S1:37 - JEON JUNGKOOK'S FLOWER

44 9 2
                                    

Jungkook time

Heh dapat pun story pasal aku. Hmm satu page pun tak apalah asalkan ada. Ye lah balik-balik story pasal diorang je, aku pun nak juga *pout*

Hmm aku tengok-tengok kan masing-masing dah ada partner. Aku bukannya tak ada cuma dia belum tahu.

Jimin dia dah ada. Semua orang tahu. Dah bertunang dah pun. Mungkin tahun depan diorang kahwin. Oh lupa tunang dia kawan dia lah, Yoon Sooyeon. Kenal Yoon Jeonghan yang kawan Womwoo tu? Haa dia kakak kepada Jeonghan lah. Lawa sehh. Kau bayangkan Jeonghan versi perempuan. Haa macam tu lah.

Aku sekarang tengah memerhatikan si dia. Siapa? Dia Park Jiyeon. Gadis biasa yang pemalu dan dia selalu buat aku geli hati dengan kelakuan clumsy dia.

Dia cantik. Sangat cantik pada pandangan aku. Mata coklat miliknya buat aku selalu terpukau setiap kali aku melihatnya.

Dialah yang selalu cuba menarik perhatian aku. Teringat waktu zaman sekolah menengah. Dia selalu letak banana milk dalam loker aku.

Ah indahnya pada waktu itu. Walaupun aku tipu dia yang aku buang susu tu tapi sebenarnya aku minum. Bekal makanan yang diberikan setiap kali waktu rehat aku makan habis dan aku tipu dia aku bagi Jimin makan.

Jahatkan aku? Tapi aku bodoh waktu tu. Ego menguasai aku ketika itu.

Aku sakitkan dia tapi aku rawat dia kembali.

Ketika dia menjauh dariku, aku berasa marah dan takut pada masa yang sama.

Habis sekolah kami berpisah dan kami bertemu kembali di universiti yang sama.

Aku masih berharap yang dia akan berikan aku susu dan bekal makanan seperti selalu. Tapi tidak.

Bila pandangan kami bertaut dia melarikan diri dari aku.

Setiap kali berjumpa dia pasti akan mengelak. Sampai satu hari aku tegur dia.

Sebab aku rindukan dia.

Sedang aku memerhatikan dia tengah membaca buku, aku terus mendapatkan dia dan bawa dia ke sudut privasi tempat aku selalu membaca.

Dia meronta-ronta untuk dilepaskan. Sampai sahaja di tempat tersebut Jungkook melepaskannya secara kasar lalu memeluknya dengan erat.

Jiyeon yang berasa dirinya di peluk terkejut dengan kelakuan Jungkook.

"Y-yah Jungkook-ah"

Jungkook terus lepaskan pelukan tersebut dan memandang Jiyeon dengan tatapan rindunya. Jiyeon membalas dan menundukkan kepalanya kerana berasa malu.

"Aku rindukan kau. Kenapa kau mengelak daripada aku?" Jiyeon terus mengangkat kepalanya memandang Jungkook.

"A-awak rindu saya, Jungkook." Jungkook mengangguk.

"Kenapa kau asyik mengelak daripada aku?"

"Sebab itu keputusan saya. Saya penat kejar awak sedangkan awak bukannya balas semua tu. Susu yang saya bagi tu awak kata awak buang. Bekal makanan yang saya bagi awak kata Jimin makan. S-saya hiks penat tahu hiks" dia menangis. Jungkook terus memeluk dia. Sambil mengusap-usap kepalanya

"Maafkan aku sebab tipu kau. Aku ego. Sedangkan semua yang kau bagi aku guna. Makanan yang dibagi pun aku makan. Maafkan aku, sayang" Jiyeon sekadar menangis tersedu-sedu sambil memukul dada Jungkook.

"Jiyeon pandang aku. Tengok mata aku" Jiyeon memandangnya. Air matanya dikesat perlahan oleh Jungkook. Sungguh dia masih mencintai lelaki yang bernama Jeon Jungkook. Dia terlalu rindukan lelaki kacak tersebut sehingga dia menangis dihadapannya.

"S-saya rindukan awak Jungkook. Malah perasaan saya pada awak tak pernah hilang langsung. Sakit Jungkook sakit" katanya dengan suara yang serak.

"Aku tahu kata-kata maaf aku takkan pernah cukup. Cukuplah aku pendam perasaan ni dari zaman kita pelajar sekolah menengah. Sakit dan pedih rasanya bila aku pendam. Tiap malam aku seru nama kau untuk dekat pada ku. Tiap malam aku berdoa agar aku dapat bertemu dengan kau walaupun dalam mimpi. Dengarkan kata hati aku Jiyeon."

Jungkook mengambil tangan milik gadis tersebut dan dilekapkan pada dadanya. Dapat Jiyeon rasa betapa lajunya detak jantung milik seorang Jeon Jungkook.

"Kau dapat rasanya. Ianya hanya milik kau. Hanya kau sahaja yang dapat buat aku tak tentu arah"

"언제쯤일까 다시 그댈 마주한다면
눈을 보고 말할래요 보고 싶었어요"

Eonjaejjumilkka dasi geudael majuhandamyeon nuneul bogo malhallaeyo bogo sipeoseoyo

When will it be when I see you face to face I'll look you in the eye and say I missed you

"Jiyeon, kau sudi tak nak jadikan aku sebagai kekasih hati kau yang ingin merawat luka kau dengan cinta dan sayang darinya?" soal Jungkook sambil memandang Jiyeon dengan penuh rasa sayang. Jiyeon yang terpegun dengan kata-kata Jungkook tadi terus mengangguk setuju dengan gembira.

Jungkook terus menariknya ke dalam pelukan. Dahinya dicium berkali-kali oleh Jungkook.

"Tolong jangan mengelak lagi daripada aku, sayang"

"S-sayang?"

"Ye sayang."

"Jungkook awak-" dan bibirnya terus dipagut mesra oleh Jungkook.

"Saranghae, Park Jiyeon" kata Jungkook sambil tersenyum.

"N-nado saranghae, Jeon Jungkook" air matanya mengalir.

"Hey hey kenapa menangis ni. Aku ada buat salah ke?" Jiyeon menggeleng.

"Tak awak tak buat salah Jungkook. Saya cuma gembira. Maaf sebab buat awak risau" katanya sambil tersenyum.

"Tak sayang. Shh.....everything is okay"

Kini dia dah menjadi milikku. Aku berjanji ke atas diri ku yang aku takkan biarkan sesiapa sakitinya. Sesiapa yang buat dia, sini jumpa aku. Sebab aku sedaya upaya untuk menjaga dia dengan sayang tanpa sebarang kesakitan yang dia alami.




Sebab aku terlalu mencintainya aku takut jika sesiapa menyakitinya.

"Sayang, Kook cintakan sayang. Sampai bila-bila"
















Love You : Kim Sunoo (EN-)Where stories live. Discover now