S1:50 - HIS DRASTIC DECISIONS, MARRIAGE! (I'LL PROTECT YOU)

16 4 0
                                    

Sampai di hospital Heeseunglah yang menguruskan segalanya. Dari segi pemakaian gadis itu dia menyerahkan kepada Chaeryoung dan Yura. Ellese hanya memerhati sahaja.

Tak lama kemudian Euntak dan Sunoo tiba di hospital setelah di ambil oleh Jay.

"My gosh! Heeseung teruknya keadaan dia?" Euntak terkejut. Segera dia pergi ke arah gadis itu.

Tanpa apa-apa Euntak terus memeluk dia, dan dia menangis di dalam pelukan Euntak.

"To-tolong saya....." kata dia merayu. Euntak perlahan-lahan menggosok belakangnya.

"Shh....shh....kami tolong. Apa nama awak?" perlahan Euntak bertanya.

Beberapa minit setelah dia bertenang barulah dia memberi tahu namanya.

"Ahn Bomi....." jawabnya.

"Umur?"

"17 tahun"

"Awak sebaya kamilah" Ellese berkata dengan gembira. Yura dan Euntak hanya tersenyum. Begitu juga dengan Chaeryoung

"Dah dah Bomi bertenang dulu. Nanti saya dengan kawan-kawan saya tolong awak tau" pujuk Euntak. Dia mengangguk faham.

"Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada lelaki yang bantu awak tu" perlahan-lahan mata Bomi melihat Heeseung yang berada di hujung bucu katil hospital.

Dia memandang Heeseung dengan terketar-ketar. "Terima kasih...."

"Sama-sama" balas Heeseung dengan lembut. Terus Bomi menutup matanya.

"Bomi saya nak tanya" dengan berhati-hati Yura bertanya. "Mana keluarga awak?"

Mendengar sahaja itu Bomi menangis.

Dia menggelengkan kepala. "Mereka sudah tiada. Saudara-mara yang jaga saya mereka pukul saya. Sakit. Saya taknak tinggal di sana." dalam keadaan takut dia memegang kepalanya.

Laju Euntak memeluknya kembali.

"Heeseung macam mana ni?" soal Jay.

Heeseung yang tengah berfikir hanya diam sahaja. Secara tiba-tiba dia berjalan ke arah Bomi lalu melutut dihadapannya.

'Aku rasa ini keputusan paling drastik yang pernah aku buat' Heeseung berkata dalam hati.

"Bomi....nama aku Lee Heeseung" dia diam. "Kau nak keluar dari sini?"

Dia angguk

"Kau nak merasa keadaan dunia luar yang sebenar?"

Dia angguk

"Kau nak keluarga baru? Yang boleh jaga kau?"

Dia angguk. Sesaat kemudian dia diam. "Saya takut...."

"Aku jaga kau boleh?"

"HAH?!" semua yang ada dalam bilik tersebut terkejut.

Bomi diam

"Aku janji. Aku jaga kau betul-betul dan aku tak akan bagi sesiapapun untuk sentuh kau. Walaupun sekecil tinta hitam"

Apabila yang lain mendengar ayat tersebut, Heeseung menghiraukan mereka. Telinganya pun sudah memerah.

"Kita kahwin nak? Aku akan pastikan aku jaga kau betul-betul. Pindah di sekolah aku dan kau akan berjumpa dengan rakan baru." Bomi memandangnya dengan sinaran harapan.

"Awak nanti boleh jumpa kami semua" sengih Chaeryoung sambil tunjuk peace.

Perlahan-lahan Bomi tersenyum. Kemudian dia memandang Heeseung.

"Kahwin??? Awak dengan saya?" soalnya takut-takut.

Heeseung mengangguk serius.

Sunoo terlebih dahulu mencengkam bahu Sunghoon dan mengoncang badan anak kepada keluarga Park tersebut.

"Tak perlu majlis besar-besaran hanya sekadar isi borang pendaftaran perkahwinan dan majlis yang menjemput keluarga terdekat." katanya.

Bomi mengangguk dengan setuju. Sekurang-kurangnya dia bebas dari sini.

"Tapi...." Heeseung memandang sedih. "Kau boleh bertahan untuk 3 minggu ni? Aku akan uruskan kes penderaan kau dan saudara mara kau yang terlibat. Lepastu aku akan bawa kau pergi dari sini." Heeseung menggengam tangan Bomi.

Bomi mengangguk sambil menangis. "Kalau ini merupakan seksaan yang terakhir saya akan bertahan untuk diri saya dan untuk awak...." Heeseung menarik nafas lega.

Perlahan dia memeluk Bomi. Ucapan kata-kata semangat diberikan kepadanya.

Di dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu betapa risau dan takutnya Heeseung jika perancangan yang dilakukan akan gagal.

Segera dia menelefon abangnya yang bekerja di firma guaman sendiri.

"Hello??"

"Hello. Hyung boleh bantu aku uruskan satu kes ni tak?"

"Boleh je. Kes apa?"

"Kes untuk seorang gadis ni....macam ni ceritanya."

Setelah beberapa minit

"Yelah nanti aku bawa dia jumpa kau" Heeseung tersenyum gembira setelah mendapat persetujuan dari abangnya.

"Macam mana? Dapat?" soal Jungwon. Heeseung menunjukkan good sign.

"Nanti apa-apa hal call aku. Aku boleh minta sepupu aku carikan kes kes yang tak ada tu?" support Jake. Heeseung sekadar mengucapkan terima kasih.

Mereka semua berbual sehinggalah tamat waktu melawat.

Love You : Kim Sunoo (EN-)Where stories live. Discover now