"Tengok diorang kahwin kan, buat aku jealous pula tapi tak apalah asalkan mereka bahagia hmm...." luah Sunoo. Euntak memandang teman lelaki dengan pandangan pelik.
"Eh yang kau sendu kat sini buat apa bubu?"
"Yelah Heeseung hyung kahwin awal. Padahal kita belum lagi" sekali lagi Sunoo sendu. Euntak sekadar menggelengkan kepalanya.
Sekarang mereka berada di hospital. Bersama paderi dari gereja. Menyaksikan perkahwinan? Mungkin? Tak ada dress mahupun majlis untuk meraikan. Hanya sekadar menyaksikan ritual untuk mengesahkan Lee Heeseung dan Ahn Bomi sebagai suami isteri.
Selesai sahaja ritual itu, masing-masing mengucapkan terima kasih. Agak penuh lah juga bilik vip tu.
Lee Seojun, abang kepada Heeseung tak dapat hadir sebab banyak kes yang perlu diselesaikan. Katanya majlis sebenar yang dilakukan dia akan datang. Penting katanya.
Tuan Jeon terlebih dahulu menyerahkan kad jemputan kahwin Jeon Jungkook. Jungkook bersama tunangnya tersipu malu di situ manakala Jimin menatap tajam si Jungkook.
"Tahniah Bomi! Kalau Heeseung nakal kan awak boleh datang kepada saya!" Yura duduk disebelah Bomi. Bomi cuba untuk memberikan senyuman padanya.
"Terima kasih.....Yura"
Yura yang mendengarnya tersenyum gembira.
"Wah....Wonwoo saya nak pun nak kahwin jugalah hehehh" Yura tersenyum nakal.
"Kau nak kahwin? Esok pun boleh jap aku panggil appa. APPA-"
Kepala Wonwoo selamat diketuk oleh Tuan Jeon.
"Kau jangan mengarut. Appa dari tadi dengar dekat belakang kau ni" Tuan Jeon memberikan senyuman yang hanya keluarga Jeon sahaja yang tahu.
Euntak dan Jungkook awal-awal lagi sudah melepaskan ketawanya. Bahagia tengok adik-beradiknya kena smack dengan Tuan Jeon. Jungkook cakap bukan selalu.
Heeseung dan Bomi pula sedang menghadap Puan Lee. Yang lain sudahpun keluar pergi makan di kedai makan terdekat. Paderi tadi pun sudah pulang.
"Heeseung, Bomi, omma nak cakap sikit" Puan Lee mengenggam lembut tangan mereka.
Masing-masing memandang Puan Lee.
"Ya omma ada apa?" Puan Lee mula menghembus nafas
"Sekarang kamu berdua telah sah menjadi suami isteri. Kamu tahu banyak lagi cabaran yang perlu kamu berdua hadapi nanti pada masa hadapan"
"Seketika dulu ketika omma kahwin dengan mendiang appa dulu-"
"Tapi adik tak buat majlis pun"
Tangan Heeseung ditepuk kasar oleh Puan Lee.
"Pft-" Bomi melihat situasi tersebut yang menggeli hatinya
"Dengar dulu lah. Ish perangai kamu ni sama betul dengan dia."
"Yelah yelah" Heeseung tersengih, bergurau.
"Masa dulu ketika omma kahwin dengan mendiang appa, kami pernah dipesan oleh halmeoni dan harabeoji kamu. Apa apa sahaja yang berlaku, percayakan pasangan kamu. Ketika susah senang, gembira sedih walau apapun yang terjadi setia disisi mereka dan sokong mereka. Kerana waktu itu hanya kita sahaja yang dekat bersamanya."
"Kunci untuk kebahagiaan adalah percaya antara satu sama lain. Jangan sesekali simpan rahsia. Bertolak ansur selalu." pesan Puan Lee dengan tegas tetapi dalam nada lembut.
"Baik omma" balas mereka berdua.
Mereka sekadar tersenyum.
"Omma keluar dulu. Nak makan. Time macam nilah selera makan naik. Kamu discharge esok ye, Bomi?" soal Puan Lee. Bomi sekadar mengangguk.
"Heeseung jaga dia buat sementara ni dan Bomi buat masa sekarang ni awak boleh stay dengan saya atau omma" senyum Heeseung.
"Yelah omma keluar dulu. Jangan lupa makan tau,"
Heeseung dan Bomi hanya mengangguk
"Habis bagaimana dengan 3 minggu tu?"
"Ouh yang itu abang saya dapat usahakan. Saudara-mara awak takkan dekati awak. Kini awak selamat, Bomi." senyum Heeseung lagi. Tangan Bomi digenggam dan dicium.
"Kan saya dah cakap yang saya akan lindungi awak" Heeseung mengusap rambut Bomi.
Bomi mengangguk dan dia menangis
"I'm happy for them"
Euntak yang mendengar dari pintu wad hanya tersenyum. Niat nak hantar makanan dibatalkan. Dia sekadar mesej Heeseung untuk ambil makanan di depan pintu tersebut.
YOU ARE READING
Love You : Kim Sunoo (EN-)
FanfictionA various love story in one series School life, romance, Kalau dah sayang aku takkan lepaskan sebab aku sayangkan dia, sangat... Love you Jeon Euntak - Kim Sunoo ©ENHYPEN FANFICTON SERIES KIM SUNOO Malay-english Tolong abaikan segala ke-typo-an y...