Angin Petang & Suara Tiga Putera
Tikar buluh sudah dibentang di tepi padang polo. Di atasnya, tiga pewaris diraja duduk bersila — tanpa baju rasmi, hanya t-shirt kasual, seluar polo, dan aura diraja yang tetap tak terpadam walau tanpa protokol.
Kuda-kuda mereka diikat kemas di pagar kayu, masing-masing berehat selepas pusingan petang. Tariq menggoyang telinganya, Jelita Diraja merendahkan kepala, dan Bunny... masih aktif menggigit rumput sambil Leon menjerit kecil, “Oi Bunny, cukup lah tu!”
Han menyandar pada pohon sena, memejamkan mata sejenak. Angin petang menyapu rambutnya perlahan.
Ahmad membaringkan diri atas tikar sambil berangan pandang langit. “Kita dah lama tak macam ni… santai, takde pengawal, takde orang awam nak bergambar, takde jadual rasmi.”
Leon ambil rumput dan main gentel. “Sebab tu aku suka ikut Han kat padang ni. Sunyi, macam bukan dunia istana.”
Han hanya senyum kecil, buka mata semula. “Kau orang tahu, makin hari makin banyak benda kita kena pikul. Kadang-kadang... aku rindu masa kita kecik dulu. Main lari-lari dekat taman istana. Tak ada orang tengok. Tak ada kamera.”
“Tapi sekarang kamera 24 jam tunggu bila kita silap,” Ahmad bersuara, nada sedikit geram. “Aku senyum pun orang kata fake. Aku diam pun orang kata sombong.”
Leon menyambung, “Kita ni bukan manusia dalam mata mereka. Kita simbol. Dan simbol tak boleh salah.”
Han memandang dua adiknya itu. “Sebab tu kita kena kuat. Bukan sebab kita tak boleh jatuh... tapi sebab kalau kita jatuh, seluruh negara boleh ikut goyah.”
Ahmad bangun duduk semula. “Tapi Han… abang tak penat ke? Dari kecil sampai sekarang abang selalu jadi orang paling tenang, paling sabar. Jujur, aku pelik macam mana abang simpan semua benda dalam hati?”
Han tunduk sejenak. Suara dia perlahan tapi tegas.
“Ayahanda pernah pesan… jadi pemimpin bukan soal siapa paling kuat... tapi siapa paling mampu bertenang waktu orang lain hilang arah. Kalau abang goyang, kau orang pun goyang. Sebab tu abang belajar… walau dalam hati, Tuhan saja tahu apa abang rasa.”
Sunyi seketika. Hanya bunyi angin menyapa daun-daun.
Leon akhirnya bersuara. “Kita semua ada cara sendiri untuk bertahan. Han dengan diam dia. Ahmad dengan Jelita Diraja dia. Aku dengan Bunny.”
Ahmad ketawa kecil. “Bunny tu bukan kuda, dia macam kucing ada kaki panjang.”
Leon buat muka bangga. “Kau jangan hina dia. Dia lebih setia daripada sesetengah orang dalam istana.”
Han tergelak perlahan. “Apa pun cara kita bertahan, yang penting… kita masih ada satu sama lain.”
Ketiga-tiganya terdiam sebentar. Pandangan jauh ke padang polo yang semakin dilitupi bayang senja.
Petang itu… bukan sekadar angin dan langit merah. Tapi ruang paling tenang, paling ikhlas — ruang di mana tiga putera negara menjadi hanya tiga beradik... yang saling menyimpan luka, kekuatan dan rahsia hati.
Amanat di Bawah Cahaya Kristal
Balai utama istana diraja malam itu bercahaya indah dengan limpahan lampu kristal yang berkelip lembut dari siling tinggi. Suasana hening dan penuh hormat. Tiupan pendingin udara bercampur bau gaharu memenuhi ruang. Di hadapan, DYMM Paduka Ayahanda Sultan Azman Maekey Shah dan DYMM Bonda Raja Tengku Puteri Afzan Qaira Shah duduk di singgahsana utama, berwajah tenang namun berwibawa.
Berderet di hadapan baginda berdua, empat anakanda diraja berdiri dengan penuh sopan:
Tengku Han Ryan Shah, Tengku Ahmad Jebat Shah, Tengku Leon Mikail Iskandar Shah, dan Tengku Puteri Hana Mikayla Shah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Untukmu Aku Bertahan (Completed)
ФэнтезиVersion baru vibe baru. Watak still sama tapi jalan cerita berubah sikit lah. From: Rindu dearsweet To: Jika dia milikku? Start:3/6/2025 End: 12/6/2025