Pulang sahaja omma appa Euntak. Sunoo masuk ke dalam wad. Pintu dibuka perlahan-lahan dan ditutup dengan perlahan. Hatinya berasa sakit melihat keadaan kekasihnya dalam keadaan begitu. Tangan Euntak digenggam dan sebuah kucupan dihadiahkan pada tangannya.
"Bangunlah honey. Kau tak penat ke asyik tidur. Aku nak juga dengar suara kau. Maafkan aku sebab tak dapat nak lindungi kau tadi. Maafkan aku sebab terlambat" sayu sahaja suaranya. Dengan baju sekolah yang masih tersarung dia melentokkan kepalanya disisi katil. Matanya memberat dan dia tidur sambil memegang tangan Euntak.
If I come early, you won't get hurt like this. I'm sorry.
Petang itu wad yang didiami oleh Euntak dipenuhi oleh rakan-rakannya.
Yura, Chaeryoung, Ellese, Haenim dan juga geng Sunoo.Euntak diberikan cuti selama sebulan oleh doktor. Jadi kawan-kawannya sentiasa mengajar subjek matapelajaran yang dipelajari oleh disekolah.
Sunoo dia pulang ke rumah untuk menukar pakaiannya.
"Apa jadi dekat Jiae tu?" soal Euntak ketika dia di bantu oleh Yura untuk bersandar.
"Kena soal siasat. Tak silap aku appa kau nak buang dia dari sekolah" jelas Chaeryoung. Mereka sekadar mengangguk.
"Kau rehatlah Eun. Korang aku nak pergi beli makanan ni. Nak apa-apa tak?" terdapat beberapa orang sahaja dalam wad. Heeseung, Niki dan Jungwon telah pulang. Jake dekat dalam tandas.
Ellese ikut menemani Yura membeli makanan. Manakala yang lain keluar dari bilik wad untuk mengambil angin.
YOU ARE READING
Love You : Kim Sunoo (EN-)
Fiksi PenggemarA various love story in one series School life, romance, Kalau dah sayang aku takkan lepaskan sebab aku sayangkan dia, sangat... Love you Jeon Euntak - Kim Sunoo ©ENHYPEN FANFICTON SERIES KIM SUNOO Malay-english Tolong abaikan segala ke-typo-an y...