Han rehat di bilik, doktor sampai
Han terlentang di atas katil bilik, masih memegang perut yang sakit. Peluh dingin menitis di dahinya. Lampu bilik dinyalakan suram, memberikan suasana tenang tapi agak sayu.
Pintu diketuk perlahan, kemudian dibuka. Seorang doktor masuk dengan senyuman penuh keprihatinan.
“Assalamualaikum, Tengku Han. Saya Dr. Farid. Dengar cerita tuanku tak sihat, jadi saya datang untuk buat pemeriksaan,” kata doktor sambil mendekati katil.
Han duduk perlahan, cuba mengangkat badan. “Waalaikumussalam, doktor. Terima kasih datang cepat.”
Doktor memeriksa tekanan darah, suhu badan dan bertanya beberapa soalan berkaitan sakit perut Han.
“Macam mana rasa sakit tu? Berterusan atau datang dan pergi?”
Han mengerutkan dahi. “Makin kuat rasa sakit, terutama bila saya bergerak.”
Doktor mengangguk sambil mengambil nota. “Kita akan buat beberapa ujian darah dan imbasan untuk kenal pasti punca sakit tu. Jangan risau, tuanku, kita jaga betul-betul.”
Mama dan babah berdiri di pintu, memerhatikan dengan penuh risau.
Han menghela nafas panjang. “Saya harap bukan apa-apa serius.”
Doktor tersenyum yakin. “Kita cuba yang terbaik, Tengku Han. Rehat dulu dan jangan paksa diri.”
Han menunduk sedikit. “Baik doktor. Terima kasih.”
Doktor keluar dari bilik selepas meyakinkan keluarga Han yang akan terus dipantau.
Doktor:
“Encik Han, kita akan jalankan prosedur endoskopi untuk melihat keadaan saluran penghadaman atas. Ini penting supaya kita boleh tahu punca sakit perut dan pedih yang encik alami.”
Han (sedikit gugup):
“Endoskopi? Macam mana prosedurnya doktor?”
Doktor:
“Kita akan masukkan tiub kecil dengan kamera melalui mulut ke dalam perut. Encik akan diberi ubat bius ringan supaya tak rasa sakit. Prosedurnya agak cepat, dalam 15-30 minit.”
Han:
“Baiklah doktor, saya setuju.”
bilik prosedur
Han terlentang, nampak doktor dan jururawat bersiap sedia. Han diberi ubat bius ringan.
Han mula rasa mengantuk, dan akhirnya tertidur.
Scene selepas prosedur, bilik rawatan
Doktor:
“Encik Han, prosedur selesai dengan lancar. Kami akan tunggu keputusan dan nanti saya akan beritahu encik lebih lanjut.”
Han (masih lemah):
“Terima kasih doktor.”
Bilik rawatan, keesokan harinya
Han sedang duduk di atas katil hospital, mengenakan baju pesakit. Leon dan Ahmad ada di sisi menemaninya. Doktor masuk sambil membawa fail laporan.
Doktor:
“Tuan Han, saya dah semak keputusan endoskopi semalam.”
Han (tenang):
“Macam mana, doktor? Ada benda serius ke?”
Doktor (tersenyum sedikit, cuba beri tenang):
“Tak ada ulser atau pendarahan yang serius, tapi dinding perut tuan agak merengsa. Kami sahkan tuan menghidap gastritis – keradangan pada lapisan perut.”
Ahmad:
“Gastritis tu sebab apa, doktor?”
Doktor:
“Kemungkinan besar berpunca daripada tekanan berterusan, makan tak menentu, dan mungkin juga kesan sampingan dari ubat tahan sakit yang diambil tanpa makanan. Saya difahamkan tuan kerap bekerja lebih masa?”
Leon (mengangguk):
“Memang betul, doktor. Abang saya ni tak reti nak rehat.”
