Bab 18

1K 43 0
                                    

Usai menunaikan solat Maghrib , Qaisara mula menjamah nasi goreng kampung yang dibelinya petang tadi. Sedang dia menikmati makanan tersebut , telefonnya berbunyi . Nama "Ibu" terpapar di telefonnya. Lekas dia mengangkat.

"Assalamualaikum anak ibu "

"Waalaikumussalam, ibu "

"Anak ibu sihat ke ? "

"Sara sihat je ibu dekat sini , ibu sihat? Dah makan?"

"Ibu baru habis makan dengan ayah  , Abang pula dia sibuk dekat office  . Ibu call ini saja , ibu rindu anak ibu seorang ini , bila adik  nak cuti semester 1? "

"Exam 2 minggu lagi ibu , lepas itu Sara terus packing baju jumpa ibu dengan ayah okay " balasnya dengan ketawa.

Qaisara amat rindu kan keluarganya.

"Nanti Sara balik call ibu tau , ibu nak masak makanan kegemaran Sara"

"Ye ibu"

"Okay la sara , ibu ada kerja nak kena buat , jaga diri kamu baik-baik ye , kalau nanti ada apa-apa yang jadi , bagitahu Aayan ye, minta tolong dengan dia "

Qaisara diam.

"Dengar ke tak apa yang ibu cakap ni Sara? "

"Dengar ibu , okay ibu Assalamualaikum "

Selepas bercakap dengan ibunya , Qaisara berasa sangat lega .

Aayan? Minta tolong pada Aayan? Dia pun tidak pasti dengan apa yang akan jadi seterusnya . Dia cuma berharap persahabatan ini akan kekal sampai bila-bila.

Walaupun Qaisara tidak mampu menjadi cinta hati Aayan Farhan , menjadi seorang sahabat kepada Aayan Farhan sahaja mampu membuat dia bahagia. Asalkan dia selalu berada bersama Aayan.

Sedang Qaisara termenung , Adeena dan Husna datang mengejutkannya.

"Qaisara"

Terkejut Qaisara dibuatnya.

"Korang ini , cuba bagi salam ke apa ke? Kalau aku ada heart attack macam mana? Sia-sia je mati katak tau " kata Qaisara dengan sebal.

"Ala, kami bergurau je " kata Adeena.

"Kau dah tahu ke berita apa yang hangat sekarang ini?"tanya Husna .

"Tahu " kata Qaisara bersahaja sambil membuang sampahnya ke dalam tong sampah.

"Kau okay?" Tanya Adeena.

"Okay je la , apa yang buat dia bahagia , aku lagi bahagia" kata nya

"Aku tahu , kau cakap macam ini sebab nak sedapkan hati kami je kan ?" Kata Husna.

"Sedangkan dalam hati kau tu tengah hancur dengan berita itu kan" katanya lagi.

Qaisara terkedu.

Kring~~
Nama Aayan terpapar di telefon Qaisara .

"Aku angkat dulu eh "

Qaisara berlari keluar dari dorm mereka.

"Haih , Sara , Sara" Kata Adeena . Ye dia tahu  Sara  mengelak dari menjawab pertanyaan yang diajukan  oleh Husna tadi.

QAISARA POV
Aku mengangkat telefon ku dan berlari keluar dari dorm

"Hello Aayan , ada apa telefon aku?"

"Esok aku nak ajak kau jumpa boleh? Aku nak kenalkan kau pada Ariana" balas Aayan disana .

" Um , aku tak boleh . Seminggu ini aku sibuk. Ye la , exam kan dah nak dekat , jadi aku perlulah belajar kan " kata ku.

"Ouh , ye ke tapi kalau kau ada masa , kau call aku tau , aku tak sabar nak jumpa kan kau dengan dia " suara Aayan disana cukup menggambarkan dia sangat teruja.

"Tengok lah macam mana " aku menjawab.

" Okay , Aayan aku ada hal ini , bye" dengan segera aku matikan panggilan .

Aku minta maaf Aayan sebab tipu kau . Aku tak berniat pun. Aku cuma tak bersedia nak jumpa perempuan yang dah bertakhta dalam hati kau. Salah aku ke Aayan , cinta akan kau?

Luka Yang KurinduWhere stories live. Discover now