S1:58 - JUNGWON'S FUTURE (HIS MIDNIGHT RAIN)

9 3 0
                                    

Hi semua. Nama aku Yang Jungwon. Oleh kerana semua dah ada pasangan aku pun mestilah nak juga. Bak kata punca dalam karangan bahasa korea tu pengaruh rakan sebaya. Aku pun mestilah ada yang aku crush tanpa aku sedar.

Masa umur aku 15 tahun, aku terminat seorang budak ni. Biasalah budak bawah kan. Umur dia 13 tahun masa tu. Aku ingat lagi yang masa aku tolong dia pasang note dekat papan kenyataan.

Pendek tu tak adalah pendek sangat. Paras dada aku kot ketinggian dia. Sebab waktu first time jumpa itulah ketinggian dia. Sekarang selalu nampak dari jauh je aku mana perasan tinggi dia paras mana je.

Nama dia pun cantik juga. Jang Yoorin. Dia satu kelab taekwondo dengan aku. Berborak adalah tapi pasal kelab je sebab aku presiden kelab tu dan dia pula ketua kumpulan.

Aku terfikir nak luahkan pada dia. Pada masa yang sama, aku takut dia menolak aku.

Jang Yoorin, kau tetap aku suka.

"Jungwon sunbae." tegur Yoorin padaku. Aku membalas kembali.

"Hi, Yoorin."

"Sunbae ada cari apa-apa ke? Dari tadi sunbae tengok dekat mat tu?" tanya dia. Aku diam lalu menggeleng.

"Tiada apalah."

"Baiklah kalau begitu-"

"Yoorin, awak ada masa?" tanya aku.

Yoorin melihat jam ditangannya.

"Ada. Kenapa sunbae?"

"Saya ada nak bercakap sesuatu, tapi sebelum tu boleh kita bercakap di taman?"

"Boleh. Penting sangat ke hal ini?"

Jungwon mengangguk laju. Ekspresi muka excited ditahan.

"Baiklah sunbae pergi dulu. Nanti saya menyusul."

"Uhm" balas Jungwoon dengan anggukan sekali.

Apabila Jungwon gerak, Yoorin terus terduduk di atas mat untuk landing.

"Wah ini kali pertama Jungwon sunbae ajak aku berborak secara privasi." Yoorin menekup mulutnya kerana dia masih terkejut dengan situasi yang berlaku.

"Aku sungguh tak sangka. Kalaulah apa yang aku sedang hadap bukan mimpi tolonglah jangan bangunkan aku" kata Yoorin. Segera dia menukar pakaian taekwondo dia kepada pakaian sukan untuk berjumpa dengan Jungwon.

Jungwon duduk sambil memegang dua air tin. Dia sedang memikirkan ayat yang hendak di beritahu kepada Yoorin.

"Maaf lambat, sunbae. Tadi saya susun mat kejap"

'Maaf kerana menipu sebab saya tengah kawal perasaan saya dan jantung saya dari tadi" ujar Yoorin dalam hati.

"Tak mengapa. Nah air, awak mesti hauskan?" Jungwon menyerahkan jus epal kepada Yoorin.

"Wah terima kasih, sunbae! Macam tahu-tahu je ni air kegemaran saya" kata Yoorin gembira.

"Memang saya pilih untuk awak pun" balas Jungwon tanpa sedar

Yoorin tersedak.

"Uhuk uhuk!"

"Eh Yoorin awak okey tak?!" Jungwon gelabah disebelahnya.

Mana tak gelabah pujaan hatinya tersedak.

Yoorin mengangguk menandakan dia okey.

Mereka diam dalam beberapa saat sebelum Jungwon memulakan bicaranya.

"Yoorin saya sebenarnya....." Yoorin memandang muka Jungwon yang sedang kemerahan.

"Sukakan awak," kata Jungwon.

Yoorin terdiam. Tak tahu hendak balas apa.

"Jungwon sunbae, saya rasa sunbae salah cakap ni. Saya pergi dulu ye" Yoorin berpura-pura untuk pergi. Terlebih dahulu Jungwon menahan dia.

"Tolong jangan pergi sebab ini mungkin kali pertama dan kali terakhir saya katakan ini kepada awak, Yoorin" Jungwon berkata perlahan.

'Saya pun suka sunbae.' hatinya membalas tetapi mulutnya berkata lain.

