S1:47 - NOW, WE ARE AT JEJU ISLAND!

12 4 0
                                    

"Baiklah semua. Sila berkumpul sebentar sebab cikgu nak ambil kedatangan kamu. Karang nanti pergi 50 orang baliknya 40 orang." kata Cikgu Lee dan ke semua pelajar yang mengikuti lawatan tersebut berasa teruja sama sekali.

Aku dan Yura awal-awal lagi dah simpan beg dekat kereta Jay. Kecuali beg makanan ringan yang aku bawa.

"Baiklah. Semua dah boleh naik bas. Yang drive sendiri pastikan ikut bas di belakang ye" pesan Cikgu Lee. Kami semua hanya mengangguk.

Aku, Yura, Chaeryoung dan yang lain sudah ambil tempat di belakang sekali. Aku duduk di kanan tingkap dan disebelah kiri aku ada Sunoo, turut diikuti oleh Jake, Chaeryoung dan Yura.

Sunghoon, Jay, Wonwoo, Ellese, Heeseung dan Jungwon telah berada di dalam kereta bersama Jay sendiri. Untung Jay bawa kereta besar sikit. Tapi katanya nak sewa van lah dekat sana sebab seat tak cukup nak muatkan kami seramai dua belas orang.

Tapi Jungkook oppa kata boleh pinjam kereta dia. Cuma Wonwoo jelah yang boleh drive.

Setelah beberapa jam perjalanan kami akhirnya kami sampai di salah satu hotel yang telah dibayarkan oleh appa aku sendiri.

Tapi aku guna blackcard Sunoo lah untuk bilik besar. Yelah sebab kami berempat tinggal dalam satu bilik yang sama.

Masuk je bilik semua macam beruk baru lepas keluar hutan. Beg kami susun.

Selesai sahaja semua tu, kami semua turun dan berkumpul di lobi hotel seperti yang di arahkan oleh cikgu kami.

"("Okey memandangkan semua dah berkumpul. Saya beri kebenaran untuk kamu bebas" kesemua pelajar bersorak gembira termasuklah aku sendiri.

"Tapi jaga diri kamu baik-baik jangan nak masuk campur urusan yang tidak sepatutnya atau saya sendiri akan hantar kamu balik" pesannya lagi.

"BAIK CIKGU" balas mereka semua dengan patuh. Aku pun ingin kembali ke bilik di mana kami duduk.

Aku mengantuk wey nak tidur.

"Ada siapa-siapa nak masuk bilik?" soal aku.

Mereka semua menggelengkan kepala.

"Kalau tak ada, kad bilik aku pegang tau. Kunci spare nanti pass dekat Sunoo kalau dia cari aku" kata aku dalam keadaan mengantuk nak mampus.

"Dik aku teman kaulah. Aku sebagai abang kenalah jaga adik dia" kata Wonwoo.

Aku menguap. "Yelah terima kasih."

Wonwoo oppa dan Yura temankan aku ke bilik aku. Lepastu mereka pergi. Pintu di kunci. Air-cond dibuka dan aku pun nyenyak dalam mimpi.

"Mana Euntak?" soal Sunoo ketika dia mencari kesayangannya.

"Bilik sambung tidur. Ni kunci spare dia suruh aku bagi dekat kau kalau kau cari dia." Chaeryoung menyerahkan kunci tersebut kepada Sunoo.

"Emm yelah terima kasih. Card aku masih dekat dia ea?" Chaeryoung mengangguk. "Aku pergi dululah. Nak jumpa dia"

"Pergilah....pastikan kau jaga dia tau" Sunoo mengangguk faham.

Maka yang lain pun pergi berseronok.

Love You : Kim Sunoo (EN-)Where stories live. Discover now