S1:54 - WOAH...SO JEALOUS

11 3 0
                                    

"Ehh ice prince? Awalnya. Ingatkan pukul 11 atau 12 tengahari macam tu awak nak jemput. Sekarang baru pukul 9 pagi." Sunghoon turun dari kereta dengan tersenyum gembira.

Tangan Haenim di ambil lalu dia diciumnya.

"Sunghoon!" terkejut Haenim apabila diperlakukan sebegitu.

Ramai kawan sekolahnya yang melihat hanya cemburu dan terpegun melihat pasangan kekasih tersebut. Sesetengahnya ada yang menjerit dengan kelakuan Sunghoon terhadap Haenim.

"Cikgu kau dah tahu, honey bear?"

"Dah!" happy sahaja dia jawab. Sunghoon tersenyum.

Dia mencium dahi Haenim.

"Sunghoon...ramailah tengok..." Haenim mula tutup mukanya.

"Biarlah...aku rindu kau kot. Oh ya, malam ni Heeseung kahwin. Kat hospital." Sunghoon berkata dengan muka sedih

"Ehh...kenapa awak yang sedih pula?" keningnya mengerut.

"Lah sebab dia kahwin dulu daripada aku. Hmm...."

Terus Haenim menepuk lengan Sunghoon.

"Dah tak payah mengada. Jom. Tengok mereka dah tunggu dia." terus Haenim menarik tangan Sunghoon dan mereka menuju ke kereta.

"Woah so jealous....nak boyfriend juga uwaa...." kata salah seorang kawan Haenim.

"Hmm aku pun. Tak pelah kita cari sama sama 😔" balas salah satunya.

"Hmm marilah"

----------

"Omma!" gembira Heeseung menyambut Puan Lee di luar hospital.

Kini dia hanya bersama Jungwon dan Euntak untuk menemani Bomi.

Kes penderaan dan perampasan harta sedang diuruskan oleh abang Heeseung.

"Jadi mana perempuan yang bernama Ahn Bomi tu?" soal Puan Lee teruja ingin melihat bakal menantunya.

Walaupun anak bongsunya kahwin awal, sekurang-kurangnya tak ada lah dia menunggu menantu daripada anak sulungnya tu.

"Ini dia omma" terus Puan Lee peluk Bomi.

"Ya tuhan, cantiknya dia...." Puan Lee memeluk kembali Bomi.

Bomi mula menangis

"Bomi...." Heeseung memandangnya.

Puan Lee turut memandang Bomi.

"Bomi, ahjumma ni omma kepada Heeseung."

"Selamat berkanalan puan" terus Bomi menunduk, hormat.

"Panggil omma pun tak apa, Bomi" senyum Puan Lee. Hatinya sayu melihat keadaan bakal menantunya. "Kamu betul ni nak kahwin dengan Heeseung?"

Bomi menangguk. "Iya, ahjumma"

"Panggil omma je, sayang" pujuk Puan Lee.

"Iya, omma..." sekali lagi Puan Lee tersenyum.

"Bagusnya kalau dapat anak perempuan. Cantik pula tu. Bukan macam anak teruna dua orang tu" Heeseung sekadar tersengih, garu kepalanya yang tidak gatal.

"Kamu bersedia? Malam ni akan bermula majlis kamu. Omma nak buat majlis untuk mengesahkan kamu dan Heeseung suami isteri" katanya lembut. Bomi mengangguk iya.

"Saya sedia....omma" tersenyum Puan Lee.

Euntak, Heeseung dan Jungwon hanya menyaksikan secara diam.

"Oh ni borang untuk mengesahkan kamu sebagai suami isteri. Tanda tangan nanti masa majlis yang ada paderi ye"

"Wah, awalnya omma ambil." terkejut Heeseung. Puan Lee tersenyum.

"Mestilah, tak sabar nak sambut menantu. Tak adalah omma seorang nanti dekat rumah"

"Ehh mana boleh. Bomi Heeseung punya"

Krik

Krik

Krik

Keadaan terus senyap.

"Emm...." terus merah muka Bomi. Puan Lee telah pun menyiku anaknya.

"Haih kamu ni kedekut benar." geleng kepala Puan Lee.

"Kedekut tak kedekut tetap Heeseung punya."

"Lee Heeseung!!!"

"Arkk! Ampun omma"

Mereka yang menyaksikan hanya ketawa.

Love You : Kim Sunoo (EN-)Where stories live. Discover now