bab 24

27 0 0
                                        

DALAM DEWAN ISTIADAT

Lokasi: Meja utama Diraja | Majlis rasmi kebudayaan malam

Lampu chandeliers bersinar megah. Persembahan kebudayaan berlangsung di pentas utama. Meja utama dihiasi elegan, dan keluarga diraja duduk dalam barisan penuh hormat.

Tengku Han Ryan Shah memilih untuk duduk di sebelah mamanya. Dia nampak tenang, tapi jelas matanya sedikit letih.

Mama (lembut):
“Han... tak perlu paksa diri, sayang. Kalau tak larat, kamu boleh berundur awal.”

Han (senyum nipis, suara perlahan):
“Tak apa, bonda. Saya tak nak biarkan ayahanda dan mama duduk tanpa abang di sisi. Lagipun, ini majlis rasmi. Saya okay.”

Mama menggenggam tangan Han perlahan.

Mama:
“Hati mama, selalu tahu bila anakanda berbohong. Tapi kalau kamu nak duduk sini saja, mama akan temankan.”

Han mengangguk perlahan, tunduk sedikit.
“Terima kasih,mama.”

DARI PANDANGAN MEDIA & RAKYAT

@CitraIstana:
“Tuanku Han dilihat duduk rapat dengan bondanya sepanjang malam. Sweet moment.”

@HanObsessed:
“Selalu nampak dia garang bila kerja, tapi bila dengan bonda, dia macam anak kecil. Aww!”

@KipasSusunRoyals:
“Tenang je Tuanku Han duduk malam ni, tapi muka dia pucat sangat. Harap dia okay. Tapi bonding dia dengan bonda tu... priceless.”

Leon dan Ahmad hanya memandang dari tempat duduk mereka — saling senyum.

Leon (berbisik):
“Tengok abang Han. Kalau dengan bonda, terus jadi mellow...”

Ahmad (ketawa perlahan):
“Haa jangan main-main. Abang Han kalau lembut macam tu dengan kita, mesti dunia dah nak kiamat.”

PERSEMBAHAN BERAKHIR

Majlis diakhiri dengan ucapan penutup dan sesi beramah mesra. Tapi Han masih di kerusinya, tak banyak bergerak.

Mama:
“Kita balik awal, nak?”

Han (letih tapi masih senyum):
“Boleh mama. Biar Leon dan Ahmad teruskan wakil istana. Saya cuma nak rehat.”

Dalam kereta, perjalanan pulang selepas event

Babah memandu dengan tenang, mama duduk di sebelahnya, manakala Han duduk di belakang. Keletihan akibat event dan perjalanan membuatkan Han perlahan-lahan terlelap.

Babah menoleh ke cermin sisi, tersenyum kecil sambil berkata pada mama,
“Han nampak penat sangat malam ni. Kerja banyak sangat kot.”

Mama mengangguk, tangan memegang beg kecil di riba,
“Ya, anak kita ni memang kuat. Tapi jangan terlalu memaksa diri. Kesihatan kena jaga juga.”

Han yang duduk di belakang, perlahan-lahan terlelap, kepala tertunduk ke sisi tingkap kereta. Sesekali dia menghembus nafas panjang, tubuhnya yang lemah menunjukkan dia benar-benar perlukan rehat.

Mama menoleh ke belakang, tersenyum lembut, dan berkata perlahan,
“Tidurlah, Han. Mama dan babah ada sini.”

Babah menambah,
“Esok kita akan pastikan Han boleh berehat secukupnya. Kerja boleh tahan, tapi kesihatan kena jaga.”

Kereta terus meluncur di jalan raya, bunyi enjin yang lembut menemani perjalanan mereka. Han terus terlelap, tenang dalam pelukan suasana keluarga yang hangat.

Sampai ke Istana

Kereta meluncur masuk ke pintu gerbang istana yang megah. Lampu-lampu taman menyinari jalan masuk dengan lembut, menghidupkan suasana malam yang tenang.

Babah menurunkan kelajuan kereta dan berhenti di hadapan pintu utama istana. Pintu kereta dibuka, mama dan babah keluar terlebih dahulu, kemudian Han yang masih nampak letih tapi cuba bangun dari kerusi.

Babah memegang tangan Han, membantu dia turun dengan perlahan,
“Jom, Han. Kita rehat secukupnya malam ni.”

