" Adeena , Husna" panggil Qaisara
"Ye" balas mereka berdua .
"Jap , kau bersiap nak pergi mana?"Tanya Adeena.
"Aku nak pergi perpustakaan universiti , assignment aku tak buat lagi"
" Kau balik pukul berapa?kalau lambat , aku boleh tolong belikan makanan untuk kau nanti " pelawa Husna.
"Tak pasti lagi . Nanti kalau aku lapar ke aku pergi beli sendiri. Aku rasa aku balik lambat sebab banyak sangat kerja aku tak buat lagi , okay la aku pergi dulu"
Dalam perjalanan dia menuju perpustakaan sekolah , dia mendengar ramai orang menceritakan sesuatu . Tapi Qaisara tidak pasti tentang apa.
Baru dia masuk ke dalam perpustakaan dan mengambil tempat duduk , dia mendapat mesej dari Aayan. Qaisara membuka mesej tersebut.
Aayan : Qaisara , aku dah luahkan perasaan aku pada dia !!!!
Qaisara : Lepas itu , apa reaction dia?
Aayan : Dia terima aku Qaisara !!!!! Aku happy sangat -sangat . Dia suka dengan semua yang kau cakap itu.
Qaisara menahan tangisan setelah membaca mesej yang Aayan sampaikan kepadanya.
Qaisara : Congratulations. Akhirnya kawan aku ni dah tak single .
Aayan : Nanti aku nak kenalkan kau pada dia tau . Bye , aku nak spend time dengan dia .
Qaisara hanya membaca mesej itu . Cukup , dia sudah tidak sanggup . Dia makin terluka .
"Apa yang harus aku lakukan . Bagaimana aku mahu lupakan dia " monolognya dalam hati sambil mengesat air mata yang makin lebat membasahi bumi.
Tak ingin melayani perasaan pedih , sakit itu , Qaisara mula membuat kerja nya . Jika dia melayani rasa sakit itu , dia hanya akan makin terluka.
Jam menunjukkan 5 petang . Bermakna dia sudah 3 jam berada di dalam perpustakaan itu untuk menyiapkan segala kerjanya. Dia berasa sangat letih.
Dia mengemas barang nya lalu keluar dari perpustakaan itu lalu menuju ke musolla perempuan untuk menunaikan solat Asar .Selesai solat , dia mengambil keputusan untuk pergi ke kantin . Dia ingin membungkus makanan buat dia makan di dorm nya . Dia cukup lelah . Dia tidak ingin bersesak.
Sambil menunggu makanannya siap , ada seseorang menegurnya.
"Qaisara , right?" Tanya seseorang itu.
Qaisara menoleh . Dia ... Haydar.
"Ouhh , wait awak Haydar kan? Kawan Aayan" tanya Qaisara.
"Haah , saya lah itu ." Balas Haydar sambil tersenyum manis.
" Awak beli apa ?"
"Ouh saya beli nasi goreng kampung sahaja" kata Qaisara.
" Kak , semua RM 8" Kata seorang pemuda itu sambil menghulurkan makanan .
"Kejap akak ambil duit dalam beg ye "
"Nah , adik ambil duit ini " kata Haydar
Pemuda itu pun mengambil
" Awak buat apa?"
" Saya bayarkan untuk awak ?"
" Kejap saya bayar balik eh" kata Qaisara sambil mengeluarkan duit nya .
" It's okay , anggap je hari ini rezeki awak " kata Haydar lalu meninggalkan Qaisara sendirian di situ.
Qaisara tersenyum . Haydar sangat baik orangnya .
Hai guys . Thank you siapa yang sudi follow saya <33 ily so much . Tolong vote . Thanks🤍
YOU ARE READING
Luka Yang Kurindu
RomanceAAYAN FARHAN X QAISARA AMANI Mereka merupakan sahabat dari bangku sekolah lagi . AAYAN FARHAN - Aku suka akan Ariana. Aku betul-betul nak jadikan dia satu-satunya buat aku . Kau tolong aku pikat Ariana ye? QAISARA AMANI - Dia terluka . Lelaki yang...