"Saya tak....," suaranya hampir serak basah.

"Kenapa tidak?" lirih suara Jungwon. Hatinya sedih. Perasaanya ditolak.

"Saya tak tahu, sunbae. Sama ada saya patut terima atau tidak? Saya sendiri takut." balas Yoorin.

Hatinya pernah berkecai kerana dia ditolak ketika parti hari jadi kawannya. Dia tidak mahu dimalukan lagi. Dia takut untuk menerima. Dia takut jika sesiapa tidak menyukainya lagi. Dia hanya hidup sederhana sahaja bersama-sama keluarganya.

"Yoorin, lihat saya." Yoorin memandang Jungwon yang ingin menangis.

"Eh s-sunbae?? Kenapa sunbae nak menangis pula ni?" Ah sudah Yoorin gelabah.

Tangan yang di tarik oleh Jungwon dilepaskan. Dia mengusap kepala Jungwon.

"Saya takut awak tak terima saya Yoorin. Kalau awak tak terima saya, bagaimana saya nak lalui hidup saya kalau awak sentiasa berada di depan saya?"

Yoorin terasa. Bagaimana pula dengan dia? Dia juga akan merasakan hal yang sama. Jungwon seperti matahari buatnya manakala dia seperti pokok yang sentiasa memerlukan cahaya untuk tumbuh dengan sihat.

"You're my future, Yoorin. Future." jelas Jungwon. Kedua-dua belah tangannya di genggam erat oleh Jungwon. Malah Jungwon mengucup tangan tersebut.

"Saya sukakan awak, juga...." tunduk Yoorin. Malu dengan kelakuan manis Jungwon.

"Yoorin, future. Pandang saya." Yoorin memandang Jungwon yang sedang tersenyum manis buatnya.

"Saya akan lakukan apa-apa sahaja untuk awak, Yoorin" kata Jungwon. Serius.

"Walaupun ianya terlarang?"

Jungwon mengangguk.

"Awak gila." Jungwon ketawa.

"Tak, future. Ianya bukan gila selagi bukan untuk future aku seorang ni." Jungwon mengusutkan bang milik Yoorin.

"Jungwon..."

"Yes, future?"

"Jaga saya sebaiknya." pintanya sambil menunduk hormat.

"Hihihi, boleh future. Untuk bayaran tetap disisi saya ye, boleh?" Yoorin mengangguk.

Jungwon menyerahkan cincin bunga yang dibuatnya.

"Saya buat ni sambil fikirkan awak, future." ujar Jungwon dengan manis. Yoorin tersenyum.

"Terima kasih, Jungwon sunbae"

"Sama-sama ye, future." sekali lagi bang miliknya dikusutkan.

Mereka ketawa bersama-sama.

'Tuhan, tolong kekalkan perjalanan kami yang hendak bermula pada saat ini. Sungguh aku mencintainya.' Jungwon berdoa dalam hati.

"Jungwon sunbae, kenapa tutup mata?" soal Yoorin. Pada pandangan Jungwon, Yoorin sentiasa comel.

"Berdoa, future. Saya harap kita dapat bersama." balas Jungwon. Senyuman manis diberikan.

Yoorin mengangguk.

"Future," Jungwon memanggil Yoorin. Walaupun dia tidak biasa dengan panggilan Jungwon terhadapnya, dia tetap suka apabila Jungwon memanggilnya sebegitu. Kerana Yoorin merasakan dirinya dihargai Jungwon.

Pada Jungwon nickname yang diberi pula sangat istimewa dan bermakna buat dirinya. Tanpa Yoorin siapalah masa depannya.

"Ye, Jungwon sunbae?"

"I love you. I love you so much. Saya cintakan awak, future." ujar Jungwon dengan penuh romantik.

"Saya pun...., Jungwon sunbae." Jungwon tersenyum. Dia tahu Yoorin masih lagi malu bersamanya. Begitu juga dengan Jungwon. Tetapi apakan daya, Jungwon kena tahan dan act manly di hadapan kesayangannya.

Mungkin akan ada dimana Jungwon akan menunjukkan kelemahan dirinya.

Begitu juga sisi lain Jungwon.

Jang Yoorin, Jungwon's future also his midnight rain.

Love You : Kim Sunoo (EN-)Where stories live. Discover now