Selepas dalam setengah jam menunggu, doktor yang merawat Euntak terus keluar.
"Kamu keluarga dia?" Sunoo mengangguk.
"Macam mana keadaan dia doktor?" soalnya lemah. Muka diraup kerana risau.
"Luka torehan pada betisnya dalam dan kakinya juga patah. Kami dah rawat luka tersebut dan beberapa jahitan diberikan. Kakinya juga turut disimen. Buat masa ni kami pindahkan dia dekat wad. Biarkan dia berehat dan kamu boleh melawat dia" jelas doktor tersebut. Sunoo sekadar mengangguk dan tak lupa ucapan terima kasih.
Dia berada di kaunter untuk mengisi borang berhenti sekejap apabila ada suara garau yang memanggilnya.
"Sunoo!"
"Jungkook hyung. Annyeonghaseyo, omma-nim, appa-nim." tak lupa sapa kepada Encik Jeon dan Puan Jeon.
"Euntak mana? Doktor cakap apa?" tanya Puan Jeon dengan risau. Jungkook tolong mengisi borang yang tergendala tadi.
"Euntak dekat wad, belum sedarkan diri. Ni pun saya baru nak isi borang. Doktor cakap kaki dia kena toreh dalam dan panjang. Itu yang dia kena beberapa jahitan. Lagi satu kaki dia patah sekali akibat jatuh tangga ditolak" kata Sunoo dengan rasa bersalah.
"Kalau saya ada dengan dia, semua ni takkan berlaku. Ni semua salah saya, omma appa hyung" Puan Jeon sekadar menangis. Jungkook memujuk ommanya. Encik Jeon sekadar mengeluh.
"Ni bukan salah kamu, nak. Kamu dah cuba yang terbaik untuk lindungi dia" kata Puan Jeon. Encik Jeon mengangguk setuju.
"Tapi-"
"Betul tu Sunoo. Ni bukan salah kamu" tutur Jungkook. Sunoo memandang dengan perasaan sedih. Air matanya ditahan.
"Omma dan appa pergilah lawat Euntak. Hyung pun" ujar Sunoo. "Dia perlukan keluarganya sekarang ni"
"Kamu tak masuk?" soal Encik Jeon. Sunoo menggeleng.
"Saya tunggu dekat sini je. Macam mana dengan sekolah?"
"Biasalah kecoh. Polis datang soal siasat esok. Kawan-kawan kamu appa bagi kebenaran untuk pulang. Mana yang nak stay, stay je" ujarnya Sunoo sekadar mengangguk. "Jangan lupa isi perut kamu, Sunoo" pesannya lagi sebelum Encik Jeon meloloskan diri ke dalam wad.
"Kamu tak nak balik, Sunoo?" soal Jungkook prihatin. Sunoo menggeleng. "Kalau kamu nak balik, hyung boleh hantarkan" sebuah senyuman diberikan.
"Tak apa lah hyung. Saya tunggu sampai dia sedar. Terima kasih sebab ambil berat"
"Yelah sama-sama" balasnya sambil menepuk-nepuk bahunya.
YOU ARE READING
Love You : Kim Sunoo (EN-)
FanficA various love story in one series School life, romance, Kalau dah sayang aku takkan lepaskan sebab aku sayangkan dia, sangat... Love you Jeon Euntak - Kim Sunoo ©ENHYPEN FANFICTON SERIES KIM SUNOO Malay-english Tolong abaikan segala ke-typo-an y...