Qaisara perlahan membuka matanya. Dia melihat sekelilingnya. Dia melihat kedua ibu bapanya serta keluarga Aayan hadir melawat Qaisara.
"A-aayan" panggil Qaisara
Aayan pantas menoleh . Dia memberikan anaknya itu kepada mamanya dan menghampiri Qaisara.
"Sayang dah sedar . Ada rasa sakit ke ?" Tanya Aayan
Qaisara menggeleng. Dia cuba untuk bangkit dari baringnya kini.
Qaisara tersenyum memandang ke arah anaknya yang sedang berada di dakapan mama mertuanya .
Mama Aayan yang perasan dengan pandangan Qaisara itu terus membawa bayinya itu dan menghulurkan kepada Qaisara.
Qaisara mengambil anaknya itu . Dia mendodoikan anaknya itu. Dia mengusap pipi anaknya itu.
Aayan hanya melihat Qaisara yang sedang fokus memerhatikan anak mereka itu.
"Qaisara nak namakan anak Sara apa nak ?" Tanya ibunya.
" Afeeya Adawiyah " kata Qaisara.
Mereka semua tersenyum tanda suka akan nama itu.
"Awak okay ke Aayan?" Tanya Qaisara
Aayan mengangguk dan mengusap ubun-ubun Qaisara.
"Kamu berpantang nanti di rumah ibu ye" ajak ibunya
Qaisara mengangguk tanda bersetuju.
"Kalau macam itu , kami semua balik dulu lah ye . Jaga Qaisara baik-baik ye Aayan " pesan kedua orang tua mereka.
Aayan mengangguk. Dia bersalam dengan kedua orang tua mereka. Begitu juga dengan Qaisara.
Aayan menghantar kedua orang tua mereka hingga ke luar bilik itu. Qaisara pula hanya memandang.
Setelah itu , dia kembali memandang ke arah anaknya kini. Dia berasa sebak . Dia kini seperti tidak percaya dia sudah menjadi seorang ibu .
"Assalamualaikum anak mama " kata Qaisara sebak.
Anaknya hanya tersenyum seolah memahami apa yang ibunya katakan.
Qaisara tergelak kecil.
Kini , lengkaplah keluarga kecil Qaisara. Namun, ini semua hanyalah sementara sahaja.
Makin suntuk masa mereka berdua , Aayan dan Qaisara. Tapi Qaisara tidak ingin memikirkan tentang hal itu lagi.
Sementara masih ada lagi masa buat mereka , Qaisara akan terus cuba untuk membahagiakan Aayan dan Afeeya .
Dia akan sentiasa mencipta momen mereka bersama dan akan dia sematkan dalam fikirannya.
Walaupun pada akhirnya , mereka tidak lagi bersama.
BEBERAPA HARI KEMUDIAN
Hari ini , Qaisara sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah ibunya. Aayan membantu Qaisara mengemas segala pakaiannya dan dia masukkan ke dalam beg . Qaisara hanya sibuk menggendong anaknya itu.
Selesai mengemas , Aayan mendudukkan Qaisara pada sebuah kerusi roda yang ada di situ. Lalu , dia menolak kerusi roda itu dan keluar dari bilik .
Dia menolak kerusi roda itu sehingga di tempat letak kereta . Tiba di situ , dia membangunkan Qaisara dan dia memapah Qaisara untuk masuk ke dalam kereta .
Dan , dia menutup pintu. Dia menyimpan barang ke dalam bonet lalu dia masuk ke dalam kereta .
Mereka memulakan perjalanan mereka menuju ke rumah ibu Qaisara.
TIBA DI RUMAH
Qaisara masuk ke dalam rumah dibantu oleh abangnya . Aayan sibuk mengambil barang yang ada di dalam bonet itu.
"Sara , tak boleh pergi bilik atas. Kamu itu baru bersalin . Jadi , ibu dah sediakan bilik di bawah ini. Buat masa ini sampai kamu habis berpantang , kamu duduk bawah je ye " kata ibunya
Qaisara hanya mengangguk tanpa membantah.
Hanif membantu Qaisara berjalan hingga ke bilik . Ibunya hanya mengikut dari belakang sahaja.
"Kamu rehat dulu dalam bilik ini. Jangan gatal nak pergi tolong ibu . Duduk sahaja faham tak Sara?" Kata ibunya.
Qaisara tergelak dengan apa yang ibunya katakan. Namun, dia mengangguk.
Ibu dan Hanif keluar dari bilik itu.
Qaisara membaringkan Afeeya di atas katil itu. Dia mencium dahi Afeeya dan mengusap pipi itu.
Tiba-tiba Aayan masuk ke dalam bilik itu. Qaisara memandang ke arah pintu bilik . Aayan tersenyum dan masuk ke dalam bilik itu dan dia meletakkan beg itu .
"Terima kasih, Aayan " ucap Qaisara
Aayan duduk di pinggir katil itu.
"Most welcome, honey " kata Aayan
Qaisara geli hati mendengar perkataan "honey" itu . Namun, dia menyukai panggilan itu.
"Awak baring la dulu Aayan . Sejak saya bersalin hari itu , awak mesti tak cukup tidur kan?" Kata Qaisara
Aayan lantas bangkit dan baring di sebelah Afeeya itu . Kedudukannya kini anak mereka berada di tengah -tengah.
Qaisara memandang Aayan yang memejamkan matanya. Dia tersenyum kecil.
Ini adalah salah satu memori yang perlu dia simpan dalam fikirannya .
Dan ....
Akan....
Selalu..
Ada...
Dalam..
Fikirannya..
YOU ARE READING
Luka Yang Kurindu
RomanceAAYAN FARHAN X QAISARA AMANI Mereka merupakan sahabat dari bangku sekolah lagi . AAYAN FARHAN - Aku suka akan Ariana. Aku betul-betul nak jadikan dia satu-satunya buat aku . Kau tolong aku pikat Ariana ye? QAISARA AMANI - Dia terluka . Lelaki yang...