Beberapa Minggu Kemudian, Pagi di Seoul]
Bangunan pejabat Duta Malaysia di Seoul.
Cahaya pagi menyinari bilik mesyuarat berbingkai kaca. Pandangan luas menunjukkan bandar Seoul yang sibuk, tapi dalam bilik itu, suasana tenang dan formal.
Tengku Han Ryan Shah duduk di hujung meja. Jas navy biru terletak kemas di bahunya. Wajahnya tenang, tapi matanya menunjukkan sesuatu… seolah-olah berat nak pergi.
Pegawai Kanan Korea:
“Tengku Han, kami berterima kasih atas kolaborasi yang sangat profesional. Your insights and strategies will be remembered.”
Han: (senyum hormat)
“It’s been an honour working alongside all of you. Terima kasih juga atas kerjasama dan kepercayaan. Insya-Allah, kita akan teruskan hubungan ini dengan lebih baik lagi, walaupun saya akan kembali ke Malaysia.”
Semua berdiri.
Sesi bergambar.
Tepukan ringan mengisi bilik.
[ — Dalam Kereta, Menuju Hotel]
Han duduk di belakang, memandang keluar tingkap. Seoul yang selalu sibuk terasa lebih perlahan hari ini.
Han (dalam hati):
“Aku dah siapkan semua. Dah buat bahagian aku. Tapi kenapa aku rasa... masih ada satu perkara aku tak sempat buat?”
Dia tunduk, buka telefon bimbit.
Scroll galeri.
Terhenti pada satu gambar.
Gambar: Gambar kabur, candid — Maisarah sedang ketawa kecil, masa dinner bersama tim Malaysia & Korea.
Han tarik nafas panjang…
Dia senyum nipis… kemudian senyum tu hilang.
Han (monolog perlahan):
“Maisarah…”
Dia padam skrin.
Kereta berhenti di hotel.
— Di Lobi Hotel]
Koper Han dah siap. Beg sandang di tangan.
Receptionist Korea tunduk memberi hormat, dia balas dengan anggukan kecil.
Tiba-tiba, dari jauh… ada seorang wanita yang macam nak masuk lif.
Rambut panjang. Jaket putih. Gaya jalan yang dia kenal sangat.
Han berhenti langkah.
Han (berbisik):
“...Tak mungkin.”
Maisarah tak perasan dia. Lif tertutup perlahan.
Han hanya mampu pandang…
Sekelip mata. Sekelip rasa.
Istana Diraja, Kuala Lumpur | Petang Hari]
Kereta rasmi diraja memasuki perkarangan istana. Kamera media sempat merakamkan wajah Tengku Han yang baru keluar dari pintu kereta — tenang, maskulin, tapi jelas keletihan.
Leon dan Ahmad sudah tunggu di tangga.
Leon:
“Wah... tengok siapa yang balik dari negeri penuh oppa dan saranghae!”
Ahmad:
“Tak bawa ole-ole ke? Atau... awek Korea?” (sengih sambil angkat kening)
Han: (senyum malas)
“Aku balik nak kerja, bukan bercinta.”
Leon:
“Yeke abang? Tapi kami ada dengar cerita... abang termenung lama kat Seoul Tower. Kata orang... rindu tu punca.”
Han toleh perlahan, senyap.
Nada mereka berubah bila tengok wajah Han macam suram.
Ahmad:
“Eh, kami gurau jelah... chill la bro. Dah sampai rumah. Istana pun rindu abang.”
Han: (lembut nada)
“Aku okay. Cuma penat sikit.”
Han melangkah masuk. Tapi bila Ahmad tengok Leon...
Ahmad: (berbisik)
“Aku rasa dia sembunyikan sesuatu.”
Leon:
“Tengok mata dia. Confirm ada something dekat Seoul yang dia tinggal.”
Pejabat Diraja, Tingkat Atas Istana | Malam Hari]
Han berdiri di balkoni pejabatnya. Angin malam sepoi-sepoi bahasa.
Laptop terbuka. Tapi skrin tak disentuh.
Dia hanya merenung kosong ke luar.
Han:
“Maisarah... kalau aku ada peluang sekali lagi... aku nak jumpa kau bukan sebagai penyelamat. Tapi sebagai lelaki yang mampu pertahankan rasa.”
Tangannya mengusap dada kiri... luka lama masih terasa...
tapi bukan fizikal, tapi di hati.
[— TV Istana | Gosip Diraja]
TV terbuka sendiri sebab butler masuk nak letak minuman.
TV Host:
“...dan spekulasi masih hangat mengenai hubungan Tengku Han Ryan Shah dengan salah seorang ahli pasukan perubatan Malaysia yang juga turut terlibat dalam insiden Korea...”
TV Host ke 2:
“Maisarah tu kan... dia cute, berpendidikan tinggi, dan dedikasi. Tapi... adakah benar mereka hanya ‘kenalan tugas’?”
TV Host ke 1:
“Atau... ada rahsia hati yang kita semua belum tahu?”
Han nampak dari jauh.
Dia hanya geleng perlahan dan tutup TV dengan remote.
MALAM GALA AMAL KESENIAN & WARISAN DIRAJA | Dewan Diraja Kuala Lumpur]
Sebuah acara gilang-gemilang sedang berlangsung. Semua hadirin tampil anggun — para kerabat diraja, ahli politik, penggiat seni, dan tetamu VVIP dari luar negara. Tema malam itu: Warisan dan Harapan.
Maisarah hadir sebagai wakil NGO “Lestari Seni Negara” — dia kini seorang kurator seni dan penasihat program warisan. Elegan dengan dress sopan berona emerald, dia berdiri di sisi galeri lukisan batik kontemporari yang sedang dipamerkan.
Pengacara di pentas:
“Dan kini... menjemput tetamu kehormat untuk menyempurnakan pelancaran... Duli Yang Teramat Mulia Tengku Han Ryan Shah!”
Han muncul di pentas. Wajahnya tenang, maskulin seperti biasa. Sut dirajanya serba hitam dengan jalur emas. Suasana senyap sebentar, kamera rakamkan dia — dan secara tak langsung... rakamkan reaksi Maisarah yang terlihat terkejut.
Maisarah:
“Dia... kembali. Tapi mungkinkah... dia masih tak ingat aku?”
[Selepas Majlis | Di sudut galeri seni]
Maisarah menunduk, meneliti seni pameran. Dia rasa ada seseorang perhatikan dia... dan ya. Tengku Han sedang berdiri di hujung laluan.
Han:
“Karya ini... dari tangan awak sendiri?”
Maisarah:
(tersenyum, tapi gugup)
“Ya. Tapi saya tak sangka... Tengku masih ingat seni ini.”
Han:
“Saya tak ingat banyak hal. Tapi... rasa tenang ni... macam pernah saya rasa sebelum ini.”
Maisarah:
(tunduk, sedikit merah)
“Mungkin seni menyimpan ingatan yang tak terucap.”
Mereka diam. Tapi mata saling bertentang — dan waktu seperti terhenti.
[ Gosip — Esoknya di media sosial]
“ Siapa gadis misteri berbaju emerald yang dilihat berbual mesra dengan Tengku Han Ryan Shah semalam? Netizen mula berspekulasi... Adakah ini cinta yang lama... kembali bertaut?”
*Bersambung*
ANDA SEDANG MEMBACA
Untukmu Aku Bertahan (Completed)
FantasiaVersion baru vibe baru. Watak still sama tapi jalan cerita berubah sikit lah. From: Rindu dearsweet To: Jika dia milikku? Start:3/6/2025 End: 12/6/2025
