S1:52 - LEE HEESEUNG'S FLOWER 2 (AHN BOMI)

12 3 0
                                    

Aku Ahn Bomi. Nama aku merupakan nama yang diberikan oleh omma dan appa aku.

Umur aku 17 tahun. Menetap di Busan asalnya tetapi pindah ke jeju atas sebab tertentu. Aku mempunyai seorang adik tapi sayanganya dia terbunuh bersama dengan omma appa aku.

Appa aku merupakan pemilik syarikat teknologi sains dimana semua peralatan elektrik dipasarkan ke seluruh korea.

Tapi sayangnya, disebabkan itu ramai yang ingin membunuhnya. Ahn Yeorung, itu nama appa aku dan omma aku, Seo Jihwa. Adik perempuan aku, Ahn Somin.

Keluarga aku terlibat dalam pembunuhan ketika aku berumur 14 tahun dan aku sempat dilarikan oleh pembantu omma aku. Tapi malang ketika itu, adik aku tidak sempat diselamatkan dan dia di bunuh dengan kejam.

Sejak dari itu ramai saudara-mara aku datang berebut ingin mengambil aku kerana harta. Ketika waktu itu aku gembira ketika salah seorang daripada mereka ingin menjaga ku dengan baik tapi aku silap, mereka melayani aku teruk. Sangat teruk. Sebab itulah aku tinggal di pulau jeju mengharapkan kebahagiaan aku sendiri.

Aku taknak kekayaan, aku cuma nakkan hak aku kembali. Aku ingin mengambil semula kepunyaan keluarga aku. Aku rindu suasana dulu....

Aku tak lepas lagi daripada mereka. Ketika mereka dapat mengesan keberadaan aku, mereka seksa aku sekali lagi. Kalini mereka menginap di jeju sehinggalah umur aku 17 tahun. Umur di mana appa meletakkan wasiat hartanya kepada aku.

Seminggu selepas hari jadi aku, aku melarikan diri. Aku terpaksa tukar sekolah buat kali ke 3. Aku hidup dengan cara sederhana. Cari kerja sendiri, sewa rumah sendiri dan yang berkaitannya aku tanggung sendiri.

Tak dinafikan aku turut di ganggu disana. Disebabkan rupa paras aku, aku sering diganggu kerana mereka cemburu akan rupa muka aku.

Melihat kembali, aku tersenyum bangga kerana muka aku ni lah merupakan genetik omma dan appa aku.

Balik sahaja dari sekolah ketika aku berjalan, tiba-tiba sahaja aku ditarik seseorang. Mereka mengoyakkan baju aku pada bahagian bahu. Hendak menjerit aku tidak larat. Waktu sahaja aku ingin memejamkan mata ketika itu mendengar suaranya buat kali pertama.

"Woi! Kau buat apa tu?!!"

Disitulah kali pertama aku bertemu orang sebaik dia.

"Hey kau boleh tahan? Masih sakit?"

Suara prihatin darinya terhadap aku.

"Bomi....nama aku Lee Heeseung"

"Aku jaga kau boleh?"

"Kita kahwin nak? Aku akan pastikan aku jaga kau betul-betul. Pindah di sekolah aku dan kau akan berjumpa dengan rakan baru."

Bolehkah aku capai kebahagiaan yang baru?

Boleh aku jumpa dunia yang sebenar yang ada kebahagian juga? Walaupun ada kekejaman sekali?

Boleh aku berhajat seperti dulu?

Kenapa dia nak bantu aku?

Aku keliru...patutkah aku percayakan dia...?

"Aku janji. Aku jaga kau betul-betul dan aku tak akan bagi sesiapapun untuk sentuh kau. Walaupun sekecil tinta hitam"

Kalau begitu saya percayakan awak, Lee Heeseung.

Love You : Kim Sunoo (EN-)Where stories live. Discover now