Lokasi: Kyoto GreenTech Research Facility
Waktu: 3:15 petang
Pakaian Han: Suit formal ringkas (tanpa tali leher), pin logo diraja di dada kiri
Tengku Han turun dari kenderaan rasmi.
Papan tanda digital menyambutnya:
"Welcome His Highness Tengku Han Ryan Shah to Kyoto GreenTech"
Beberapa pegawai Jepun sudah menunggu, termasuk ketua penyelidik, Profesor Nakamura.
Profesor Nakamura (dalam Inggeris fasih):
“Your Highness, it is an honour. Please, allow us to show you our most advanced development — a solar-carbon converter that could change how cities function.”
Tengku Han (bertenang, senyum hormat):
“Terima kasih, Professor. Patik tertarik dengan perkembangan begini. Negara patik juga memberi keutamaan pada teknologi hijau.”
Lawatan dimulakan.
Han dan delegasi dibawa melalui makmal-makmal dengan panel kaca yang menunjukkan ujikaji panel solar organik, bateri mesra alam dan sistem kitar semula udara dalaman.
Han bertanya:
“Adakah sistem ini sesuai untuk kawasan tropika seperti negara patik?”
Profesor Nakamura:
“Very suitable. It’s designed to adapt to humidity and high temperature. That’s why your involvement is valuable.”
Salah satu alat prototaip dipersembahkan kepada Han.
Skrin paparan menunjukkan potensi kerjasama ‘Joint Innovation Fund’.
Tengku Han mencatat sesuatu dalam fail kulitnya.
Tanda dia serius dan memberi perhatian penuh.
Han (dalam nada formal):
“Patik akan kemukakan perkara ini kepada Ayahanda dan Majlis Teknologi Negara. Patik yakin potensi ini besar.”
Sebelum pulang, Han bergambar dengan pasukan penyelidik.
Dia tunduk sedikit tanda hormat Jepun, dan mereka membalas dengan penuh bangga.
Pegawai Jepun (perlahan kepada pegawai lain):
“He is calm... sharp. You can see he’s trained beyond just royal formality.”
Han melihat matahari senja dari tingkap van diplomatiknya.
Kota Kyoto mula bertukar jingga, dan dalam hati, dia sudah merancang untuk masa depan negaranya
Lokasi: Lapangan Terbang Diraja, Malaysia
Waktu: 9:15 pagi (Minggu berikutnya)
Pesawat khas mendarat perlahan di landasan khas Lapangan Terbang Diraja.
Bendera negara berkibar megah di sisi pintu utama pesawat.
Tangga diraja disediakan.
Tengku Han turun dengan langkah tenang, mengenakan baju Melayu moden hitam berbutang emas, lengkap bersamping tenun diraja.
Di bawah, Tengku Ahmad Jebat Shah dan Tengku Leon Mikail Iskandar Shah sudah menunggu, ditemani beberapa pegawai istana.
Tengku Leon (senyum sinis):
“Lama tak tengok orang tua ni balik Malaysia. Kau pasti datang dari Jepun, bukan bulan?”
Tengku Han (tenang):
“Kalau aku balik dari bulan pun, kau tetap orang pertama yang akan tahu, sebab kau mesti menyibuk.”
Tengku Ahmad (tepuk bahu Han):
“Selamat kembali, abang. Laporan semua dah kami selesaikan, tapi ayahanda dah tunggu untuk update rasmi. Petang ni ada mesyuarat.”
Tengku Han:
“Bagus. Lepas ni terus ke istana. Banyak nak dibincang. Jepun bukan sekadar lawatan... ada misi besar.”
“Ke Istana Diraja”
L
okasi: Bilik Mesyuarat Kecil, Istana Diraja
Waktu: 12:00 tengah hari
Ayahanda dan Bonda belum pulang dari luar negara, jadi Han mengetuai pertemuan bersama Majlis Penasihat.
Han duduk di kerusi utama.
Fail laporan dari Jepun dibuka — penuh data, ringkasan usahasama dan cadangan kerjasama hijau.
Tengku Han:
“Lawatan patik ke Jepun membuka ruang besar untuk masa depan. Teknologi mereka boleh diguna pakai dalam pembangunan lestari negara. Ini bukan hal kecil, ini legasi.”
Semua diam, mendengar dengan fokus.
Wajah Han penuh karisma dan kematangan.
Han berdiri di luar balkoni istana, melihat jauh ke arah tanah airnya.
Angin pagi bertiup, dan suara adik-adiknya datang dari belakang…
Tengku Ahmad (sambil datang dekat):
“Kau rindu Malaysia ke… atau nasi lemak mak ngah?”
Tengku Han (ketawa kecil):
“Dua-dua. Tapi Malaysia lebih dulu.”
Lokasi: Anjung Istana Diraja (beranda luas berhias lampu gantung dan kerusi kayu ukiran klasik)
Waktu: 10:15 malam
Tiga jejaka diraja — Tengku Han, Tengku Ahmad Jebat, dan Tengku Leon — duduk santai.
Masing-masing berseluar track dan t-shirt ringkas (tapi branded), minum teh O panas sambil mengunyah kuih tradisional kegemaran bonda mereka.
Tengku Ahmad (angkat kening, senyum mengusik):
“Aiik… Han penat ke? Lain macam tenung kuih seri muka tu dari tadi.”
Tengku Han (senyum malas, tarik nafas):
“Eh mana ada… biasa lah, kerja kan? Baru balik dari negara orang. Kepala pun masih sibuk susun semua dalam otak ni.”
Tengku Leon (sengaja gelak besar):
“Kau memang dari dulu suka berlagak sibuk. Padahal aku tengok gambar kau dekat Jepun rileks je naik train.”
Tengku Han (mata separuh juling pandang Leon):
“Itu namanya strategic diplomacy, bukan bercuti. Kau tahu tak beza relax dan networking?”
Tengku Ahmad (ketawa kecil):
“Kau dua orang ni tak habis-habis. Tapi serius Han, kami bangga lah. Ayahanda pun ada sebut tadi dalam video call… dia cakap: ‘Han kini sudah jadi bayang beta di luar negara.’”
Tengku Han (tersenyum perlahan, tunduk hormat sikit):
“Patik hanya buat tanggungjawab yang diberikan. Kita semua ada peranan masing-masing.”
Tengku Leon (sambil suap kuih):
“Okay… tapi peranan aku sekarang ni, habiskan kuih lapis ni dulu. Jangan siapa kacau aku!”
Mereka bertiga tergelak besar.
Suasana malam terasa damai. Angin sepoi-sepoi menyapa wajah-wajah muda pewaris takhta yang matang namun masih ada sisi nakalnya.
Tengku Ahmad (senyum pandang bintang):
“Semoga kita terus begini… tenang, bersatu, dan tetap bergelak dalam tekanan.”
Tengku Han (angguk perlahan):
“InshaAllah, selagi kita pegang amanah sama-sama.”
*bersambung*
ANDA SEDANG MEMBACA
Untukmu Aku Bertahan (Completed)
FantasyVersion baru vibe baru. Watak still sama tapi jalan cerita berubah sikit lah. From: Rindu dearsweet To: Jika dia milikku? Start:3/6/2025 End: 12/6/2025
