S1:51 - I WANT TO GIVE NEW WORLD TO HER

16 4 0
                                    

Calling Omma tersayang❤....

"Hello omma. Ni adik" sapa Heeseung kepada Puan Lee.

"Adik rupanya. Adik nak apa?" soal Puan Lee.

Heeseung di hujung telefon menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia berfikir banyak kali untuk berkata kepada omma kesayangannya.

"Omma....adik nak request satu je. Omma jangan marah tau," Heeseung menelan liur, pahit.

"Yelah, cakap jelah apa yang kamu nak" kata Puan Lee, bersahaja.

"Adik nak kahwin...." kata Heeseung dalam satu nafas.

Puan Lee sekadar tersenyum lembut. Tidak marah

"Dengan siapa? Adakah ianya dengan gadis yang di beritahu oleh Seojun?" Heeseung terkejut, kemudian mengangguk.

"Iye omma....adik- adik cuma nak jaga dia omma. Untuk kali pertama adik merayu omma....adik minta maaf jika ianya buat omma terasa...." perlahan suaranya memohon.

Puan Lee menghela nafas. "Omma izinkan, pastikan kamu jaga dia. Faham?" pesan Puan Lee lembut.

"Baik"

"Bila kamu ingin lakukan?" soal Puan Lee ingin tahu

"Esok boleh tak omma? Adik tak sanggup nak tinggalkan dia selama adik nak siasat kes dia" tambah Heeseung. Puan Lee sekadar setuju.

"Bincang dengan dia dulu. Jika dia setuju lakukan" katanya. Heeseung faham.

"Tapi adik buat dekat hospital je lah omma. Jemput paderi sahaja untuk mengesahkan status kami"

Heeseung berkata sambil memandang langit yang gelap. Kawan-kawannya sekadar memerhati dia yang berada di balkoni.

"Esok omma ke sana. Kamu sekadar isi borang je kan dekat pejabat pendaftaran?"

"Ye itu sahaja dengan pengesahan kami. Nanti waktu bila selesai semua sahaja ni baru buat majlis. Sekadar jemput kenalan dan saudara mara sahaja." kata Heeseung lagi.

Sambil itu dia memikirkan bajet. "Yang lain adik uruskan semua sendiri. Omma bantu apa yang perlu je" gelabah suara Heeseung.

Awal-awal lagi Heeseung telah tolak. Takut jika Puan Lee mengeluarkan bajet miliknya secara berlebihan.

Puan Lee ketawa kecil mengingatkan gelagat anak bongsunya.

"Iyelah, sayang. Nanti lepas kamu jadi suami dia jaga dia elok-elok. Jalankan tanggungjawab kamu dengan baik. Temani dia jika dia berseorangan sebab omma tahu dia perlukan seseorang untuk berada disisinya serta menyokongnya" air mata Puan Lee jatuh.

Heeseung yang mendengar hanya sekadar faham dan hadamkan apa yang dikatakan oleh Puan Lee sendiri.

Heeseung sendiri tahu bagaimana perasaan ketika memerlukan seseorang.

Setelah Encik Lee meninggal 4 tahun lepas ibunya keseorangan. Mahukan teman yang berada disisinya hingga akhir hayat. Tapi apakan daya, tuhan terlebih dahulu mengambil suami Puan Lee.

"I want to give her new world. The world that she desire. A happiness without limit" Heeseung berharap sambil berdoa dalam hati agar semua urusan akan berlancar dengan baik.

Love You : Kim Sunoo (EN-)Where stories live. Discover now