Han mengangguk perlahan, walaupun letih dia cuba mengukir senyuman kecil untuk kedua ibu bapanya.

Mama membetulkan selendang Han yang sedikit teralih,“Jangan lupa makan ubat dan minum air banyak-banyak. Esok kita tengok keadaan Han lagi.”

Han mengangkat tangan, membalas,
“Terima kasih, mama. InsyaAllah, saya akan jaga diri.”

Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam istana, derapan kaki mereka bergema di ruang masuk yang luas. Lampu chandelier kristal berkilauan di atas, menambahkan keanggunan suasana.

Han berjalan di antara mereka, merasa sedikit tenang walaupun badan masih terasa penat. Kesunyian malam istana menyelubungi mereka dengan rasa damai.

Babah memberi arahan kepada pengawal yang menjaga pintu,
“Tolong pastikan Han mendapat ketenangan malam ini.”

Pengawal mengangguk hormat,
“Baik, tuanku.”

Han melangkah ke biliknya, menarik nafas dalam-dalam, lalu duduk di kerusi di sudut bilik yang menghadap taman istana yang indah.

Dia menutup mata sejenak, membiarkan diri beristirehat sebelum hari baru bermula.

Pagi di ruang makan istana

Han duduk di meja makan bersama babah, mama, Leon, dan Ahmad. Suasana tenang, cahaya pagi masuk dari tingkap besar.

Han nampak lebih sihat daripada semalam, senyuman kecil terukir di bibirnya.

“Makanlah, Han. Nampak dah segar sikit,” kata mama sambil menghidang makanan.

Han angguk, mengambil sudu dan mula makan perlahan-lahan.

Tiba-tiba, masa dia nak suap makanan ke mulut, wajah Han berubah. Dia cuba tahan, tapi tiba-tiba...Han muntah dengan kuat ke pinggan.

Semua terkejut! Leon terangkat kening, Ahmad hampir tersandar, mama cepat-cepat bangun.

“Han! Kau okay ke?” tanya mama risau.

Han pegang perut, wajahnya pucat. “Sakit... sakit perut ni...” Dia bangun tergesa-gesa.

“Abang nak ke bilik air!” Dia lari pantas, meninggalkan semua yang masih terpinga-pinga.

Babah angkat tangan, berkata, “Lepas tu dia kena buang air besar ke pulak ya?”

Leon tergelak kecil, “Serius lah, dia nampak macam nak jadi ‘hero’, tapi kalah jugak dengan perut dia sendiri.”

Ahmad sambil ketawa, “Memang manusia biasa, tak kira tuanku ke, biasa je.”

Mama cuma geleng kepala sambil tersenyum, “Jaga betul-betul dia ni, jangan sampai dia buat drama lagi.”

Suasana jadi sedikit santai walaupun semua masih risau dengan keadaan Han.

Selepas Han keluar dari bilik air

Han keluar dari bilik air dengan langkah goyah, pegang perutnya yang masih sakit. Wajahnya kelihatan letih dan pucat.

“Abang, kau ok ke?” tanya Leon sambil cepat berdiri untuk menyokong.

Han cuba senyum tapi gagal. “Perut ni... makin pedih... rasa macam nak terkoyak je.”

Mama segera duduk di sebelah, hulur air dan tuala dingin. “Abang, jangan paksa diri. Kita panggil doktor kalau macam ni.”

Ahmad pula sibuk cari telefon, “Saya cuba hubungi doktor sekarang.”

Babah hanya pandang Han dengan risau, “Kita jangan ambil ringan, ni bukan sakit biasa.”

Han cuba tenangkan, tapi setiap kali dia bergerak, muka dia tampak semakin menderita.

“Serius ni, abang rasa sakit lain macam. Mungkin kita kena buat pemeriksaan segera,” kata Leon.

Han menggeleng perlahan. “Tak nak susahkan korang, saya cuba tahan dulu.”

Mama pegang tangan Han erat, “Kau bukannya susahkan kami. Kau keluarga kami.”

Ahmad tersenyum kecil, “Betul tu. Lagipun, kita semua nak abang cepat sembuh.”

Suasana jadi agak tegang, tapi kehangatan kasih sayang keluarga menguatkan semangat Han.



*Bersambung*

Untukmu Aku Bertahan (Completed)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang