Bab 26

1.1K 42 0
                                    

"Hai , Qaisara" lambai lelaki itu kepadanya.

Qaisara membuka earphone nya.

"Hai , Haydar"

Ya , lelaki itu adalah Haydar.

"Kenapa awak duduk sini?" Tanya Qaisara .

"Saya tak ada kawan lah Sara . Aayan sibuk dengan Ariana dia tu. Fahim pula dengan kawan dia yang lain " cemberut Haydar.

"Awak pun tak sudi nak kawan dengan saya ke? Tak mengapa lah saya duduk tempat lain lah" kata Haydar . Dia ingin bangun ..

"Tak lah , saya tanya je . Duduk lah , lagipun memang tak ada siapa pun nak duduk sini . " Pelawa Qaisara .

Haydar tersenyum manis.

Qaisara memasang kembali earphone nya . Dia berasa awkward sekarang . Dia tidak berapa rapat dengan lelaki ini. Kali terakhir dia bertemu lelaki ini pun sewaktu lelaki ini membayarkan makanannya waktu itu.

Beberapa minit kemudian , bas mula bergerak . Qaisara mencari sosok lelaki yang dia cintai . Ye, betul kata Haydar lelaki itu duduk bersama Ariana . Dia hanya mampu bersabar.

Perjalanan untuk sampai ke destinasi yang dituju mengambil masa yang cukup lama. Qaisara berasa bosan . Dia melihat ke arah Haydar. Lelaki itu sedang membaca buku novel sambil memakai airpod di telinga nya .

Tiba-tiba Qaisara tersenyum. Ya , Haydar seorang lelaki yang sangat tampan . Lebih-lebih lagi ketika dia sedang membaca buku seperti sekarang.

Haydar yang merasa seperti seseorang sedang memerhatinya memandang ke arah Qaisara yang sedang tersenyum kepadanya.

Mata mereka bertemu.Qaisara yang perasan tentang situasi itu , terus memalingkan kepalanya ke arah tingkap. Dia malu  kerana kantoi sedang memandang Haydar. Haydar yang melihat Qaisara sedang malu itu tersenyum manis  sambil menggelengkan kepalanya .

"Sampai bila awak nak malu tu Qaisara? Tak sakit leher ke asyik pandang tingkap itu je?" Tanya Haydar.

"M-mana ada saya malu . Saya suka tengok pemandangan kat luar ini" balas Qaisara . Dia menidakkan apa yang dikatakan Haydar .

"Qaisara , borak lah dengan saya" kata Haydar.

"Tak mahu lah , awak baca je lah buku novel awak itu"

Dia mahu saja berbual dengan lelaki itu, cuma dia tidak tahu mahu berbual apa .

"Tapi saya nak borak dengan awak " kata Haydar.

"Okay ,awak nak borak apa?"

"Awak ambil course apa?" Tanya Haydar

"Saya ambil course business je"

"Awak?"

"Saya ambil course medic je "

"Ouh"

Mereka pun berbual . Mengenal diri masing-masing. Mereka bergelak ketawa.

Qaisara bahagia.

Sedar tak sedar , akhirnya mereka pun sampai di destinasi.

Qaisara menggalas begnya. Dia menunggu gilirannya untuk turun dari bas.

Haydar berdiri di belakang Qaisara. Dia takut jika pelajar yang lain menolak Qaisara akan menyebabkan Qaisara jatuh. Akhirnya , Qaisara pun turun daripada bas .

Seterusnya , Qaisara, Adeena dan Husna mengambil beg mereka .

"Nah , beg kau " hulur Qaisara kepada Adeena .

"Ni pula , beg kau " hulurnya kepada Husna.

"Thank you ,Qaisara" kata mereka serentak

"Sesak betul , penat aku "

"Siapa dah siap , ikut saya . Kita gerak sekarang " kata pensyarah mereka.

Mereka pun mengikuti langkah pensyarah itu.

Luka Yang KurinduWhere stories live. Discover now