MALAM GALA AMAL DIRAJA — “SATU TAHUN KEMUDIAN”
Lokasi: Dewan Diraja Kuala Lumpur
Acara: Majlis Amal Diraja Antarabangsa
Tema: “Satu Hati Untuk Dunia”
Visual dibuka dengan:
Kamera drone melayang di udara, menangkap pemandangan grand ballroom bertatahkan kristal, panji-panji negara diraja berkibar megah di pintu masuk. Ratusan rakyat berkumpul di luar pagar dewan semata-mata mahu melihat wajah para kerabat diraja.
Dataran dipenuhi media, wartawan, jurugambar, influencer.
“Ketibaan Keluarga Diraja Shah Alam”
Tengku Azman Maekey Shah dan Tengku Puteri Afzan Qaira melangkah masuk elegan dalam pakaian rasmi.
Diikuti oleh Tengku Han Ryan Shah (first public appearance selepas pulih dari insiden tahun lepas).
Leon dan Ahmad hadir lengkap dalam sut penuh tentera kehormat diraja.
Tengku Puteri Hana Mikayla mencuri perhatian media dengan keanggunannya.
Wartawan bersorak.
“Tengku Han! Tengku Han sini sikit!”
“Senyum Tengku!”
“You’re Malaysia’s hero, Tengku!”
Han mengangguk sopan. Tenang. Tapi dalam diam, dia cemas. Dadanya rasa berdebar-debar tanpa sebab.
Leon perasan.
Leon (bisik perlahan):
“You okay, abang?”
Han: “Entah… tak tahu kenapa rasa macam… lain malam ni.”
Masuk Maisarah & Dato’ Zayn
Maisarah tiba lewat sedikit bersama ayahandanya. Dia tampil anggun dengan gaun gelap berpotongan klasik, rambut disanggul ringkas. Dia menyapa beberapa tetamu kehormat sebelum matanya terhenti...
...pada seorang lelaki — Tengku Han.
Han pula sedang berdiri berbual dengan VIP dari Brunei, tapi sempat melirik sejenak ke arah Maisarah. Mata mereka bersatu... dan berlalu.
Acara Gala Bermula
MC menjemput semua hadirin duduk. Makan malam dimulakan. Tayangan video khas ditayangkan: memaparkan sumbangan negara kepada misi keamanan, termasuk footage kabur insiden tahun lepas — tanpa sebut nama Han atau Maisarah.
Semua orang tepuk tangan. Han tunduk sedikit, uncomfortable.
Ahmad sengih usik dari sisi:
“Ala... tak nak terharu sikit ke, hero negara?”
Han: “Diam, Ahmad.”
Di sudut lain...
Tiga lelaki berpakaian katering sedang berbual. Satu dari mereka angkat beg hitam, isi penuh wayar dan komponen. Mereka menyamar sebagai kru audio-visual dan memasuki ruang pentas utama.
Tiba-tiba... lampu ballroom malap.
MC cuba kawal keadaan.
“Tuan-tuan dan puan-puan, ada sedikit gangguan elektrik—”
BOOOOOOMMMMM!!!!!
Dentuman kuat mengegarkan dewan.
Asap. Jeritan. Struktur pentas runtuh. Gelas dan pinggan bertaburan. Askar diraja bertempur dengan penyerang bertopeng. Letupan berlaku tepat di bahagian tengah ballroom — berhampiran tempat duduk Han dan VVIP.
Han terdorong ke belakang — hampir pengsan.
Pandangan kabur. Asap tebal. Bunyi berdengung.
Maisarah — dari seberang dewan — melihat Han hampir dihempap serpihan. Tanpa ragu…
Dia lari.
“TENGKU HAN!!!”
Dia tolak tubuh Han ke sisi.
BOOOM!
Runtuhan besi hempap belakang Maisarah. Tubuhnya menutupi Han.
Dua-dua jatuh. Darah. Bunyi siren. Jeritan Hana, Leon dan Ahmad.
