Tak ada Aayan . Tak ada lagi yang perlu awak lakukan untuk saya. Saya cuma mahu awak lepaskan saya selepas saya habis bersalin dan berpantang nanti. Boleh ke awak tunaikan permintaan saya yang satu ini sahaja?" Merayu Qaisara

Aayan sudah tersedu-sedan.  Dia tidak menjawab pertanyaan Qaisara. Dia lantas bangkit dari duduknya dan keluar dari bilik Qaisara.

Qaisara hanya memandang Aayan yang baru sahaja keluar dari biliknya itu.

"Maafkan saya Aayan . Maafkan saya . Sungguh ini yang terbaik untuk kita berdua" kata Qaisara sambil meneteskan air matanya lagi.

Aayan yang baru sahaja keluar dari bilik Qaisara itu lantas menuruni tangga dan pergi ke luar rumah . Dia menangis lagi.

Dia memukul dadanya yang berasa semakin sesak itu. Dadanya terasa sesak apabila mendengar permintaan Qaisara itu.

Sungguh , dia tidak kuat untuk melalui ini semua.  Dia tidak mahu melepaskan Qaisara pergi dari hidupnya. Dia sudah sedar bahawa dia sudah lama mencintai Qaisara.

Namun, mengapa di saat Aayan mulai mencintai Qaisara, Qaisara pula sudah tawar hati kepadanya.

Sambil dia menangis , Hanif menghampirinya.

"Aayan" panggil Hanif

Aayan menoleh . Dia menghapuskan air matanya .

"Aku tahu apa yang kau rasai sekarang" kata Hanif dan menepuk perlahan bahu Aayan

"Kau cubalah untuk ambil hati dia balik Aayan . Kalau memang jodoh kau masih panjang dengan dia , seteruk mana pun masalahnya , kau orang mampu untuk bersatu kembali , namun kalau ditakdirkan jodoh kamu berdua takat sini sahaja , kau ikhlaskanlah dia pergi . " Kata Hanif

"Aku nak tengok adik aku  bahagia macam dulu " kata Hanif

"Aku minta maaf Hanif. Aku minta maaf sebab selama ini aku sakitkan hati adik kau . Aku tahu kau sayang sangat pada Qaisara. Qaisara itu satu-satunya adik yang kau ada. Aku betul minta maaf " dia memohon maaf pada Hanif

"Kau tak patut minta maaf pada aku . Kau perlu minta maaf pada Qaisara. Selama ini , dia tak pernah pun cerita hal ini pada kami semua , kerana dia tak mahu kami bencikan kamu. Kami tahu  tentang hal ini sebab mama kau yang telefon ibu " kata Hanif.

"Kau tahu kan yang Qaisara dah lama suka akan kau?"

Aayan mengangguk

"Waktu ibu bagitahu yang kau nak kahwin dengan Ariana tu , dia terus masuk bilik dia . Dia menangis . Dia terluka Aayan . Aku nampak semua itu dari mata dia . Aku tak pernah nampak Qaisara menangis seteruk itu Aayan " kata Hanif

"Selagi kau duduk sini , selagi ada peluang , kau cuba lah berbaik dengan dia lagi. Mungkin masih ada peluang untuk kamu berdua" kata Hanif lalu masuk ke dalam rumah meninggalkan Aayan sendirian.

Flashback on

"Kau tak cintakan sesiapa ke Qai? Kau kahwin lah  . Aku tengok kau asyik seorang je . Carilah pasangan hidup kau"

"Eleh , aku muda lagi lah . Aku ada cintakan seseorang ini . Tapi , aku tak mahu lah dengan dia "

"Why"

"because he wants to be happy with the person he loves"

Flashback off

" Ya Allah , kenapa lah jadi macam ini. Kenapa aku tak pernah terfikir? Kenapa aku percaya bulat-bulat apa yang Ariana cakap? Dia sanggup lepaskan aku bersama dengan Ariana sedangkan dia cintakan aku " Aayan mengusap kasar wajahnya

HELLO HELLO KORANG <333 JANGAN LUPA COMMENT AND VOTE 🤍

Luka Yang KurinduWhere stories live. Discover now