Han (senyum nipis):
“Saya okay je. Biasa lah kerja…”
Doktor:
“Buat masa ini, saya akan beri ubat penahan asid dan ubat untuk lindungi dinding perut. Tapi yang paling penting, tuan kena jaga makan, elak kopi, pedas, masam, dan... rehat secukupnya.”
Han (tarik nafas):
“Baiklah… saya cuba.”
Doktor (tegas tapi lembut):
“Bukan cuba, tuan Han. Kena buat. Kalau tak jaga, boleh jadi ulser atau pendarahan perut nanti.”
Leon:
“Jangan risau doktor, saya akan pastikan dia ikut semua ni. Pantau 24 jam.”
Han (sindir manja):
“Aik, kau bodyguard aku ke, Leon?”
Ahmad (ketawa kecil):
“Kira macam pengawas kesihatan abang Han lah tu.”
Doktor:
“Kalau tak ada apa-apa soalan, tuan Han boleh discaj esok pagi. Tapi perlu ikut diet khas dan rawatan susulan.”
Han:
“Baik doktor. Terima kasih.”
Kedai kopi kampung / warung moden di pusat bandar. Pagi.
Beberapa orang rakyat sedang menikmati sarapan sambil berbual. Suasana kedai agak sibuk, TV di dinding pula sedang menyiarkan berita tempatan mengenai majlis rasmi terbaru yang dihadiri keluarga diraja — namun tanpa kelibat Tengku Han Ryan shah.
Mak Jah (sambil hirup kopi):
“Eh, korang perasan tak? Dua, tiga hari ni Tuanku Han langsung tak nampak muka. Selalu kalau majlis rasmi, dialah paling awal sampai.”
Pak Abu (angkat kening):
“Ada jugak aku dengar-dengar… katanya baginda murung. Tapi entah betul entah tidak. Yelah, Tuanku tu kuat kerja, mana pernah tak turun padang.”
Cik Kalsom (sibuk skrol telefon):
“Haa ni ha… semalam pun dalam berita cuma nampak Tuanku Leon dengan Tuanku Ahmad je… Tuanku Han takde. Dah dua event dia tak muncul. Eh pelik juga tu.”
Mat Remy (dengan nada berbisik):
“Tak mustahil kalau baginda tengah sakit ke… tapi dirahsiakan. Orang istana, kan, kadang-kadang tak suka kecoh kalau bab kesihatan.”
Mak Jah (angguk setuju):
“Tu la. Tapi risau jugak. Tengok gaya tu... senyap sunyi je berita pasal dia. Dulu pantang satu hari tak keluar, rakyat mesti nampak. Ni macam hilang terus!”
Cik Kalsom (dengan nada drama):
“Takut jadi macam kes dulu-dulu… kerja kuat sangat, pastu tumbang. Tapi Tuanku Han kan jenis keras kepala, kalau sakit pun dia diam je.”
Pak Abu:
“Hmmm… harapnya bukan apa-apa lah. Rakyat sayang Tuanku Han. Dia bukan jenis yang suka lepas tangan. Dia pejuang.”
Mat Remy (senyum-senyum nakal):
“Ada juga aku dengar cakap orang… mungkin Tuanku Han tengah heartbroken…”
Semua:
“Haaaaaa???”
Mat Remy (ketawa):
“Tak tahu lah. Orang sekarang suka buat teori. Entah betul entah tak. Tapi yang pasti… satu istana macam sunyi je tanpa dia.”
Mak Jah:
“Semoga Allah lindungilah Tuanku Han. Kalau dia dengar rakyat risau macam ni, mesti dia senyum je.”
*Bersambung*
ANDA SEDANG MEMBACA
Untukmu Aku Bertahan (Completed)
FantasyVersion baru vibe baru. Watak still sama tapi jalan cerita berubah sikit lah. From: Rindu dearsweet To: Jika dia milikku? Start:3/6/2025 End: 12/6/2025
