S1:2 - LETTER FOR YURA

170 23 0
                                    

"Hoo hoo~Eun dah habis date ke?" sapa Yura ketika dia nampak Euntak dan Sunoo berjalan beriringan ke kelas.

"Sibuklah kau. Aku pergi dulu ea. Bye" Sunoo mengucup tangan Euntak yang dipegangnya. Sebuah senyuman dihadiahkan. Euntak tersenyum kembali.

"Hek eleh biarlah. Dah kau pergi sana. Aku nak ambil baby aku. Shuh shuh" jeling Yura kemudiannya dia menghalau Sunoo

Sunoo memberikan death glare sebelum pergi berjumpa dengan rakannya yang tunggu depan pintu kelas.

"Ha amacam tadi best tak stalk Wonwoo oppa?" tanya Euntak dengan nada mengusik. Yura sekadar menjeling dia.

"Eh kau jeling-jeling aku tak restu hubungan kau dengan oppa aku dah lepasni" Yura tersengih.

"Alaa Eun. Tapi tak mengapa. Ehh kau tahu?" Yura memulakan cerita

"Tak"

"Dengarlah bongok"

"Yelah. Ha apa dia?"

"Ada orang confess dekat aku tadi." Euntak terkejut. Wow siapa yang berani confess dekat sis Yura kita ni

"Tak sangka ada orang nakkan kau"

"Eun" katanya geram. Euntak ketawa

"Okay sambung. Ha kau terima ke?" Yura menggeleng

"Tak. Tapi time tu oppa kau tenung aku lain macam" Euntak memikir sesuatu.

"Hah ayok Yura. Mesti nanti dekat meja kau ada surat nanti." Yura dah gelabah.

"Weh bangang dia. Jom tengok"

"Tapi kalau Wonwoo oppa suka kau balikkan kiranya untung sikit tau. Kau dapat jadi Mrs Jeon Wonwoo" Yura dah tepuk dahi.

"Oii jangan travel. Dah jom masuk"

Masuk sahaja kelas Euntak dan Yura berjalan ke tempat mereka. Yura tersentak apabila dia ternampak surat dekat atas mejanya. Lantas dia ambil dan terus baca.

Bagaikan arus elektrik yang menyapa kulitnya Yura terus terkejut sakan.

Jumpa dekat stor sukan lama

-JWW-

"W-weh Eun. Meremang bodo bulu roma aku" Euntak yang membaca terus chuckle.

"Goodluck bestie"

"Anjim"

Ketika itu cikgu mereka masuk dan pembelajaran bermula seperti biasa.

Love You : Kim Sunoo (EN-)Where stories live. Discover now