Keesokan harinya , Qaisara pergi ke universiti nya untuk bertemu dengan canselor. Dia ingin memberikan kata putus.
Knock~
Pintu bilik diketuk oleh Qaisara. Qaisara masuk ke dalam bilik itu setelah diizinkan oleh canselor itu ."Ouh kamu Qaisara " kata Canselor.
"Ye , saya "
"Duduk "
Qaisara melabuhkan punggungnya dan menghadap canselor."Awak jumpa saya sebab awak dah ada jawapan ?"
Qaisara mengangguk.
"Saya harap keputusan awak tak mengecewakan saya . Awak student yang berpotensi tinggi dan tak semua ada peluang sebegini "
"Saya dah buat keputusan "
Qaisara menarik nafas dengan dalam."Saya terima tawaran sambung belajar di UK itu . Saya sedar mungkin ini peluang saya untuk meneroka sambil belajar di sana . Saya ingin mendapat pengalaman belajar di sana ."
"Baik . Minggu depan kamu boleh bertolak ye . Semua urusan pembelajaran kamu biar kami yang uruskan. Kamu hanya perlu mempersiapkan diri sahaja untuk pergi ke sana ."
"Terima kasih sebab beri saya peluang untuk belajar di sana "
"Sama-sama Qaisara . Kamu diizinkan untuk balik ke rumah dan kemas barang-barang kamu"
"Terima kasih sekali lagi , canselor " Qaisara menunduk sedikit dan keluar dari bilik itu.
Qaisara melangkah keluar.
"Aku harap ini yang terbaik untuk diri aku . Kau layak untuk semua ini Qaisara . Fikirkan diri kau Qaisara" . Kata Qaisara sendiri .
Di dorm
"Assalamualaikum " Qaisara memberi salam dan menutup pintu biliknya.
"Waalaikumussalam" balas Adeena dan Husna .
"Kau dari mana?" Tanya Adeena.
"Dari jumpa canselor lah"
Qaisara melabuhkan punggung di sebelah Adeena ."Macam mana?" Tanya Husna pula
"Aku terima tawaran itu. Aku diizinkan balik . Aku kena kemas barang-barang aku kat sini "
"Kami tumpang gembira untuk kau Qaisara. Walaupun kita ini baru je kawan , tapi kami dah anggap kau ini macam adik beradik dah " kata Husna .
"Nanti aku akan rindukan kau " kata Adeena dan memeluk Qaisara.
"Aku pun akan rindukan kau orang "
Mereka saling berpelukan untuk beberapa minit.
"Kau dah bagitahu Aayan?" Tanya Husna.
Adeena menyiku Husna .Husna mengeluh kesakitan . Dia salah cakap ke?
Qaisara menggeleng.
"Belum , aku nak bagitahu dia semalam , tapi dia sibuk dengan Ariana dia " ujar Qaisara .Sungguh Aayan banyak berubah . Dia rindukan Aayannya yang dulu . Janji Aayan untuk sentiasa bersamanya itu dulu sudah entah ke mana . Aayan sering mengingkari janji yang dibuat . Qaisara terasa dengan perbuatan Aayan itu .
"Tak apa lah , nanti sehari sebelum berlepas aku ajak lah jumpa "
Adeena dan Husna mengangguk.
"Bila kau berlepas?" Tanya mereka .
"Ahad ini "
"Nanti kami tolong kau kemas semua barang kau ye " kata mereka lagi.
Qaisara bersyukur dikurniakan sahabat sebegini rupa . Dia berdoa semoga persahabatan mereka ini akan sentiasa kekal sampai ke akhir hayat.
YOU ARE READING
Luka Yang Kurindu
RomanceAAYAN FARHAN X QAISARA AMANI Mereka merupakan sahabat dari bangku sekolah lagi . AAYAN FARHAN - Aku suka akan Ariana. Aku betul-betul nak jadikan dia satu-satunya buat aku . Kau tolong aku pikat Ariana ye? QAISARA AMANI - Dia terluka . Lelaki yang...