Leon mengangkat Han yang pengsan.
Ahmad menjerit pada petugas paramedik.
Tengku Afzan menjerit lihat keadaan Maisarah.
“Han! Han buka mata! Bangun, Han!”
“Maisarah... dia berdarah! Cepat angkat dia! YA ALLAH!”
2 individu dibawa masuk ICU. Dua nama: Tengku Han Ryan Shah & Maisarah Dato’ Zayn.
“Hangatnya Dunia Maya — Tengku Han & Maisarah Trending!”
Beberapa jam selepas insiden letupan di Majlis Gala Amal Diraja
📱 Twitter / X
🔹 #TengkuHan
🔹 #MaisarahSelamatkanTengku
🔹 #RoyalEventTragedy
🔹 #HeroDanHeroinNegara?
🔹 #TengkuHanCollapse
🗣️ Gosip rakyat di internet meletup:
@ZuraShuhada:
“Aku tengok LIVE tadi okay! Siapa perasan sorang perempuan tu lari selamatkan Tengku Han?! Dia cover badan dia sendiri ya Allah 😭❤️ #PowerWoman”
@AnakCEO07:
“Kalau betul tu anak Dato’ Zayn, memang confirm match made in heaven dengan Tengku Han 🔥🔥🔥”
@GossipKakiOfficial:
“BREAKING! Orang dalam istana kata nama dia MAISARAH DATO’ ZAYN. Dengar cerita, Han tak pernah tengok perempuan macam tu lepas kejadian tahun lepas 😳 ada apa-apa ke ni?”
@RakyatJelataTV:
“Malam gala bertukar jadi medan letupan. Tapi yang paling buat netizen sebak... seorang wanita, bukan pengawal, bukan tentera, tapi orang awam — sanggup lindungi Putera Diraja 😭💥”
@IstanaNewsInsider:
“Heboh dalam kalangan kerabat diraja... benarkah Tengku Han kini dalam keadaan kritikal? Maisarah juga dilapor parah... Satu negara doakan 🙏🏼”
Media Arus Perdana
Berita Harian:
“Wira & Wirawati Negara: Tindakan berani gadis misteri menyelamatkan Tengku Han dipuji rakyat Malaysia.”
TV Diraja Malaysia:
“Insiden Majlis Amal: CCTV menunjukkan detik Maisarah Dato’ Zayn lari menolak Tengku Han dari runtuhan.”
Di kalangan VIP & royal
Tengku Leon:
“Kalau dia tak muncul malam tu... abang dah... ya Allah.”
Tengku Hana (nangis):
“Dia selamatkan abang macam mana kita tak sempat buat... saya terhutang nyawa dengan dia.”
Dato’ Zayn (emosi):
“Anak saya... sanggup korbankan nyawa dia untuk seorang putera. Saya sendiri tak tahu dari mana datangnya kekuatan dia malam tu.”
Dalam kalangan rakyat...
“Kalau sebelum ni semua kata Tengku Han sombong, dingin, susah senyum... tengok siapa yang buat dia tunduk malam tu.”
“Mungkin dia pernah lupakan perempuan tu, tapi Allah takdirkan jumpa semula dan kali ni... dia pula diselamatkan.”
“Cinta mereka bukan biasa. Ni cinta bertarung nyawa weh.”
Ending scene gosip: Trending No.1 di TikTok & X selama 48 jam:
🎥 Edit video slow-mo: Maisarah menolak Han sambil background music sedih & epic.
Caption: “Kau selamatkan aku, walau aku mungkin dah lupa siapa kau.”
*Bersambung*
ANDA SEDANG MEMBACA
Untukmu Aku Bertahan (Completed)
FantasiVersion baru vibe baru. Watak still sama tapi jalan cerita berubah sikit lah. From: Rindu dearsweet To: Jika dia milikku? Start:3/6/2025 End: 12/6/2025
